<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d5937407827965732325', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Imaginasi Alien

Tulisan ini mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh dikatakan melampau. Jika anda mudah tersinggung atau takut mengalami gangguan mental kesan daripadanya, tolong, hentikan pembacaan anda setakat ini sahaja.


Cuba bayangkan.

Pertama.

Bayangkan bahawa saya adalah seorang yang Bahasa Inggerisnya sangat-sangat fasih.

Bahkan bukan saja kefasihan saya itu adalah sekadar mampu bercakap dengan lancar dan laju, akan tetapi kefasihan saya itu diserikan pula dengan lahjah British yang sangat-sangat pekat.

Lahjah yang lebih kurang seperti abang kepada Charlie yang digigit jarinya dalam video dibawah.

Ouch! That really hurt!



Kedua.

Bayangkan pula bahawa sekumpulan mahkluk asing telah datang ke New Damietta City dengan sebuah UFO pada tengah malam hari untuk mengintai apa yang saya lakukan.

Namun, setelah mereka mendapati bahawa pada waktu tengah malam itu saya hanya berjaga membuang masa dan tidak melakukan qiyamulail, maka makhluk asing-makhluk asing ini telah bermesyuarat dan bersepakat untuk menculik saya untuk dijadikan santapan berkhasiat mereka.

Lalu mereka pun menyuluh cahaya ala-ala lampu suluh dari bawah UFO mereka tepat ke arah saya dan saya pun dengan sekelip mata, ghaib serta merta, disedut cahaya tersebut. Kawan-kawan saya pula yang tadi bersama-sama dengan saya, masing-masing terkejut beruk dan terpinga-pinga kerana saya telah hilang secara tiba-tiba.

Sedar tak sedar, saya telah berada di dalam UFO berkenaan dan dikelilingi oleh makhluk asing-makhluk asing ini yang masing-masing tidak sabar-sabar lagi untuk melahap dan meratah daging saya.

Bayangkan apa yang saya akan lakukan ketika itu.

Dan sekarang, sebelum anda meneruskan imaginasi anda, saya mahu anda gabungkan kedua-dua bayangan di atas menjadi satu.

Jika anda telah mampu berbuat demikian, barulah kita berpindah ke imaginasi ketiga yang merupakan klimaks kepada penceritaan kali ini.

Ketiga.

Bayangkan setelah saya dikepung oleh makhluk asing-makhluk asing ini, saya merasakan ketakutan yang amat sangat dan saya mengeletar ketar-ketir serta berpeluh dengan perpeluhan yang maha dahsyat.

Lalu, saya yang belum bersedia untuk mati lagi ketika itu, kerana takut akan diazab dalam neraka kerana banyak dosa, telah merayu-rayu kepada mahkhluk asing-makhluk asing ini agar mereka melepaskan saya, dengan menggunakan kefasihan Bahasa Inggeris British saya tadi.

Saya pun berkata,
Aliens all, please! Please don’t eat me! I have a blog and my blog has many readers. Not forget to mention that my blog has many people who subscribed to it. Please don’t eat me. EAT THEM!
Dan saya pun memaksudkan dengan THEM itu kepada pembaca-pembaca dan juga pelanggan-pelanggan blog ini.

Lalu makhluk asing-makhluk asing tersebut telah kasihan kepada saya, atau boleh juga dikatakan, telah terpikat dengan slang British saya tadi hingga mereka telah menangis lalu melepaskan saya. Bukan itu saja, mereka juga telah berjanji untuk memakan siapa-siapa sahaja yang membaca blog saya sebagai ganti kepada saya.

Oh, itu hanyalah imaginasi!

--------------

Hakikatnya, tulisan kali ini tujuan utamanya bukanlah untuk mengajak anda memikirkan benda-benda tahyul atau khurafat seperti di atas. Apatah lagi sekarang ini manusia seluruh dunia masing-masing sedang demam piala dunia.

Namun tulisan kali ini adalah untuk menyatakan bahawa sejak-sejak akhir ini saya telah rajin semacam. Mungkin saya rajin pelik kerana imtihan telah tamat atau mungkin juga banyak peristiwa besar yang telah berlaku dan akan berlaku dalam hidup saya dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, sempena peristiwa-peristiwa ini, saya telah bercadang untuk mengemas kini blog saya ini untuk tempoh lebih kurang satu bulan.

