Kehidupan Di Istana
Saya rindu akan suatu tempoh masa. Waktu saya dihujani tempiasan Daulat Baginda. Ketika saya bersekolah bersebelahan istana raja. Istana besar yang ditandai gading-gading gajah yang asmaradanta pada pintu-pintu gerbangnya.
Saya bukanlah dari golongan bangsawan yang tulen. Walaupun menurut susur galur keturunan saya terdapat riwayat yang menulis ia sampai kepada Tun Perak, saya dan adik-beradik tidak pernah sempat merasa dipanggil dengan gelaran Tun itu di depan nama. Walaupun hal itu membuatkan saya sering jeles dengan Che Det kerana beliau telah dikurniakan gelaran itu[1], saya jadi tidak kisah pula apabila teringat bahawa Che Det tidak pernah membesar sebagaimana saya dibesarkan dengan kehidupan ala-ala bangsawan. Kehidupan sewaktu saya bersekolah bersampingan sebuah istana raja.
Tentang besarnya istana itu tak perlulah untuk saya cerita, tambahan lagi, saya takut jika saya menceritakannya, jiwa anda akan terbawa-bawa oleh metafora saya yang berlebih-lebihan melangkaui imaginasi. Cukuplah dengan saya mengambarkan bahawa di depan istana Sultan ini, terdapat padang-padang polo yang semahsyar luasnya. Padang-padang polo ini pula terbahagi kepada dua, satu kecil[2] dan satu lagi besar. Rumput-rumputnya pula amatlah lembut serta punyai kehijauan yang amatlah menyejukkan pandangan. Ditambah lagi dengan keluasan meganya yang terlampau, benar-benar membuatkan mata-mata jadi sayup meneropong ke hujungnya di sebelah sana.
Ketika tiba waktu petang dan jika saya tidak bermain bola tampar atau ping pong atau menimbang takraw bersama rakan-rakan, maka saya akan memenuhi rutin riadah saya pada petang itu dengan berjogging mengelilingi padang polo ini.
Asalnya perjoggingan saya itu memang hanyalah sekadar untuk beriadah, namun apabila seorang ustaz saya menceritakan bahawa suatu ketika dahulu Sultan sering berjogging mengeluarkan peluh mengelilinggi padang polo ini ketika beliau masih sihat, berjogging pada setiap petang terus bertukar menjadi satu kewajipan buat saya. Kata Ustaz saya itu juga, dahulu seorang pelajar pernah bertembung dengan Sultan ketika berjogging. Pelajar itu juga sempat menyapa Sultan sambil menyatakan niatnya untuk melanjutkan pembelajaran ke luar negara. Sultan yang tersentuh dengan keazaman pelajar itu lantas terus menghadiahkan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia satu ribu sahaja kepadanya. Tapi saya tidaklah sebertuah pelajar itu kerana selama berjogging mengelilingi padang polo itu pada hampir setiap petang, saya tak pernah langsung bertembung dengan Baginda. Orang-orang besar yang saya bertembung pun hanyalah Pengetua sekolah saya dan beberapa orang ustaz yang mengajar saya. Agaknya niat saya yang salah untuk meminta zakat dari Baginda membuatkan saya tidak pernah terserempak dengannya.
Padang polo yang besar ini pula mengambil masa selama setengah jam untuk seseorang mengelilinginya dengan kelajuan normal para penjogging. Jika dipecut pun, sekurang-kurangnya 20 minit perlu diambil untuk menamatkan satu pusingan. Mujur saya bukan perokok. Saya jamin jika para perokok tegar ingin mengelilingi padang polo ini, pasti mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk berbuat sedemikian, kerana mereka pasti akan pancit sebelum sampai setengah pusingan. Akibat kekerapan saya mengelilingi padang polo ini, saya sering ditegur oleh kakak-kakak saya yang anggun apabila pulang bercuti ke taman halaman dengan teguran,
Ketika piala Sultan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah diadakan, putera Sultan yang paling bongsu yang ketika itu berumur dua belas tahun dan dua orang cucu beliau yang masing-masing sembilan tahun dan tujuh tahun pasti akan menyertai. Menurut pemerhatian saya, antara ketiga-tiga orang keturunan bangsawan ini, putera bongsu Sultan adalah yang paling handal mengelecek. Mungkin faktor umur putera bongsu yang ketika itu lebih tua dari dua orang lagi anak saudaranya itulah yang membuatkan beliau amat mudah menjaringkan gol lencong ala-ala Beckham. Cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu pula kerjanya adalah menangis sahaja. Mana tidaknya, baru sepuluh minit beliau beraksi, kekandanya -cucu yang sembilan tahun- pasti akan masuk ke padang dan menyuruhnya keluar sekaligus mengganti. Manalah cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu tahu untuk melakukan rusuhan memberontak kerana beliau masihlah amat kecil lagi. Mujur tangisan revolusinya itu sering didengari oleh putera bongsu merangkap bapa saudaranya. Putera bongsulah yang sering menenangkan keadaan yang huru-hara itu dengan mengembalikan hak pada yang sepatutnya.
