<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d8647909696489763669', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Jawapannya : Salah Israel

Ketika dalam perjalanan pulang dari Jordan tahun lepas, saya bertemu dengan seorang Kurdis di atas kapal. Beliau juga dalam perjalanan ke Mesir. Namun saya tidak lama berbicara dengannya dan selebihnya diserahkan kepada seorang kawan saya sehingga mereka berdua berborak sampai tak ingat dunia. Hampir sampai di Mesir, sahabat saya itu menceritakan apa yang berjaya dikoreknya dari orang Kurdis itu tadi. Mendengarnya membuatkan saya menyesal kerana tidak ikut bersembang lama-lama.

Rakan saya itu dapat mengikuti rintihan dan penderitaan yang dihadapi bangsa Kurdis. Sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan. Tanah mereka dibahagi-bahagikan kepada beberapa kerajaan. Sebahagian kepada Turki. Sebahagian kepada Iran, kepada Iraq, dan selebihnya Syria. Jadilah mereka ini bangsa yang bagaikan tidak bertanah dan tidak punya kerajaan sendiri. Semuanya kesan daripada penjajahan. Kerana itulah apabila Amerika menyerang Iraq, dikatakan bahawa bangsa ini turut membantu negara itu ditawan pihak lawan. Faktornya, mereka mahukan kawasan autoriti tersendiri untuk membina sebuah kerajaan bangsa.

Mungkin sebab utama penjajah memecahkan mereka dan memastikan bangsa ini hidup derita adalah kerana mereka ini lahirnya dari sulbi panglima yang agung. Sallehuddin Al-Ayyubi. Panglima yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib suatu ketika dulu. Baru sebentar tadi saya menonton di Al-Jazeera tentang tunjuk perasaan di Turki yang digerakkan oleh bangsa ini. Yang mengasyikkan, mereka semua menjerit-jerit dengan bahasa asli mereka sendiri dan bukan dengan bahasa Turki, bahasa negara yang mereka duduki. Melihat situasi ini, saya jadi terbayang sesuatu. Iaitu jika ada protes berlaku dijalanan Thailand dan ianya dikelolakan oleh orang-orang Pattani adakah mereka akan protes dan menjerit dengan bahasa Siam? Atau adakah mereka akan menggunakan lahjah jawi, bahasa ibunda sendiri? Sebagaimana yang dilakukan oleh Kurdis Turki. Nampaknya hal ini kenalah tunggu bila penduduk Selatan Thai ini berdemonstrasi nanti.

Tunjuk perasaan sedang berlangsung di seluruh dunia sekarang, tapi saya tak dengar lagi ianya turut berlangsung di Pattani. Bahkan demonstrasi di Malaysia -ketika menulis entri ini- belum lagi keluar beritanya di TV, melainkan di Jakarta sahaja kelmarin. Di Mesir, ianya masih berterusan sehingga ke hari ini. Tetap mengharap agar Ma3bar Rafah dibuka.

Namun Husni Mubarak telah mengatakan tadi bahawa Ma3bar Rafah tidak akan selamanya dibuka. Katanya jika beliau mengisytiharkan pembukaannya, hal ini membawa lebih banyak bencana kerana ianya melanggar sebuah persepakatan yang termeterai pada tahun 2005. Entah betul entah tidak. Kata-katanya itu berat untuk saya percaya.

Tunjuk perasaan turut dilakukan di Amerika, bahkan di sana, Yahudi Ortodok turut menyertainya. Pelik juga pada mulanya. Namun Yahudi Ortodok memang tidak pernah sepakat dengan Zionis. Bahkan di dalam ucapan mereka tadi ada kenyataan bahawa Zionis adalah pemula angkara, bukan Islam dan bukan semangat keyahudian. Zionisma adalah pemula segalanya sejak dari dahulu lagi.

Hal ini buatkan saya mula menafikan segala yang sebelum ini terlintas di hati saya tentang siapa yang patut dipersalahkan apabila Israel mula menyerang Genting Gaza, Palestin. Setelah diteliti dan dikaji dengan penuh ......................


