<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=8782060929818629481&amp;blogName=ABQORI&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fabqori.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fabqori.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Apa Selepas Perang

Perang telah pun tamat. Seolah-olah tamat. Ini kerana masih ada lagi sesi serangan. Walaupun ianya tidak sedahsyat dahulu. Cuma sesi serangan yang jarang-jarang.

Imtihan juga sudah tamat. Seolah-olah tamat. Ini kerana yang berbaki hanyalah syafawi. Madah Nusus zaman Abqori Abbasi. Syair-syair yang kompleks semacam.

Sepanjang tempoh perang, hati banyak sekali berbolak-balik. Mahu pergi ke Gaza. Walaupun tahu mungkin tak dapat masuk, namun ingin sekali melihat Ma3bar Rafah yang sering kali jadi sebutan. Jadi titik perselisihan. Banyak sekali memikirkan hal demikian sehinggakan imtihan pun sudah hilang dari tumpuan.

Manakan tidak! Pulang ke rumah, jumlah yang syahid bertambah. Balik dari imtihan, jumlah yang sama juga bertambah. Selesai dari makan, juga bertambah. Hati jadi kasihan. Bila tengok koresponden yang membuat liputan, akan segera tahu bahawa beliau juga bermasalah. Janggut dan misainya yang sudah tidak terurus. Mata yang tak cukup tidur. Suara yang ketar-ketir. Macam-macam.

Waktu itu dalam pukul 3 malam. Seorang koresponden meliputkan di tengah jalan. Sedang-sedang membuat liputan, sedang-sedang ditemuramah dari studio, sedang-sedang bercakap, tiba-tiba terdengar bunyi helikopter.
“Sebagaimana yang kita dapat dengar sekarang, itu adalah bunyi helikopter milik tentera Israel.”
Kamera pun beralih arah. Menghadap ke langit. Gelap. Tak apa pun kelihatan.
“Sebagaimana yang saya lihat, helikopter itu berada di atas kita sekarang dan kerana itu bunyinya terasa amat dekat walaupun ia tidak dapat dilihat dengan jelas melalui kamera.”
Pemberita yang di studio pun mengatakan,
“Sayyid Wail, apa tidak ada baiknya jika kalian berdua -koresponden dan jurukamera- beralih tempat. Tempat yang kalian berdua berada sekarang agak terbuka dan eloklah pergi ke tempat yang lebih tertutup.”
Namun si koreponden tetap di situ dan tidak berganjak sambil terus meliputkan dengan suara yang terputus-putus.
“Oh, nampaknya helikopter telah melepasi kita dan terus menuju ke arah utara. Mereka sedang mencari pejuang-pejuang Hamas sebagaimana yang mereka dakwa bahawa mereka hanya memburu pejuang-pejuang berkenaan.”
Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan.
“Nampaknya helikopter Israel telah mula melepaskan di sebelah utara sana. Enam tembakan. Sembilan.”
Dan tembakan itu berterusan dilepaskan. Namun bunyi helikopter terasa makin lama makin dekat. Seolah-olah menjauhi tempat yang ditembak.
“Oh, tersilap! Nampaknya tembakan tadi bukan dilepaskan oleh tentera Israel tetapi dilepaskan oleh pejuang-pejuang Hamas dalam usaha mereka menjauhkan helikopter itu dari tempat mereka.”
Helikopter yang berpatah balik itu pun sampai ke tempat si koresponden. Berlegar-legar di ruang udara. Dan dengan segera helikopter itu kembali berpusing menuju ke arah tentera Hamas tadi. Selepas beberapa ketika, satu bunyi letupan kedengaran
“Dum!”
Lebih kuat dari yang tadi.
“Helikopter Israel yang telah berpatah balik itu kelihatannya telah melepaskan tembakan. Kali ini mereka mengebom bangunan yang disyaki terdapat di dalamnya pejuang-pejuang Hamas yang melepaskan tembakan ke arah helikopter mereka tadi.”
Pemberita yang mewawancara dari studio diam tidak bersuara. Mungkin agak terkejut jua.
“Kalau kita dapat dengar sekarang ada bunyi siren ambulans yang bergerak ke arah kita. Ambulans ini sedang menuju ke arah bangunan yang dibom tadi. Dan ini dia ambulansnya. Sedang melepasi kita. Di depan kita. Sebagaimana yang diketahui, ambulans-ambulans ini memang sentiasa bersiap-sedia di banyak tempat untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang tercedera. Mereka akan meluru ke mana-mana tempat yang berlaku serangan untuk merawat sesiapa yang tercedera dari kalangan orang awam dan sesiapa yang boleh dibantunya.”
Kamera terus menumpu ke arah ambulans. Makin lama ambulans makin jauh. Dan terus jauh. Kemudian kamera berpindah semula ke arah si koreponden.

Kasihan sungguh melihat mereka yang bekerja di tengah-tengah peperangan ini. Dari kalangan koresponden dan juga pasukan perubatan. Walaupun ada undang-undang antarabangsa yang melindungi hak mereka bahawa mereka ini bebas keluar masuk ke medan peperangan untuk membuat liputan dan merawat sesiapa yang tercedera, ada juga di antara mereka ini yang terkorban dan terbunuh. Bahkan menara PBB di Gaza yang menjadi markaz untuk para koresponden membuat liputan turut terkena tembakan jet.

Semuanya angkara askar-askar Zionis yang langsung tidak berperikemanusiaan.

Itu belum dikira lagi mereka yang terbunuh dari kalangan orang awam seperti wanita dan kanak-kanak, pastilah lebih banyak. Bahkan senjata kimia yang diharamkan di peringkat antarabangsa seperti Fosforus Abyad juga turut mereka gunakan. Sangat menggerunkan.