Lebih kurang satu bulan sahaja.

Dan dalam tempoh itu, blog ini akan bernafas seketika dan anda akan melihat adanya entri-entri baru yang seronok untuk dibaca. InsyaAllah.

Mungkin anda masih ingat bahawa dahulu saya ada menyiapkan beberapa buah tulisan sebelum saya berangkat ke sebuah tempat. Jadi, entri-entri selepas ini adalah daripada kumpulan tulisan berkenaan di samping beberapa buah tulisan baharu.

Ada yang berat dan ada yang ringan. Saya akan masukkan ianya berselang-seli agar ianya selesa untuk dihadam pemahamannya.

Terima kasih kepada yang terus-terusan menyokong penulisan blog ini. Samada anda adalah yang melanggan, pembaca senyap atau pembaca bising, saya hargai semuanya. Ini kerana saya tahu pembaca-pembaca blog ini dari segi jumlahnya, dari mana datangnya, apa yang dibacanya, berapa muka yang dibacanya dan juga apa yang dikliknya.

Kerana itulah, saya tahu sejauh mana telah perginya blog ini dan sejauh mana ianya dihargai oleh semua.

Sehingga waktu itu, sekali lagi saya mencadangkan anda agar terus-terusan melanggan blog ini demi untuk mendapatkan kemaskini daripadanya.

Sila isi alamat emel anda dibawah untuk melanggan blog ini terus ke emel anda.

Isikan Alamat Emel Anda Di Sini:

Dibawakan oleh FeedBurner


Atau mungkinkah anda tidak mahu melanggan kerana takut dimakan oleh makhluk asing-makhluk asing itu tadinya?

Jangan risau, mereka tidak akan memakan anda.

Lagipun makhluk asing mana wujud. Yeah, aliens didn’t even exist.

Atau, adakah selama ini anda percaya mereka wujud?

Aduhai! Kasihan anda.

Labels:

 

for this post

 
Blogger Fakeh Says:

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

 
 
Blogger Tawel Sensei Says:

Wah Tuan Abqori. Lama tak menulis terus tercerita imaginasi pasal alien pulak ye. Haha.

Oo rupanya sepanjang senyap ni ada juga la ye tulis senyap-senyap ye? Teruskan menulis bro. Dah kerja nanti masa agak terbatas (macam saya)!

 
 
Blogger aiyrie Says:

Assalamu'alaikum,

Kehadapan Encik Abqori yang dihormati. Agak lama juga Encik Abqori tidak menulis. Hanya iklan Hiraq di IKIM.FM sahaja yang menjadi pelepas rindu kepada nama ABQORI. Itupun kerana nama ABQORI telah digunakan sebagai nama bagi salah satu "produk makanan kesihatan Sunnah" mereka. Terpaksalah mereka mengulang-ulang sebut nama ABQORI supaya saya lebih mengenal ABQORI sebagai makanan berbanding Abqori sebagai penulis blog.

Selepas membaca coretan imaginasi yang tiga itu, tiba-tiba terilhamlah pula imaginasi saya, Menjadi yang keempat. Mungkin ALIEN itu telah terpengaruh dengan iklan tersebut lalu menyangka Encik Abqori adalah makanan yang dimaksudkan oleh iklan Hiraq tersebut. Kerana itu alien-alien tersebut telah menangkap Encik Abqori. Melalui iklan tersebut, kononnya dengan memakan ABQORI kita boleh menjadi bijak pandai.

Namun, selepas mendengar hujah dari Encik Abqori dengan lahjah British yang amat pekat itu. Tahulah mereka bahawa kita juga boleh menjadi pandai dengan merajinkan diri membaca blog-blog terpilih seperti blog Encik Abqori sendiri. Mungkin selepas ini, para alien itu sendiri yang akan melanggan blog ini.

Sebagai kesimpulan dari imaginasi saya, maka Encik Abqori perlulah merajinkan diri untuk menulis di blog ini agar dapat menyumbang idea dan memandaikan bangsa.

Saya akan setia melanggan blog ini dan membaca semua coretan Encik Abqori agar yang baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dapat dijadikan sempadan.

 

Mula Mengomen