Sebulan 'Menjadi' Syiah
Saya telah berhasil mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan untuk suatu kajian. Kajian berbentuk persendirian. Tiada kaitan dengan ilmu persijilan atau sebarang kejaran keduniaan. Kajian untuk memberi nilai tambah pada pengetahuan sendiri. Kajian tentang syiah.
Bermula terasa kajian ini perlu, selepas terbitnya sebuah buku terjemahan dari bahasa Arab hasil kerjasama sebuah kesatuan pelajar di Mesir. Tanpa berniat untuk merendah-rendahkan, buku ini selepas saya teliti, hanya memaparkan tentang Syiah hanya dari suatu sudut. Hanya memandang kepada golongan Syiah yang paling ekstrem. Jadi jika saya terus menjustifikasi Syiah dengan hanya melihat golongan ini, maka saya telah melakukan reaksi orang yang berakal pendek. Lalu, saya rasakan saya perlukan maklumat lain sebagai tambahan jika saya serius mahu tahu lagi tentang mereka.
Keratan akhbar berbahasa Melayu tentang Syiah yang saya temui beberapa hari kemudian dalam kitab seorang sahabat menambahkan lagi semangat saya untuk memulakan kajian. Walaupun ianya hanyalah artikel pendek yang dikupas oleh Ust. Maszlee Malik tentang persamaan di antara Bush dan Ahmadinejad (seorang Syiah) hasil pembacaan beliau ke atas sebuah buku berbahasa Arab, ia tetap merangsang saya untuk pergi lebih jauh.
Jika ada mahasiswa Malaysia di Mesir yang terlampau berbangga dengan kejayaan mereka menerbitkan majalah Suara Kampus, saya nasihatkan agar mereka mengenepikan perasaan itu terlebih dahulu dan melihat sesuatu yang lebih patut dibanggakan yang telah dilakukan oleh saudara serumpun. Mereka juga turut menerbitkan majalah yang sesungguhnya lebih saya minati dan akan mula saya langgani. Majalah Sinar Muhammadiyah ini lebih saya kagumi kerana walaupun ianya terbit dua bulan sekali, mereka sering berjaya menemuramah sekurang-kurangnya seorang pensyarah doktor di universiti-universiti Mesir untuk setiap keluaran, berbanding Suara Kampus yang belum pernah lagi melakukan sedemikian kecuali pernah menemuramah Pengerusi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Sebab itulah apabila saya terlihat seorang mahasiswa Indonesia sedang membaca keluaran terbaru majalah berkenaan di sebuah restoran masakan Malaysia di Mesir, hati saya menggelegak bukan main. Apatah lagi fokus utama untuk keluaran ini adalah tentang Syiah. Akhirnya, saya telah pergi sendiri ke Pejabat Muhammadiyah untuk mendapatkan majalah berkenaan. Satu lagi tiang sokongan untuk kajian saya.
Setelah buku-buku (termasuk yang di atas) yang diperlukan, saya bungkus untuk dibawa terbang pulang, saya memikirkan buku apakah yang akan saya beli di Malaysia untuk menambah lagi bahan-bahan rujukan saya ini. Setelah sampai ke Malaysia dan setelah diunjukkan oleh abang ipar saya buku terbaru tentang Ahmadinejad, saya automatik merasakan bahawa buku itu juga perlu dibeli. Kerana buku seputar tentang negara Iran (sebuah negara Islam bermazhab Syiah) juga saya rasa patut saya miliki.Perlu juga untuk diketahui tentang politik mereka sekarang, susur galur dan sejarahnya. Kerana ia semua berkaitan.
Namun, selepas mendapatkan buku itu, secara tak disangka, kompleksiti untuk mencari buku tentang Syiah menyanggah waktu mencari yang agak singkat. Cari punya cari, terasa seolah-olah tidak ada lagi buku yang membicarakan tentang mazhab berkenaan.
Setelah bertanya tuan kedai, rupa-rupanya hanya ada sebuah buku sahaja yang masih wujud. Walaupun pada mulanya, saya rasa ia agak kurang memuaskan, namun selepas dibawa pulang dan diteliti, terasa ada untungnya mendapat buku berkenaan. Ini kerana ia menceritakan tentang hukum-hakam mazhab Syiah bagi setiap masalah disertai perbandingan hukum tersebut dengan 4 mazhab yang lain.