Kedua-dua padang polo ini pula mempunyai galerinya tersendiri yang terletak di tepi dan dalam padang itu sendiri. Antara kedua-dua galeri tersebut, saya hanya pernah menjejakkan kaki di galeri padang polo yang kecil. Itupun kerana ia dibuka sempena berlangsungnya piala Sultan. Di tengah-tengah galeri ini pula terdapat kamar-kamar yang merupakan tempat istirehat putera-putera ini sewaktu mereka keletihan. Saya mendapat tahu bahawa putera-putera ini beristirehat di sini pun kerana saya pernah tersalah muamalat dengan cucu Sultan yang sembilan tahun tadi. Waktu itu, saya sedang mengambil gambar kawan-kawan saya. Namun akibat rasa iri hati terhadap kawan-kawan saya yang posing lebih, saya melompat kepada konklusi untuk bergambar sekali. Saya pun segera meminta tolong daripada seseorang yang kebetulan lalu di belakang saya untuk mengambilkan gambar. Saya kata,
Galeri di padang polo yang besar pula tidak pernah saya masuki melainkan pernah melihat apa di dalamnya menerusi cermin pintu masuknya yang lutsinar. Galeri ini pula setahu saya hanya dibuka jika ada perlawanan polo antara kerabat diraja dan pasukan-pasukan dari oversea. Sungguh nyaman udara di dalam galeri ini kerana ianya berhawa dingin. Patutlah Tengku Mahkota dan Tengku Muda sering menyaksikan perlawanan polo dari dalam galeri berkaca ini.
Pernah sekali saya menyaksikan perlawanan polo antara pasukan Tengku Mahkota dan pasukan mat saleh dari oversea di padang polo besar ini. Ketika itu banyak sekali manusia-manusia yang datang untuk menyaksikan kuda-kuda bagak yang dilepaskan. Walaupun kedatangan manusia-manusia ini adalah untuk menyaksikan pertandingan, ada juga manusia-manusia yang datang untuk menyaksikan adegan-adegan minah-minah saleh yang melemahkan iman. Mujur saya ketika itu telah pandai menjaga mata dan tidak kengiuran. Tetapi, entah kenapa sehingga saat ini saya masih terbayang-bayang imej seorang minah saleh yang ketika itu berbaju merah pekat bunga raya meskipun kehidupan istana telah hampir empat tahun saya tinggalkan. Astaghfirullah al-Azim!
Apa yang memelikkan adalah, ketika tamat separuh masa pertama perlawanan polo itu, pasti kami para penonton akan diarahkan untuk turun berjalan ke tengah padang untuk memijak-mijak rumput. Tambah memelikkan, kenapalah kami hanya menurut saja perintah hulubalang yang memberi perintah itu, sampaikan minah-minah saleh itu juga turut turun untuk memijak rumput-rumput itu yang masih panas selepas perlawanan. Hal ini seolah-olah sudah jadi satu kemestian pada setiap perlawanan. Amat memelikkan!
Kawasan sekitar istana ini pula dinamakan sebagai kariah Padang Polo, mengambil berkat dari saiz padang polo ini tadi. Masjid kariah ini yang terletak di belakang sekolah kami pula sering menjadi tumpuan kami juga ahli kariah pada setiap menjelang waktu solat Jumaat. Menurut satu kisah yang bersanad terus kepada seorang Ustaz saya yang sikah, suatu ketika dulu, pada setiap minggu, Sultan sering menunaikan solat Jumaatnya di masjid ini. Tapi kini, Baginda tidak lagi berbuat demikian dan cuma bersolat di masjid di dalam istana. Menurut Ustaz saya juga, ada dua faktor kenapa Sultan berubah sikap.
Pertama kerana apabila selesai sahaja solat, rakyat jelata yang berjemaah bersama terus saja pulang tanpa menunggu untuk bersalam-salaman dengan Baginda. Hal ini membuatkan beliau berkecil hati kerana rakyat seolah-olah tidak menyanjunginya.
