Musim Panas Kali Ini
Saya memang telah membaca apa yang ditulis oleh Burhanuddin di Dinding Facebook beliau petang itu, tentang adiknya yang dimasukkan ke hospital. Namun, tidaklah pula saya merasakan bahawa ia adalah sesuatu yang serius.
Malam itu pula, sejak daripada maghrib lagi saya dapati seorang siswa tahun dua, sedang asyik berlegar-legar dengan tiket kapalterbang yang dibawanya. Namun, tidaklah juga saya menyangka bahawa tiket itu adalah untuk orang yang akan pulang pada malam itu juga.
Selepas isya’, siswa tahun dua tadi, datang ke bilik dan bertanyakan kepada saya tentang seorang sahabat saya yang tidak ada di bilik ketika itu. Saya tanyakan kepadanya untuk urusan apa dia mencari kawan saya tersebut. Katanya, dia mahu memberikan tiket kapalterbang itu kepada rakan saya berkenaan supaya rakan saya itu boleh menyampaikannya kepada tuan tiket yang akan terbang pada malam itu juga.
Lalu, dia pun menunjukkan kepada saya akan tiket berkenaan dan saya pun membaca nama yang tertera padanya.
SukriBurhanuddin.
Apabila saya melihat nama tersebut, memang ada terlintas di hati saya akan si Burhanuddin. Namun, saya cepat-cepat menafikannya kerana mana mungkin untuk beliau pulang ke Malaysia sedangkan pula imtihan hanya tinggal kurang dua minggu saja lagi. Tambahan lagi, beliau ketika itu masih di Shibin dan bukan di Cairo. Mungkin tiket itu milik orang lain.
Sehinggalah pada malam itu, saya sekali lagi membuka Facebook beliau dan mendapati ada beberapa orang yang menulis di Dinding Facebooknya dengan ucapan takziah dan menyatakan rasa sedih mereka. Inna lillahi wa inna ilahi rajiun.
Saya terkejut.
Saya segera ke bilik sebelah dan bertanya kepada sahabat saya yang dicari orang tadi, akan hal sangat mengejutkan itu. Dia menyatakan bahawa dia baru pulang daripada lapangan terbang untuk menghantarkan tiket itu kepada seseorang dan tuan tiket itu langsung datang terus ke mator daripada Shibin.
Sah. Memang Burhanuddin yang balik malam itu. Adiknya telah kembali ke rahmatullah selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital kerana disyaki dijangkiti Denggi Berdarah.
Hal itu memang merupakan kekalutan bagi beberapa orang pada malam itu.
Dari Burhanuddin sehinggalah kepada beberapa orang kawan saya. Saya yang mendengar kembali berita tersebut, turut merasakannya. Ditambah lagi, dengan cerita kawan saya itu yang menghantar tiket tersebut ke lapangan terbang dengan motorsikal.
Namun, saya pula mengetahuinya sedikit lewat. Itupun dengan melalui Facebook.
----------------
Saya tidaklah rapat mana dengan Burhanuddin. Kami hanya sekadar kenal-mengenali kerana sering bertembung ketika di kelas-kelas pengajian, lebih-lebih lagi kelas-kelas pengajian di rumah Kedah. Kalaulah bukan kerana beliau yang agak rapat dengan Syeikh Husni Ginting yang kadang-kadang sudi untuk mencemar duli, bertandang beradu di rumah kawan saya, mungkin perkenalan saya dengan Burhanuddin hanya terbatas di kelas-kelas itu saja.
Namun, Burhanuddin yang saya kenali adalah seorang rojulun sooleh.
Beliau sangat cintakan para ulama dan sering mencari peluang untuk berziarah ke rumah-rumah mereka. Rapatnya beliau dengan Syeikh Husni, sedangkan beliau tinggal di Shibin el-Kom dan Syeikh Husni pula di Zaqaziq, jelas adalah bukti bahawa beliau adalah pencinta Ahlullah.
Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada gambar-gambar ulama yang diletakkan oleh Burhanuddin di Facebook beliau. Gambar-gambar ulama yang dipunyai beliau ini pula sangat-sangatlah istimewa kerana ia bukanlah gambar-gambar yang dikopi pasta semata-mata, tetapi adalah gambar yang beliau tangkap atau kumpul sendiri sepanjang pengziarahan beliau ke rumah-rumah ulama-ulama ini bersama Syeikh Husni.
Hal ini jugalah yang membuat saya sering terpanggil untuk membuka Facebook miliknya. Bahkan pada malam peristiwa itu, penyebab saya membuka Facebook beliau adalah rentetan selepas melihat gambar Syeikh Majed Makki, seorang ulama asal Halab di Jeddah, di Facebooknya.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, rasa cinta saya kepada Syeikh Majed Makki semakin bertambah-tambah sedangkan saya hanya sempat bersama beliau sekali saja iaitu ketika Muktamar Ulama Khariji Al-Azhar tempohari. Wa bifadhlillahi alaina, rasa cinta itu tidak sia-sia kerana beliau telah sudi untuk mengijazahkan saya serta seorang rakan dan kini Syeikh Majed Makki sudah berada di dalam list Yahoo Mesengger saya. Alhamdulillah!
Syeikh Majed Makki bersama seorang sahabat saya dan pemerhati
dari Indonesia dan Hadramaut di Muktamar Ulama Khariji Azhar.