Kemudian, saya menyelongkar pula koleksi buku-buku peribadi lama andai ada di antaranya buku-buku yang sama topik. Baru teringat, sewaktu beberapa siri kursus sebelum terbang ke Mesir, JAKIM ada memberi kepada kami beberapa buah buku percuma. Mujur ada sebuah daripadanya yang membincangkan hal ini dan mujur buku itu masih selamat dalam simpanan.
Lalu, jadilah hari-hari yang mendatang dicampuri kegembiraan dan kesedihan walaupun segala bahan yang diperlukan telah lengkap. Gembira kerana apa yang dimahukan telah diperoleh dan sedih kerana belum kedapatan masa untuk sungguh-sungguh menelaah dan mengkaji bahan-bahan ini. Walaupun buku-buku ini dapat juga dibelek dan dibaca sikit-sikit, namun yang sedikit itu tidaklah membuahkan hasil yang dimahukan kerana kajian ini memerlukan tumpuan yang serius. Bukanlah sebelum ini saya tidak pernah mengkaji tentang Syiah, tapi kajian kali ini berbeza kerana didasari oleh sebuah visi yang lebih cemerlang. Jika kajian terdahulu hanya kerana mahu mengambil tahu, kajian kali ini adalah supaya tiada lagi persoalan dan tanda tanya tentang mereka yang sering terlontar sendiri dalam diri. Kajian untuk mendapatkan mangga paling konkrit bagi mengunci rasa enkuiri saya terhadap sebuah school of thought ini.
Yang menyedihkan pula adalah sekarang saya tercari-cari satu bulan penuh untuk dilampiaskan hal ini. Bilakah bulan itu? Saya tidak pasti. Cuma, jika telah kejumpaaan waktunya, saya akan pastikan andai ada hal-hal yang menganggu pembacaan dan hal itu memang perlu didahulukan, pembacaan itu tidak akan sekali-kali saya abaikan meskipun terpaksa bergadang sampai pagi. Itu azam saya.
Tapi serasanya pembacaan saja tidak cukup. Perlu juga ada ceramah sampingan untuk diamati supaya melaluinya saya bisa melakukan koreksi atas kesalahan dalam memahami yang tidak disedari. Saya tahu di sana ada ceramah dari seorang maulana, namun saya kurang berminat versi sebegitu yang seolah-olah menyatakan golongan Syiah ini tiada ruang untuk dibuat toleransi. Saya mahukan yang lebih berbentuk penjelasan ilmiah dan tidak berbentuk penyerangan.
Serasanya, buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah itu pernah didiskusi di sebuah tempat walaupun dihalang oleh beberapa pihak. Namun kerana kesibukan demi persiapan untuk pulang ke Malaysia, saya tidak dapat mengikutinya. Yang pasti, saya tahu ada orang yang merakamkannya. Harap si perakam dapat mengkongsikannya di sini. Cuma, amat kesal sekali kerana beberapa siri diskusi buku ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan keterikatan pada undang-undang buatan manusia yang sepatutnya memudahkan manusia dan bukan menyempitkan. Mungkin mereka ini belum perasan bahawa dengan menghalang usaha ini, maka mereka dalam masa yang sama, telah menghalang suatu usaha yang serupa dengan usaha para ulama. Akhir zaman.
Memboikot ulama juga adalah tanda-tanda akhir zaman.
Akhir sekali, sebelum sampai sepurnama yang dimaksudkan, saya berharap jika ada antara pembaca-pembaca di sini yang mempunyai maklumat tentang buku-buku, ceramah atau artikel samada bercetak atau di internet mengenai Syiah, sudi berkongsi bahan-bahan itu dengan saya. Kerjasama anda semua amatlah saya hargakan. Namun, saya harap ia bukan yang berkaitan isu seorang novelis dari Tehran dituduh Syiah oleh seorang mufti yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Tentang isu itu, walaupun jarang mengikutinya, telah lama saya muak. Tapi jika ada tentang sejarah perjalanan Syiah di Indonesia, bagus juga.
Doakan saya agar ketemu bulan yang amat memaknakan ini dengan segera. Entah bila agaknya akan datang bulan itu?
----------
NOTA : Sebarang perkongsian dari anda bolehlah dimuatkan di ruang komen.