[Dapatkan buku ABQORI untuk membaca kesudahan tulisan ini. Anda boleh menempahnya menggunakan borang online ini. Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.]

Labels: , , , , ,

Dimasukkan Oleh : Abqori Bro
Tarikh : Wednesday, December 31, 2008
Jam 7:12 PM
Komen :




    >>Sertai saya di Twitter<<
     

    for this post

     
    Anonymous Anonymous Says:

    Masha Allah...mmg la, ana tak perasan post terbaru enta. 'afwan aidan.

    Jangan terlalai dengan dunia yang fana ini...fastaqim kama umirta..

    wallahua'lam
    segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam

     
     
    Anonymous Anonymous Says:

    Israel memang bangsa yang degil. Sejak dari zaman para Nabi lagi mereka sudah bersikap begini. Bahkan ada antara mereka yang bunuh para Nabi.

    Kita bukan benci mereka tanpa alasan.

    Kita benci mereka bersebab.

    Mereka rampas tanah kita.

    Mereka bunuh orang kita.

    Mereka cuci fikiran anak-anak muda kita.

    Dan kita pula lemah kerana dunia penuh dalam hati kita. Kita sibuk dengan hiburan. Kita sibuk dengan hal-hal yang melunturkan iman. Kalaulah kita masih duduk begini berterusan, maka nak lahirkan seorang yang ada separuh sahsiah Sallehuddin Al-Ayyubi pun, kita tidak akan dapat lakukan.

    Terima kasih kerana membuka minda saya tentang bangsa Kurdis. Mereka ini juga bangsa yang kesian. Sebenarnya banyak lagi bangsa-bangsa lain yang Islam di seluruh dunia yang tertindas, tetapi kita langsung tak tahu tentang kewujudan mereka. Selatan Thai, Chehnya, Kashmir, sebahagian tempat di Indonesia, dan lain-lain. Dengar cerita di Tibet, orang Islam turut dalam penindasan. Betul ke? Abqori ada info?

     
     
    Blogger Abqori Bro Says:

    @haidar_najmi

    Tak mengapa. Saya hargai saja apa-apa komen untuk entri-entri di blog saya, asalkan ia membina minda.

    Saya ingat pesan anta.

    Allhamdulillahi robbil 3alamin.

    @Muzammil

    Muzammil seperti biasa akan tulis komen untuk entri saya. Terima kasih.

    Sebenarnya saya nak tutup entri ini dengan kembali ke muqaddimahnya, berkenaan dengan Sallehuddin Al-Ayyubi. Tapi bila dah panjang bercerita, lupa pula. Nasib baik Muzammil ada sebut.

    Kita menantinya kelahiran insan seperti Sallehuddin Al-Ayyubi. Kita menantikan kelahiran insan seperti Sultan Muhammad Al-Fatih. Namun kita hanya menanti tanpa berbuat apa-apa. Kita lupa untuk terlebih dahulu mentarbiah diri kita. Kita sebenarnya bukan menanti, tapi kita hanya berangan-angan semata-mata.

    Wahan dah masuk dalam hati kita.

    Bahkan dah sebati dalam darah kita dan kita bernafas dengannya.

    Sedarlah wahai semua!

    Dahulu Abqori ada kaji juga tentang orang Islam di Tibet sebab ada dengar juga yang mereka ini tersiksa. Namun tak dapat sepenuh kepastian. Cuma yang Abqori jumpa, orang Islam di Tibet mendapat kewarganegaraan India, meskipun mereka menetap dalam negara Cina. Bunyi-bunyinya seolah mereka ini dilindungi negara India dan tentera Cina tak bolehlah nak usik mereka. Entah. Siapa ada maklumat tambahan?

     
     
    Blogger suara Says:

    Bila bercerita ttg Palestin, tentang Israil, tentang penderitaan dan kekejaman, kak su benar-benar rasa kerdil. Bimbang memenuhi ruang hati dan minda.

    Ya Allah... bantulah saudara-saudaraku disana.... Amin

     

    Mula Mengomen