Namun apa yang saya dapat itu masih dikira sikit jika mahu dibandingkan dengan apa yang diusahakan oleh Burhanuddin. Beliau pernah langsung berkunjung ke rumah Syeikh Majed Makki ini di Jeddah bersama Syeikh Husni ketika umrah mereka tahun lepas dan langsung mendapat ijazah di sana.

Bahkan, ketika sembang saya bersama dengan Syeikh Majed Makki di YM, ketika saya memperkenalkan diri saya sebagai al-faqir daripada Malaysia yang menuntut di Mesir, yang membuatkan Syeikh Majed langsung menitipkan salamnya kepada ikhwan-ikhwan saya ; terus terlintas di hati saya bahawa boleh jadi Syeikh Majed merasakan yang saya ini adalah Syeikh Husni dan salam buat ikhwan-ikhwan yang lain itu adalah ditujukan oleh Syeikh Majed kepada mereka yang rapat dengan Syeikh Husni, wa 3ala ra’sihim, Ustaz Burhanuddin ini. Ini kerana siapalah al-faqir untuk dikenang oleh para kibar ulama ini.

Bukan itu saja, Burhanuddin yang saya kenali adalah orang yang sangat mengetahui tinggi nilainya orang-orang alim. Ini jelas kelihatan kerana beliau sangat-sangat merendah diri di hadapan mereka. Khidmatnya beliau kepada Syeikh Husni adalah bukti nyata untuk rasa tawaduknya itu. Kerana itulah jika dilihat beliau berjalan dengan Syeikh Husni, pastilah beg Syeikh Husni itu dibawa olehnya. Burhanuddin tidak pernah mahu Syeikh Husni membawa begnya sendiri. Begitulah Burhanuddin yang saya kenal.
Namun, manusia mana yang tidak diuji.
Ketakutan, Kelaparan, Kekurangan Harta, Jiwa dan Buah-buahan, semua itu adalah Ujian. Kematian ahli keluarga juga adalah suatu Ujian.
Inna lillahi wa inna ilahi rajiun.
Dan kini, sahabat kita Burhanuddin ini diuji dengan ujian kematian.
Bagi saya, ujian yang menimpa Burhanuddin ini sangatlah besar, ditambah lagi dengan beliau yang terpaksa pulang dan sekaligus membuatkan beliau terpaksa meninggalkan peperiksaan buat fasa ini. Bukan itu saja, segala perancangan beliau yang dirancang samada mahu ke Mekah bersama Syeikh Husni atau ke Yaman sewaktu cuti musim panas ini, semuanya terpaksa dibatalkan disebabkan hal ini.
Sungguhlah ia adalah suatu Ujian.
Semoga Allah sentiasa memenuhkanmu, sahabatku Burhanuddin dengan suatu kesabaran selepas kamu ditimpa ujian sebegini. Semoga akan ada para ulama yang terus-terusan mendoakanmu selepas kamu benar-benar menyayangi mereka sepenuh hatimu.
Begitulah Ahlullah selalu diuji, untuk Dia tunjukkan rasa kasih sayang-Nya kepada mereka.
Begitulah Ahlullah selalu diuji, untuk Dia naikkan dan tinggikan darjat mereka.
