<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d8647909696489763669', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Terbitnya buku ABQORI

Assalamualaikum semua. Selamat bertemu kembali di ruangan ini.



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan.

Blog ABQORI ini, yang dahulunya hanya sekadar tempat mengumpulkan tulisan-tulisan saya, akhirnya telah dibukukan.

Sebenarnya, buku ABQORI ini telah sempurna dicetak di Mesir pada 3hb September yang lepas. Namun kerana menguruskan penghantarannya, saya tidak sempat untuk mempromosikannya di sini. Apatah lagi ruangan blog ini telah sangat jarang saya buka, selepas terlindung oleh kuatnya kesan kuasa Facebook.

Yang jelas, sebahagian daripada buku-buku ini telah berada di Malaysia.

Alkisahnya, buku ini terbit di tengah-tengah kekalutan krisis politik di Mesir.

Saat ia berada dalam proses pencetakan, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Evakuasi Sukarela, atau dikenali juga sebagai OPS PIRAMID 2.

Berbondong-bondong rakyat Malaysia meninggalkan Mesir waktu itu. Dan saya adalah antara 5 peratus yang tidak turut berevakuasi sekali di atas faktor menunggu selesainya urusan pencetakan buku ABQORI ini.

Kesan dari itu, saya kini masih di Mesir, ditinggalkan keseorangan dalam keadaan menanti kembali pulangnya pelajar-pelajar Malaysia ke sini, yang entah bila secara tepatnya akan kembali.

Seterusnya, mengenai buku ABOQRI, ia sebagaimana yang dimaklumi, mengumpulkan tulisan-tulisan di blog ini. Namun bukanlah semua yang di dalam blog ini saya himpunkan di dalamnya. Ada juga yang saya tinggalkan.

Mana-mana tulisan yang saya masukkan, saya kemaskini semula dengan memperbaiki kelemahan struktur ayatnya dan membersihkan wacana idea di dalamnya supaya ia tidak kelihatan terlalu geeky.

Yang istimewanya, di dalam buku ABQORI ini terdapat 6 tulisan yang tidak pernah saya terbitkan di sini. Ia adalah tulisan-tulisan tersimpan, meskipun ia ditulis sezaman dengan aktifnya blog ini.

Begitulah serba sedikit tentang buku ini.

Akhirnya, buat mereka yang mahu mendapatkannya, kalian boleh menempah menggunakan borang online ini

Cuma eloklah saya ingatkan bahawa buku ini adalah bercetak dengan cetakan Mesir. Dari itu kualiti cetakannya tidak setinggi kualiti cetakan di Malaysia. Namun, tetap saya ingin mengatakan ia sebuah buku yang berbaloi untuk dimiliki, samada buat simpanan peribadi atau untuk dijadikan sebagai hadiah untuk keluarga juga kenalan.

Untuk sinopsis ABQORI, anda boleh membacanya pada gambar di bawah ini.


Anda juga boleh melihat sinopsisnya pada gambar di Facebook saya ini. Tambah saya sebagai kawan anda di sana, dan jika saya lambat menerima tambahan kawan anda itu, mesej lah kepada saya kembali.

Berikut adalah beberapa keping lagi gambar buku ABQORI.

ABQORI sedang disusun dan dibungkus untuk dihantar ke Malaysia menggunakan kargo kapal laut. Penghantaran ini memakan masa tiga bulan.



Salah satu daripada bungkusan POSLAJU ABQORI ini dihantar kepada A. SAMAD SAID, Sasterawan Negara untuk dikritik. ABQORI juga dihantar kepada PROF ABDULLAH, suami kepada PUAN AINON, Pemilik Syarikat PTS, juga demi mendapatkan kritikan.



5 buah buku ABQORI telah berada di Perpustakaan Negara Malaysia sebagai memenuhi syarat permohonan nombor ISBN-nya dahulu. Kata seorang kawan, ini sebagai satu pernyataan bahawa ABQORI adalah Khazanah Tamadun Melayu Moden.


Gambar yang dihantar oleh seorang pembeli ABQORI melalui POSLAJU.



Gambar tambahan.

Dapatkan buku ABQORI ini segera dan bantulah saya di dalam menyebarkannya.

Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.

Syukur atas nikmat yang dikurniakan Ilahi ini.

Syukran jazilan semua, walhamdulillah!

Dimasukkan Oleh : Abqori Bro
Tarikh : Thursday, September 26, 2013
Jam 8:20 PM
Komen :




    >>Sertai saya di Twitter<<
     

    for this post

    Mula Mengomen