Mati Hidup Semula
Assalamualaikum semua. Entri ini entri pendek dan mungkin mengundang beberapa persoalan. Juga ia mungkin sedikit provokasi dan mencetuskan rasa tidak selesa. Tapi itu semua ada jawapan dan penawarnya. Untuk itu, teruskan membaca entri-entri yang menyusul nanti, ya.
Akhirnya, saya sampai semula ke Mesir. Setelah menikmati sebuah percutian yang amat menyeronokkan, kini saya telah kembali untuk meneruskan kehidupan saya yang lagi satu. Kehidupan sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang yang menuntut, bertapa, mengali, talaqqi dan serba-serbi yang lebih kurang.
Terbang berseorangan adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Merasakan betapa berbelitnya lidah sendiri sepanjang sehari perjalanan - yang bercampur transit 9 jam melihat dunia di Dubai - juga adalah perkara yang menyeronokkan. Namun mengambil masa untuk menyusun niat, sikit pun tidak saya lupakan.
Percaya atau tidak saya pulang dengan membawa sesuatu yang besar. Niat yang besar, juga berbilang-bilang. Antara yang terbesar adalah untuk menghabiskan menghafaz Al-Quran di Mesir.
Bagi sesetengah orang, niat saya itu adalah sesuatu yang biasa. Kerana mereka juga turut ada niat yang sama. Tapi bagi saya, yang berkemampuan terhad, berniat sebegitu bermaksud saya telah melakukan sesuatu yang di luar batasan. Tambahan lagi, waktu pengajian saya di Mesir yang berbaki amatlah singkat. Kurang dua tahun saja lagi. Nampaknya, untuk merealisasikan niat itu saya perlukan usaha yang bertindan-tindan.
Saya juga ada niat yang selain darinya. Niat untuk menjadi bintang. Ya, untuk menjadi seorang bintang. Tapi bintang yang bagaimana, biarlah saya kisahkan tentang itu di lain cerita. Cuma doakanlah semoga saya betul-betul dapat mengapainya.
Dan minta maaflah kepada semua kerana telah terlampau lama tidak mengemas kini blog ini. Di Malaysia, saya sibuk dan sibuk dan sibuk menguruskan diri. Tambahan lagi, saya jarang mengakses internet di Malaysia kerana beberapa faktor yang anda semua tahu sendiri. Antaranya kerana caj internet yang terlalu mahal. Tapi, jangan risau. Kini, saya telah kembali dan blog ini akan kembali bernadi.
Cuma blog ini tidak dikemaskini, bukanlah kerana saya telah mati sebagaimana tuduhan sebahagian yang mengikuti blog ini. Saya masih lagi bernafas dan menghirup udara sebagaimana anda semua masih menghelanya. Tetapi berkadarlah juga dalam membuat tuduhan. Ini sampaikan ada yang telah menghadiahkan Al-fatihah kepada roh saya. Itu yang buatkan saya geram seribu jiwa. Bukan sekadar itu saya, bahkan ada yang telah membuat kenduri tahlil bersama-sama orang kampung mereka. Sabar sajalah.
Kerana itu, saya nasihatkan kepada orang-orang ini, agar bawa-bawalah bertaubat dengan seberapa segera. Ini kerana anda telah membuat dua dosa. Pertama, kerana memfitnah saya dengan mereka-reka cerita tentang kematian saya. Dan kedua, kerana anda telah melakukan sesuatu yang bidaah. Bacaan tahlil dan menyedekahkan Al-fatihah itu, bukankah bidaah?
Namun itu adalah jika anda seorang Wahabi. Tapi, jika anda seorang yang melalui lorong-lorong sufi (ehem, seperti saya), maka teruskanlah membuat ibadat-ibadat begini. Dan kalau tidak keberatan, sedekahkanlah seluruh bacaan Al-Quran beserta doa-doanya sekali. Juga jangan lupa untuk mengajak orang kampung untuk turut menyertai. Tetapi, tunggulah selepas saya mati. Ini sedekahkan ketika saya masih hidup, mana sampai! Tak agak-agak. Tengok, saya dah mula bercakap seperti orang Wahabi.
Seterusnya, saya juga ada bercadang untuk menukar tema blog Abqori ini. Mungkin untuk memasukkan lebih lagi rasa cinta dunia ke dalamnya. Atau mungkin juga saya ini menerapkan fahaman tajdid ke dalamnya. Contohnya seperti, ‘Silalah mentajdid Internet Explorer yang anda guna kepada Mozilla Musang Berapi’. Yang pasti, akan ada tema. Kita tunggu sajalah nanti.
Saya juga telah menjemput seorang penulis jemputan untuk bercerita di blog ini. Harap-harap dia akan menerimanya. Kerana saya tahu beliau ada banyak perkara untuk dicerita. Lagipun beliau ini hobinya hanya makan dan tidur. Pasti beliau punyai masa yang lebih untuk digunakan demi blog ini. Ha, beliau juga sangat-sangatlah berbulu.
Sebut tentang bulu, saya ada membela seekor kucing yang saya bawa khas dari Malaysia. Bolehlah anda ke rumah saya untuk membelainya.