Begitulah Ahlullah selalu diuji, supaya mereka lebih rapat lagi dengan-Nya.
Begitulah Ahlullah.
Buat mereka yang masih punya peluang di Mesir ini, gunakanlah peluang sepanjang keberadaan yang berbaki ini untuk hal-hal kebaikan. Janganlah disia-siakan waktu yang senang-lenang sebelum diuji ini.
Penuhkanlah ianya dengan aktiviti atau program yang melibatkan diri anda bersama Ahlullah.
Buat akhirnya, ingin saya maklumkan di sini bahawa selepas imtihan ini, ada banyak sekali program untuk bersama dengan Ahlullah ini. Cuma anda saja yang menentukan ke mana anda mahu pergi.
Buat mereka yang belum pergi umrah atau mahu pergi umrah, maka saya amatlah menggalakkan anda supaya pergi bersama Syeikh Husni Ginting di musim panas selepas imtihan ini. Tak berdosa rasanya jika saya menyatakan bahawa perjalanan umrah paling baik yang pernah diaturkan daripada Mesir ini adalah perjalanan umrah bersama-sama dengan Syeikh Husni ini.
Ini kerana selain dapat bertandang dijemput sebagai tetamu di Rumah Allah dan berziarah berjumpa Nabi, anda juga akan dibawa untuk bertemu dengan para ulama di Mekah, Madinah, Jeddah dan di sekitar Arab Saudi. Dan paling mengindahkan lagi, jika bersama Syeikh Husni, maka Syeikh Husni akan mengistijazahkan sanad @ meminta ijazah riwayat daripada masyaikh-masyaikh yang ditemui untuk setiap orang yang pergi bersamanya. Sesungguhnya bagi orang yang ihtimam dengan ilmu riwayat-semoga saya ihtimam juga-, pengalaman sebegini bisa menjadi pengalaman yang paling indah di dalam hidupnya. Ini semua juga tanpa perlu lagi kita bersusah payah mencari-cari para masyaikh ini sendiri kerana Syeikh Husni memang kenal benar dengan para masyaikh ini.
Buktinya dapat anda lihat sendiri pada gambar-gambar di blog dan Facebook beliau serta di Facebook Burhanuddin serta Facebook mereka yang pernah bersama-sama Syeikh Husni.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh berhubung terus kepada Syeikh Husni di nombor +20165578641 atau anda juga boleh berhubung dengan saya melalui YM jihadul_ulama86@yahoo.com atau di nombor +20147885710.
Cuma harapan saya pada Syeikh Husni agar jika beliau sempat bertemu dengan Syeikh Ibrahim Aali Khalifah Al-Ihsaa i, kirimlah salam al-faqir kepada beliau dan jika tidak keberatan, istijazahkanlah daripada beliau buat al-faqir bi ma sohhat lahu minar riwayah. Sungguhlah al-faqir ini sangatlah mencintai beliau dan sering rasa rindu terhadapnya. Tuhan sajalah yang tahu betapa al-faqir ini mencintainya.