Maafkan saya kerana gambar diambil menggunakan webcam laptop. Gambar akan diupdate dengan yang terbaru selepas kameranya kembali ke rumah.
Bermula terasa kajian ini perlu, selepas terbitnya sebuah buku terjemahan dari bahasa Arab hasil kerjasama sebuah kesatuan pelajar di Mesir. Tanpa berniat untuk merendah-rendahkan, buku ini selepas saya teliti, hanya memaparkan tentang Syiah hanya dari suatu sudut. Hanya memandang kepada golongan Syiah yang paling ekstrem. Jadi jika saya terus menjustifikasi Syiah dengan hanya melihat golongan ini, maka saya telah melakukan reaksi orang yang berakal pendek. Lalu, saya rasakan saya perlukan maklumat lain sebagai tambahan jika saya serius mahu tahu lagi tentang mereka.
Keratan akhbar berbahasa Melayu tentang Syiah yang saya temui beberapa hari kemudian dalam kitab seorang sahabat menambahkan lagi semangat saya untuk memulakan kajian. Walaupun ianya hanyalah artikel pendek yang dikupas oleh Ust. Maszlee Malik tentang persamaan di antara Bush dan Ahmadinejad (seorang Syiah) hasil pembacaan beliau ke atas sebuah buku berbahasa Arab, ia tetap merangsang saya untuk pergi lebih jauh.Jika ada mahasiswa Malaysia di Mesir yang terlampau berbangga dengan kejayaan mereka menerbitkan majalah Suara Kampus, saya nasihatkan agar mereka mengenepikan perasaan itu terlebih dahulu dan melihat sesuatu yang lebih patut dibanggakan yang telah dilakukan oleh saudara serumpun. Mereka juga turut menerbitkan majalah yang sesungguhnya lebih saya minati dan akan mula saya langgani. Majalah Sinar Muhammadiyah ini lebih saya kagumi kerana walaupun ianya terbit dua bulan sekali, mereka sering berjaya menemuramah sekurang-kurangnya seorang pensyarah doktor di universiti-universiti Mesir untuk setiap keluaran, berbanding Suara Kampus yang belum pernah lagi melakukan sedemikian kecuali pernah menemuramah Pengerusi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Sebab itulah apabila saya terlihat seorang mahasiswa Indonesia sedang membaca keluaran terbaru majalah berkenaan di sebuah restoran masakan Malaysia di Mesir, hati saya menggelegak bukan main. Apatah lagi fokus utama untuk keluaran ini adalah tentang Syiah. Akhirnya, saya telah pergi sendiri ke Pejabat Muhammadiyah untuk mendapatkan majalah berkenaan. Satu lagi tiang sokongan untuk kajian saya.
Setelah buku-buku (termasuk yang di atas) yang diperlukan, saya bungkus untuk dibawa terbang pulang, saya memikirkan buku apakah yang akan saya beli di Malaysia untuk menambah lagi bahan-bahan rujukan saya ini. Setelah sampai ke Malaysia dan setelah diunjukkan oleh abang ipar saya buku terbaru tentang Ahmadinejad, saya automatik merasakan bahawa buku itu juga perlu dibeli. Kerana buku seputar tentang negara Iran (sebuah negara Islam bermazhab Syiah) juga saya rasa patut saya miliki.Perlu juga untuk diketahui tentang politik mereka sekarang, susur galur dan sejarahnya. Kerana ia semua berkaitan.
Namun, selepas mendapatkan buku itu, secara tak disangka, kompleksiti untuk mencari buku tentang Syiah menyanggah waktu mencari yang agak singkat. Cari punya cari, terasa seolah-olah tidak ada lagi buku yang membicarakan tentang mazhab berkenaan.Setelah bertanya tuan kedai, rupa-rupanya hanya ada sebuah buku sahaja yang masih wujud. Walaupun pada mulanya, saya rasa ia agak kurang memuaskan, namun selepas dibawa pulang dan diteliti, terasa ada untungnya mendapat buku berkenaan. Ini kerana ia menceritakan tentang hukum-hakam mazhab Syiah bagi setiap masalah disertai perbandingan hukum tersebut dengan 4 mazhab yang lain.
Kemudian, saya menyelongkar pula koleksi buku-buku peribadi lama andai ada di antaranya buku-buku yang sama topik. Baru teringat, sewaktu beberapa siri kursus sebelum terbang ke Mesir, JAKIM ada memberi kepada kami beberapa buah buku percuma. Mujur ada sebuah daripadanya yang membincangkan hal ini dan mujur buku itu masih selamat dalam simpanan.