Hmm, rupa-rupanya, dapat menulis kembali seperti ini amat menyeronokkan. Baru kini saya tahu rasanya.
Alhamdulillah.

Labels: Catatan Perjalanan, Pemberitahuan
Salam Mr Abqori! Hehe bertemu kembali kita :D
Okeh kejap-kejap. Ni nak tanya. Betul ke:
1) Ada orang sedekah fatihah dan buat kenduri tahlil kerana menyangka Tuan Abqori dah mati?
2) Betul ke bawa kucing dari Malaysia? Tak mengeluh ke kucing tu di sana sebab panas? Hehe..
Semoga kawan yang berbulu-bulu itu dapat menulis di sini!
Salam En. Tawel Sensei! Nice to meet you too! (Lidah masih berbelit lagi)
Nanti-nanti.
Sensei tu Bahasa Jepun kan? Kalau macam tu, biar saya jawab dalam Bahasa Jepun lah. Tapi sekadar yang saya tahu lah.
1)Cotto mate kodosai. Saya tak boleh jawab sekarang. Takut blog ini dibanned kawan-kawan yang Wahabi.
2)Memang kuat mengeluh pun. Tapi bukan sebab panas. Tapi kesejukan yang amat sangat. Musim sejuk ini pulak buat dia jadi kuat makan. Asyik-asyik 'Ittadakimiau-miau-s'
Si berbulu sekarang sedang sibuk mencari cerita tu. Gambare! Cepat sikit ya!
Salam Mas Abqori.
Mula-mula baca blog ni ingatkan blog Indonesia. Rupa-rupanya Orang Melayu kita jugak.
Bila lama tak baca blog ni tertanya-tanya juga mana perginya Abqori. Tapi takdalah sampai berfikir kalau-kalau anta dah mati. Mungkin kalau terlintas pun, sekadar nazak macam tu lah. Huhu. Tapi kalau nazak, belum boleh sedekahkan Al-Fatihah kan? Saya Syafie! Tak tahulah pulak kalau Wahabi. (Kesian diorang sebab asyik kena bantai di blog anta ni) Tapi pandai juga anta ya. Belum mati pun dah asyik melobi Al-fatihah. Sejak dari entri Saya Tidak Takwil lagi hang dah melobi. Luas lah kubuq anta nanti.
Wei, anta biar betul bawa terbang kucing naik tho-i-roh? Berapa kos? Baik beli kucing Mesir saja. Cantik pun cantik. Tapi kita kalau dah sayang kucing, lagu tu la jugak.
Saya memang suka betul ayat ‘lorong-lorong sufi’ anta tu. Sebelum ni pun anta ada guna kan? Kat blog orang lain pun anta ada komen guna ayat yang sama kan? Lupa lak! Rasa macam ada.
Awat kawan anta tu ‘sangat-sangatlah berbulu’? Terlalu metafora. Kenapa beliau tidak hanya sekadar ‘berbulu orangnya’. Anta main pusing ayat na. Mesti ada rahsia di sebalik. Saya macam boleh agak ja. Bulu dan kucing. Memang ada kaitan. Hang memang Abqori (genius).
Tapi takpa, saya tunggu sajalah.
Salam Abqori.
Lama tak baca tulisan ekau. Nasib baik ekau menulis semula.
Ekau biar bonar nak jadi bintang? Kat Malaysia sekarang budak-budak muda semuanya sibuk audition untuk program reality OIAM. Semua nak jadi bintang. Ekau nak jadi bintang macam diorang jugak ko? Ekau cubalah. Tapi jangan harap nak dapat undian dari ese. Habis kredit ese jo. Tapi kat negara Arab ada juga ke program-program macam tu? Kalau ekau masuk, mesti ekau menang sebab orang-orang Arab sakan undi ekau sebab ekau pelat cakap Arab (gurau je, jgn mrh!). Tapi jgn risau! Bak kata Penunggu Senja, ekau memang pandai melobi. Tapi memandangkan ekau ada niat nak hafal Quran, ese rasa ekau nak jadi bintang macam Abdullah Fahmi yang dalam Akademi Al-Quran kot. Ese bersangka baik sajo la (dalam B.Arab disebut husnuz zon kn?). Abdullah Fahmi belajar di Mesir juga, ekau ada jumpa dio?
Ekau teruskanlah menulis. Suko baca tulisan ekau. Ese akan support tulisan-tulisan ekau dengan komen-komen ese selepas ini. Blog ekau ni meriah rasonyo. Tapi semuanya pembaca senyap (alamak! Terjentik hidung sendiri).
@Penunggu Senja.
Waktu Nazak belum boleh sedekahkan Al-Fatihah. Tapi boleh stanby dan siap sedia. Tapi sayang, si penazak waktu tu dah tak boleh lagi nak melobi macam Abqori. Nak belajar mengucap lagi. Innalillah!
Salam abqori...
Uih... lama betul bertapa. sesekali ada jugak kak su jengok, tapi sunyi sepi je.
Okeylah... selamat kembali melakar di blog ni...
Syahdunya..smpai ade org anggap incik abQori ni da mati..tu la..lame menyepi..blog pn x update..anyway..selamat bergumbira memblogging ye..huhuhu..
ciao..