Juga jika Syeikh Husni diberi peluang untuk bertemu dengan Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz Al-Uqaili dan diberi kesempatan bertemu dengan Syeikh Ahmad Ubaid Al-Kubaisyi, sudilah juga untuk mengistijazahkan daripada mereka buat al-faqir. Al-faqir tahu mungkin sukar untuk menemukan mereka berdua apatah lagi salah seorang daripadanya mungkin masih di Iraq, namun bukankah Mekah itu adalah tempat keajaiban seluruh dunia? Sekurang-kurangnya ada juga riwayat al-faqir ini yang hampir dengan al-marhum Syeikh Abdul Karim Bayarah.
Buat mereka yang mahu ke Yaman pula untuk mengikuti Daurah Musim Panas demi merasai suasana ibadat yang sangat-sangat berbeza daripada tempat lain, selain dapat mendalami ilmu feqah dan tasawuf selama 40 hari atau tiga bulan serta bersama-sama para Habaib daripada keturunan Nabi, maka anda bolehlah menghubungi Ustaz Syed Syahrinizam di nombor +20141671096 atau juga boleh berhubung dengan saya di YM dan nombor di atas.
Bagi mereka yang berada di Malaysia, anda juga boleh menyertai program ke Yaman selama 40hari atau tiga bulan ini daripada wakil di Malaysia. Dan jika anda (di Malaysia) berminat, anda juga boleh emel terus kepada saya dan jangan lupa untuk menghantar mesej pemberitahuan tentang emel itu ke nombor Mesir saya.
Kedua-duanya adalah program kebaikan yang mendekatkan anda kepada Allah dan ahli-Nya. Percayalah anda tidak akan merasa rugi jika dapat mengikuti mana-mana daripada program ini.
Buat mereka yang ada tujuan lain di musim cuti ini, maka pastikanlah program anda itu bukanlah suatu yang sia-sia seperti hanyalah program makan angin semata-mata. Pastikanlah anda mengikatkan program anda itu kepada sesuatu yang mendekatkan diri anda kepada Allah dan menambahkan cinta anda kepada Nabi Muhammad SAW dan para pewarisnya dan ulama.
Jika rehlah anda itu ke TURKI misalnya, maka pastikanlah anda sempat turut serta ke Muktamar Ulama Alam Islami di Istanbul pada 29,30/6 dan 1/7 ini. Juga pastikanlah anda sempat untuk berziarah bertemu dengan Syeikh Muhammad Amin Siraj yang telah sangat berumur itu. Ambillah riwayat daripada beliau, kerana berdasarkan pengetahuan al-faqir yang cetek ini, beliau adalah salah seorang daripada dua orang anak murid Imam Zahid Al-Kautsari yang pernah mendapat ijazah daripada beliau, yang masih hidup selain Syeikh Sati3 bin Ahmad Al-Jumaili yang kini berada di Diyar Arjintiin.
Buat mereka yang mahu ke Tanah Syam pula, pastikanlah kepulangan anda ke Mesir dari sana nanti adalah setelah anda bertemu dengan Syeikh Hasan Qatarji, Doktor Yusuf Abdur Rahman Al-Mar3asyli, Syeikh Zakaria 3umairaat, Syeikh Khalil Al-Mais di LUBNAN, dan Syeikh Said Latif Fudah, Syeikh Nuh Ha Mim Keller, Syeikh Hassan Saqaf di JORDAN, dan Syeikh Nuruddin 3itir, Sheikh Wahbi Ghawaji Sulaiman Al-Albani, Doktor Ramadhan Al-Buthi, dan Doktor Wahbah Zuhaili di SYRIA.
Diingatkan juga, ketika anda di Syria itu, pastikanlah anda tidak terlepas untuk pergi ke Halab dan Humus untuk berkumpul dengan para ulama di sana dan ke maktabah-maktabah di situ yang mengandung kitab-kitab yang bukan senang untuk dijumpa di Mesir.
Oh, tak lupa juga jika anda ingin ke Jordan, anda juga bolehlah berhubung terus dengan saya.
Pastikanlah rehlah anda adalah rehlah orang yang menuntut ilmu agama supaya setiap langkah anda itu dikira disisi-Nya dengan ganjaran yang bermakna.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan semoga Allah pilih kita untuk buat kerja agama-Nya.
Amiin Ya Rabbal Alamiin.
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Ustaz Burhanuddin. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh para abrar dan solihin. Amiin.

---------------

Syeikh Ibrahim Aali Khalifah Al-Ihsaa i.

Labels: Jordan, Mekah, Musim Panas, Orang Alim, Pemberitahuan, Yaman

salam,
moga kita sentiasa dikurniakan dalam hidup masa-masa emas dengan berjumpa bersama Ahlullah,..ameen ya robb
--tontowi--