<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d8647909696489763669', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Bahana Blog Dan Baju Hitam #1

Bahaya sangatkah untuk terjun ke dunia pembloggan?

Soalan yang saya sering tertanya-tanya meskipun baru saja bergelar blogger secara rasmi beberapa minggu yang lepas. Ini kerana baru-baru ini saya ada menonton rancangan -pada waktu pagi- yang memaparkan tajuk-tajuk utama surat akhbar seluruh dunia untuk hari tersebut. Lalu saya jadi amat terkejut apabila melihat terteranya ayat yang bagaikan mengancam jiwa saya dan para blogger -andai mereka mendengar atau membacanya sepintas lalu-.

“A Blogger was jailed in Saudi Arabia”.
Kerana berita tentangnya yang amat ringkas, saya terus menghafal nama blogger berkenaan dan terus membuat carian di jaringan lelabah.

Atas rasa enkuiri yang meluap-luap, akhirnya jadilah saya mengikuti berita tentangnya sejak ianya mula mendapat perhatian media. Saya membaca hampir segala keratan akhbar dan artikel tentangnya sejak mula. Rupa-rupanya ia telah bermula agak lama. Namun kalau dikadarkan dengan beberapa kriteria, ia tidaklah selama mana. Tambahan lagi, berita itu masih amat panas sekarang.

Blogger bertuah itu adalah Fouad Farhan. Beliau adalah seorang blogger yang blognya menduduki tempat teratas di Saudi Arabia. Kebanyakan akhbar -yang saya baca- menyatakan beliau adalah umpama ‘dean’ bagi semua blogger-blogger di Saudi Arabia.[1] Menurut salah seorang sahabatnya Omran, blog Farhan yang menggunakan slogan "Kebebasan, Maruah, Keadilan, Kesamarataan, Penyertaan Awam Dan Lain-lain Nilai-Nilai Islam Yang Hilang" adalah blog pertama di Arab Saudi yang menggunakan Bahasa Arab . Menurutnya juga, Farhan adalah orang pertama menggunakan nama sebenar dalam dunia pembloggan di Arab Saudi. Blognya yang membicarakan tentang isu politik di Arab Saudi dan berbaur ajakan untuk melakukan reformasi politik telah menjadi "blog-mesti-baca" di kalangan para remaja di Arab Saudi.

Namun meskipun mendapat tempat teratas di Arab Saudi dan mempunyai pengunjung tetap, beliau telah ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Tahanan beliau telah menjadi kontroversi disebabkan beliau ditahan tanpa tuduhan yang tsabit.

Kenapa beliau di tahan?

Ketika beliau mula-mula ditahan pada 10 Disember 2007, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jeneral Mansour Al-Turki menyatakan beliau ditahan kerana melanggar undang-undang non-sekuriti. Satu alasan yang tidak munasabah memandangkan isi kandungan entri-entri blognya yang tidak menampakkan sedemikian. Tambahan lagi, kerana jurucakap tersebut tidak mahu mengulas lebih lanjut.[2]

Sebelum ditahan, Farhan ada menulis surat kepada kawan-kawannya menyatakan tentang panggilan telefon yang diterimanya tentang pemberitahuan bahawa beliau akan ditahan. Faktornya adalah kerana beliau ada menulis tentang banduan-banduan politik di Arab Saudi. Tulis Farhan lagi, “Mereka menyangka bahawa saya menjalankan kempen secara online mempromosi isu berkenaan. Walhal, hakikatnya apa yang dilakukan oleh saya ialah menulis sedikit artikel tentang itu dan meletakkan banner tentangnya dan mengajak para blogger untuk membuat demikian.”[3]

Akibat dari ketidakmunasabahan alasan tahanan itu, akhirnya bangkitlah semua komuniti media seluruh dunia, baik dari kalangan bloggersnya dan journalistnya untuk membuat liputan terhadap kes ini. Pelbagai usaha dan kempen telah dijalankan untuk membebaskan si blogger berkenaan. Antaranya ialah surat yang dihantar oleh The Committee to Protect Journalists kepada Royal Highness King Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud. Tak cukup dengan itu, satu logo yang tertulis ayat “Kebebasan Untuk Fouad” yang disertakan dengan gambar beliau telah dicipta dan telah diiklankan agar diletakkan di mana-mana blog sebagai tanda menyokong pembebasan beliau.

Masa berlalu dan sekarang, telah empat bulan sejak penahanan Farhan dan sepanjang empat bulan itu jugalah dua orang anak Farhan sering tertanya-tanya ke mana menghilangnya bapa mereka.


Dan tentang hasil kajian saya terhadap kes ini pula, telah membuahkan sedikit kecewa. Ini kerana apabila saya bersemangat untuk turut mengempen pembebasan Farhan, beliau rupa-rupanya telah dibebaskan beberapa hari yang lepas. Sehinggakan logo untuk kempen pembebasan beliau telah berubah kepada logo pemberitahuan tentang pembebasannya pula.

Namun dalam kecewa itu ada syukurnya, pertama kerana pembebasan beliau dan kedua kerana rupa-rupanya dunia turut mendengar suara para blogger.

Isu kebebasan bersuara di internet dengan pelbagai medium seperti Blogspot dan Facebook adalah isu yang sering diperkatakan sekarang di mana-mana. Ini kerana budaya ini yang tidak dikekang oleh mana-mana undang-undang telah menimbulkan rasa takut bagi sesetengah pihak. Terutamanya sesebuah pihak kerajaan. Tidak kira mana-mana kerajaan. Jika di Malaysia hal ini telah disebut di dalam akhbar-akhbar[4], di Mesir pula hal ini bukan sekadar hangat di akhbar, malah turut diperbicangkan di televisyen.

Semalam saya menonton sebuah rancangan di Al-Jazeera yang hangat membincangkan isu ini. Fokus utamanya adalah kesan penulisan dan penggunaan blog di kalangan para remaja di Mesir kepada realiti semasa. Sebabnya, macam-macam insiden mega yang berlaku dan bakal berlaku di Mesir sekarang kesan daripada tulisan-tulisan sebegini.

Bersambung di bahagian dua.....
Klik sini
.
---

NOTA KAKI:
[1]^Hanya sebuah akhbar sahaja menggunakan kalimah Godfather.
[2]^Untuk membaca berita-berita tentang beliau di akhbar. Klik sini, sini, dan sini. Dan ini yang terbaru.
[3]^Klik sini untuk membaca surat demikian.
[4]^Saya tidak mahu mengulas isu ini kerana ia telah diulaskan di blog ini dengan amat terperinci.

Labels: , ,

 

for this post

Mula Mengomen