Lalu, jadilah hari-hari yang mendatang dicampuri kegembiraan dan kesedihan walaupun segala bahan yang diperlukan telah lengkap. Gembira kerana apa yang dimahukan telah diperoleh dan sedih kerana belum kedapatan masa untuk sungguh-sungguh menelaah dan mengkaji bahan-bahan ini. Walaupun buku-buku ini dapat juga dibelek dan dibaca sikit-sikit, namun yang sedikit itu tidaklah membuahkan hasil yang dimahukan kerana kajian ini memerlukan tumpuan yang serius. Bukanlah sebelum ini saya tidak pernah mengkaji tentang Syiah, tapi kajian kali ini berbeza kerana didasari oleh sebuah visi yang lebih cemerlang. Jika kajian terdahulu hanya kerana mahu mengambil tahu, kajian kali ini adalah supaya tiada lagi persoalan dan tanda tanya tentang mereka yang sering terlontar sendiri dalam diri. Kajian untuk mendapatkan mangga paling konkrit bagi mengunci rasa enkuiri saya terhadap sebuah school of thought ini.Yang menyedihkan pula adalah sekarang saya tercari-cari satu bulan penuh untuk dilampiaskan hal ini. Bilakah bulan itu? Saya tidak pasti. Cuma, jika telah kejumpaaan waktunya, saya akan pastikan andai ada hal-hal yang menganggu pembacaan dan hal itu memang perlu didahulukan, pembacaan itu tidak akan sekali-kali saya abaikan meskipun terpaksa bergadang sampai pagi. Itu azam saya.
Tapi serasanya pembacaan saja tidak cukup. Perlu juga ada ceramah sampingan untuk diamati supaya melaluinya saya bisa melakukan koreksi atas kesalahan dalam memahami yang tidak disedari. Saya tahu di sana ada ceramah dari seorang maulana, namun saya kurang berminat versi sebegitu yang seolah-olah menyatakan golongan Syiah ini tiada ruang untuk dibuat toleransi. Saya mahukan yang lebih berbentuk penjelasan ilmiah dan tidak berbentuk penyerangan.
Serasanya, buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah itu pernah didiskusi di sebuah tempat walaupun dihalang oleh beberapa pihak. Namun kerana kesibukan demi persiapan untuk pulang ke Malaysia, saya tidak dapat mengikutinya. Yang pasti, saya tahu ada orang yang merakamkannya. Harap si perakam dapat mengkongsikannya di sini. Cuma, amat kesal sekali kerana beberapa siri diskusi buku ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan keterikatan pada undang-undang buatan manusia yang sepatutnya memudahkan manusia dan bukan menyempitkan. Mungkin mereka ini belum perasan bahawa dengan menghalang usaha ini, maka mereka dalam masa yang sama, telah menghalang suatu usaha yang serupa dengan usaha para ulama. Akhir zaman.
Memboikot ulama juga adalah tanda-tanda akhir zaman.
Akhir sekali, sebelum sampai sepurnama yang dimaksudkan, saya berharap jika ada antara pembaca-pembaca di sini yang mempunyai maklumat tentang buku-buku, ceramah atau artikel samada bercetak atau di internet mengenai Syiah, sudi berkongsi bahan-bahan itu dengan saya. Kerjasama anda semua amatlah saya hargakan. Namun, saya harap ia bukan yang berkaitan isu seorang novelis dari Tehran dituduh Syiah oleh seorang mufti yang paling muda dalam sejarah Malaysia. Tentang isu itu, walaupun jarang mengikutinya, telah lama saya muak. Tapi jika ada tentang sejarah perjalanan Syiah di Indonesia, bagus juga.
Doakan saya agar ketemu bulan yang amat memaknakan ini dengan segera. Entah bila agaknya akan datang bulan itu?
----------
NOTA : Sebarang perkongsian dari anda bolehlah dimuatkan di ruang komen.
Maafkan saya kerana gambar diambil menggunakan webcam laptop. Gambar akan diupdate dengan yang terbaru selepas kameranya kembali ke rumah.
Labels: Kitab, Mesir, Pulang Ke Malaysia