Bekerja sebagai koresponden dan pasukan perubatan samada dari bulan sabit merah atau palang merah di tengah-tengah medan peperangan ini adalah umpama menggadai nyawa. Kerana itulah apabila saya melihat peristiwa-peristiwa sebegini sepanjang perang ini, saya mula memikirkan semula niat saya untuk menceburi bidang liputan. Saya bukanlah jenis yang berani. Lebih-lebih lagi apabila nyawa yang jadi cagaran.

Namun entah kenapa mahu sekali pergi ke sana walaupun hanya untuk sampai ke sempadan. Mungkin kerana cemburu melihat Yayasan Amal Malaysia yang telah masuk ke sana. Apatah lagi, penterjemah untuk delegasi ini adalah abang kandung kepada sahabat saya yang pernah tinggal sebilik.

Cuma walaupun mahu, akhir-akhir ini terasa betul kaki dan tangan seperti sangat-sangat terikat untuk ke sana kerana krisis kewangan, yang memang similar dengan tamatnya imtihan fasa satu, menimpa diri. Di tambah pula dengan semangat yang telah pudar kerana peperangan yang telah tamat, betul-betul membuatkan diri terasa seperti dimasukkan ke dalam guni selepas tangan dan kaki yang diikat. Sukar sungguh untuk bernafas.

Sehinggalah akhirnya, terasa badan yang dibungkus di dalam guni tadi dihanyutkan di Sungai Nil di bawah jambatan di Old Damietta City kerana pihak Kedutaan sudah mengeluarkan Pekeliling melarang mana-mana pelajar yang ingin ke Gaza. Tenggelam timbul rasanya badan dibawa arus. Mujur mulut ini tidak disumbat dengan kain. Bolehlah juga kiranya lagi menjerit meminta tolong.

Namun jerit minta tolong itu hanya membuahkan hasil mendapatkan peta perjalanan ke sana dengan Tremco sahaja. Tak lebih dari itu.
New Damietta City --> Haras --> Bort Said --> Qantarah Al-Gharb --> Al-Arisy --> Rafah Al-Masriah --> Gaza
Peta perjalanan Tremco yang hanya tinggal peta. La ghoirah.

Udahlah perang ini menganggu periksa. Rasa mahu saja disalahkan Al-Jazeera dan kroni-kroninya kerana buatkan saya banyak leka menonton berita-beritanya. Namun mana mungkin untuk berbuat sedemikian. Bukankah liputan mereka yang membuatkan mata ini berair dengan gambar-gambar yang luarbiasa dan dengan temuramah mereka bersama Ahmadinejad dan Khalid Masy3al!

Kalau nak salahkan sesiapa pun, eloklah Israel yang ditujukan. Merekalah pemula ini semua. Yang buatkan Gaza punyai seribu satu kisah duka dan lara.

-------

MAAF:
1- Saya tak dapat pautkan video temuramah Al-Jazeera bersama Presiden Ahmadinejad. Puas dicari di web rasmi mereka, namun tak jumpa. Saya sempat tonton temuramah yang di dalam Bahasa Arab di TV sebanyak dua kali, yang berbahasa Inggeris pula hanya sekali dan tonton ala kadar sahaja. Kedua-dua versi adalah berbeza kerana yang menemuramahnya adalah dua orang yang berlainan.
2- Tajuk entri ini adalah 'Apa Selepas Perang' merujuk kepada saluran Al-Jazeera yang seringkali memaparkan ayat Ma Ba3da Harb selepas perang tamat.

Labels: , , ,

 

for this post

 
Blogger dukerobin Says:

Izudin, anta pergi ke sempadan Palestine ke? Saya dulu cuma berpeluang melihat Israel dari perairan Jordan di Aqaba.

 
 
Anonymous Muzammil Says:

Beruntung sungguh saudara Abqori kerana belajar di Mesir. Bolehlah juga kiranya masuk ke Palestin jika ada ruang.

Tak mengapa. Walaupun Pihak Kedutaan telah melarang. Tunggu sahajalah bila suasana benar-benar tenang. Banyak lagi masa kan? Janganlah bersedih.

 
 
Blogger Izudin Abqori Says:

@Dukerobin dan Muzammil
Saya mungkin tidak ke Gaza dalam masa terdekat ini.

Pertama, masalah kewangan. Jika ke sana perlu difikirkan juga tentang hotel untuk penginapan dan makanan.

Kedua, perang tamat sama dengan tamatnya peperiksaan. Semangat jadi kurang. Ditambah lagi apabila membaca entri di blog Ustaz Hasrizal dengan fatwa yang kurang menggalakkan. Saya juga ada komen di entri berkenaan, meluahkan. Baca di sini, komen yang ke 17.

Ketiga, larangan dari pihak Kedutaan.

Hmm ke Teluk Aqabah ya? Saya pernah ke sana lima kali. Tiga kali berada di darat. Dua kali berada di atas kapal ke Jordan. Ketika di atas kapal, di tengah-tengah laut rasa seperti in the middle of nowhere. Berada di tengah-tengah empat buah negara. Arab Saudi di belah kanan, Mesir di belah kiri. Jordan dan Israel di depan. Memang rasa yang tak dapat dilupakan. Rujuk tiga entri sebelum ini. Saya rasa abang Duke lagi banyak pengalaman begitu kan!

 
 
Blogger IshaQHaniS Says:

Salam Akhi Abqori.

Terima kasih byk2 untuk editing huruf besar tu. Lama jugak saya mencari caranya, namun apalah daya untuk orang macam sy yang tidak tahu selok belok template ni... :-)

Moga suatu hari nanti dapat membalas budi. Selamat bercuti.

 

Mula Mengomen