<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d1113511278717057062', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Musalsal Alim #1 : Bercinta Dengan Orang Alim

Dalam kisah ini ada tiga watak, saya sebutkan berdasarkan susunan maqam. Tuan Guru, Orang Alim dan saya.

Sejak saya bergelar orang yang menuntut ini, banyak sungguh orang alim yang saya jumpa. Namun di antara mereka ada seorang saja yang saya benar-benar berkawan dengannya. Bahkan kami dalam masa yang singkat saja sudah menjadi kawan yang akrab sekali rapatnya.

Ketika itu saya bercuti di Malaysia.

Saya ditawarkan di depan-depan muka untuk belajar dalam keadaan bertemu lutut dari seorang Tuan Guru sebuah pondok yang hanya tiga batu jauhnya dari residensi saya. Belajar ilmu falak. Selama sebulan penuh Ramadhan.

Saya teruja bukan kepalang apabila mendapat ajakan sebegini. Jelas sekali beliau bersungguh kerana ketika ajakan itu, bulan puasa perlu ditunggu untuk tempoh masa sepurnama setengah lagi. Jadilah saya ternanti-nanti zuhurnya anak bulan Ramadhan itu sampai termimpi-mimpi. Apatah lagi kerana saya akan diajar secara intensif oleh seorang murabbi yang alim sekali. Dan saya pula satu-satunya insan yang akan bertalaqqi.

Namun ketika hari pertama kelas, saya jadi terkejut besar kerana ada seorang lagi anak murid baru yang turut akan mengaji sekali. Mulalah saya terasa tumpuan Tuan Guru terhadap saya yang tidak akan dikongsi, kini akan retak terbelah bahagi. Berkongsi dengan seseorang yang langsung tidak saya kenali.

Namun setelah bersuaikenal dengan si jadid, barulah saya tahu bahawa beliau juga bukanlah seorang yang calang-calang ilmunya. Beliau pernah sembilan tahun mengasingkan diri dari dunia untuk belajar alim di Benua Keling. Beberapa tahun di Mekah. Dan sampai sekarang sering berpusing-pusing ke Pattani dan Indonesia memantapkan ilmu di diri. Bahkan di Yaman juga beliau pernah menjejakkan kaki. Mengetahui akan itu, jadilah saya insaf dan sedar bahawa saya jika dinilai dengannya umpama langit dan bumi. Tak ada nilai dan umpama batu yang menunggu masa dialih ke tepi. Saya pasrah dan mula mengiktiraf kelebihan orang alim yang hadir bagaikan anugerah gratis dari Ilahi.

Kami pun mulalah bertallaqi dari Tuan Guru akan ilmu falak setiap hari, menghafal buruj-buruj, mengira waktu solat dan menentukan arah kiblat berpandukan bintang. Selesai kelas itu, saya akan bertallaqi sebuah kitab pula daripada orang alim dari Benua Keling tadi. Kemudian kami akan borak-borak tentang hal akhirat, masalah umat, amal ibadat, termasuk juga hal-hal dunia, namun hal dunia itu dibincang adalah untuk dihindarkan.

Terbitlah rasa cinta kepadanya di dalam hati sehingga masuklah wajahnya ke dalam mimpi. Namun rasanya tak salah bercinta dengan kumpulan manusia ini, kerana merekalah pewaris Nabi.

Makin lama bersama dengan beliau, saya dapat rasai .........


[Dapatkan buku ABQORI untuk membaca kesudahan tulisan ini. Anda boleh menempahnya menggunakan borang online ini. Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.]

Labels: , ,

Dimasukkan Oleh : Abqori Bro
Tarikh : Saturday, February 21, 2009
Jam 1:43 AM
Komen :




    >>Sertai saya di Twitter<<
     

    for this post

     
    Anonymous Anonymous Says:

    Sungguh mengharukan.

     
     
    Blogger suara Says:

    Salam abqori...
    Membaca entry kali ini buat kak su cemburu pada kamu yg dapat 'bercinta' dengan orang alim walaupun hanya seketika.

     
     
    Blogger Normi Hj Mat Yusof Says:

    salam.al abqori....yang bijaksana/genius..gelaran utk Rasulullah, didoakan menjadi seorang yang alim serta taat kpd Allah.

    syukran menziarahi blog akak.

     
     
    Anonymous Sang Pelangi Says:

    Seperti kata Kak Su, aku juga dah mula cemburu pada kamu. Bertemu lutut untuk ilmu falak, khatam Quran dengan terjemahannya, bersahabat dengan ramai alim, dan paling aku cemburukan adalah kamu masih boleh memikirkan ibrahnya, berbanding aku yang mungkin buta hati merenungkan hikmah aturan Allah.

    Semoga jiwa kita punya sensitiviti tinggi terhadap reaksi virus-virus syaitan. Amin.

    Oh, lupa. Semoga kau juga ke jinjang pelamin penuh bahagia. Amin.

     
     
    Blogger duha Says:

    salam..
    mmg sgt cemburu dengan kelebihan dan peluang yg diberikan utk bertemu dan menuntut ilmu dari mereka yang faqih dalam agama..

    salah satu dr ubat bagi hati kita adalah bergaul dengan golongan soleh..

    moga kita juga diberi kefahaman yg mendalam tentang agama dan menjadi manusia yg bermanfaat insyaAllah..

    jzkk atas cerita yang amat menarik ni :)

     
     
    Blogger Enche' Eyezoodean Says:

    assalamualaikum warahmatullah.
    salam perkenalan semula abqori.

    hahaha.
    tak perlulah ana cemburu akan cuti hari jumaat di mesir itu.
    kerna sewaktu sekolah di kedah dulu pun hari jumaat wajib cuti.
    jadi memang dah jadi habit bila susun timetable hari jumaat kalau boleh biar tak ada kelas langsung.
    sbb dh terbiasa.

    bertuah sungguh saudara dapat pengalaman berguru sebegitu.
    untuk saya ni mungkin kureng sikit la.
    tapi bagus juga.
    bila berkesempatan bertemu kelak,boleh berbincang dari sudut pemahaman saya dan pemahaman saudara.
    perkongsian ilmu yang bijak.
    hahaha..

    semoga saudara berada dalam keadaan sihat2 saja di bumi anbiya itu.
    wassalamualaikum.

     

    Mula Mengomen