Kedua pula kerana Sultan amatlah pemurah dan sering saja memberikan hadiah berbentuk wang kepada kanak-kanak kariah selepas solat Jumaat. Namun dek kerana isi khutbah seorang ustaz saya yang berbunyi,
Oh ya, sebelum saya terlupa, bersebelahan dengan istana ini juga terdapat kandang-kandang kuda yang tersusun dan dijaga rapi oleh penjaga-penjaga yang diupah Sultan dari kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Kuda-kuda ini majoritinya adalah dari baka yang baik kerana kuda-kuda inilah yang akan digunakan dalam setiap perlawanan. Saya pernah berniat untuk menjadikan akhlaq menganggu kuda-kuda ini sebagai satu rutin mingguan demi memenuhi masa-masa saya yang senggang, namun apabila mendengar cerita seorang kanak-kanak yang menjaga kuda-kuda ini bahawa dia pernah hampir diterajang oleh kuda jagaannya dan seorang dewasa pernah diterajang oleh salah seekor kuda-kuda ini dari belakang sampai pengsan, saya cepat-cepat bertaubat dan membatalkan nawaitu saya yang berbaur keduniaan itu. Tak sanggup saya bertemu dengan ajal jika bukan dalam keadaan syahid di atas jalan Allah. Tambahan lagi, kuda-kuda di kandang-kandang ini boleh jadi lebih kerek dari kuda-kuda awam kerana kedudukannya yang ditunggangi oleh golongan bangsawan. Bahkan ada beberapa ekor antara kuda-kuda ini yang diletakkan di dalam air-cond. Seorang kawan saya pernah bergosip bahawa kuda-kuda di dalam air-cond itu pastilah milik Tengku Mahkota namun ada juga insan lain yang khilaf dengan pendapatnya.
Di belakang istana ini pula terdapat sebuah padang golf diraja. Luas juga namun tak ada apa sangat tentangnya untuk dicerita melainkan rumput-rumputnya yang bersih dan bagaikan berspring seringkali membuatkan saya minat berbaring bergolek-golek di atasnya.
Walaupun sekolah kami berada bersampingan istana, untuk masuk ke dalamnya bukanlah semudah untuk fly ke bandar melalui pintu pagar belakang ataupun ketika tuan jaga tiada. Kemasukan amatlah terhad dan hanya ada dua cara sahaja untuk masuk ke sana.
Pertama, jika ada kematian kerabat-kerabat diraja.
Dahulu ketika waktu persekolahan sesi pagi, pernah berlaku kematian di pihak istana dan para pelajar terus dipanggil untuk mengadap. Saya yang ketika itu terus pulang ke asrama tidak ikut sama. Namun kepontengan saya itu bukanlah simbol kedurhakaan, bahkan terdapat hikmah yang besar di sebaliknya. Sejurus lima belas minit selepas itu, kawan-kawan saya yang mengadap, pulang dengan muka sepuluh sen dan kecewa tak terhingga. Rupa-rupanya mereka telah direject mentah-mentah kerana tidak cukup tinggi. Mereka semua dipanggil sebenarnya bukanlah untuk menghadiri pengkebumian, tetapi untuk disuruh berbaris kerana pihak istana mahu memilih siapa-siapa yang mempunyai ketinggian seperti seorang pramugara demi dijadikan sebagaipengangkat keranda pengiring pengangkat payung kuning ke pengkuburan. Hanya beberapa orang sahaja yang memenuhi kriteria dan mereka dipakaikan dengan baju melayu hitam ala-ala pendekar yang dilengkapi dengan serempang beserta songkok berlilit. Mujur saya tidak menyahut seruan. Lagipun, saya jenis yang sedar diri akan ketinggian saya ini hanya kurang seinci dari ketinggian para model. Tapi kerana wang poketnya yang amat lumayan, saya tetap berharap untuk terpilih. Namun, saya bukanlah mata duitan.
Cara yang kedua pula adalah apabila pihak istana ada membuat majlis bacaan Yaasin pada malam Jumaat. Kebiasaannya hanya empat puluh orang pelajar sahaja yang dijemput dan kelayakan adalah berdasarkan sistem siapa daftar dulu, dia dapat. Seragam Melayu beserta sampin adalah diwajibkan dan kereta-kereta limo dari istana akan datang menjemput setengah jam sebelum maghrib. Namun majlis keramaian ini bukanlah diadakan oleh pihak istana pada setiap malam Jumaat. Inilah yang membuatkan ramai di antara kawan-kawan saya tertipu apabila mereka yang berkuasa menyalahguna autoriti yang diberikan.
Di hari-hari khamis yang tiada jemputan dari istana, para exco yang so-called bosan dengan perangai pelajar, akan mencanangkan ke seluruh pelusuk kota bahawa Sultan akan mengadakan kenduri doa selamat dan seramai empat puluh orang dijemput dengan syarat berpakaian seragam Melayu dan turun tepat pada waktunya. Berebut-rebutlah rakyat jelata mendaftar nama dan ketika tiba waktunya, ramailah yang telah berdaftar menunggu. Sungguh kasihan mereka ini kerana belum sedar telah ditipu. Jadilah mereka menunggu dan terus menunggu sehingga azan maghrib bersingponggang. Sesaat itu, tahulah mereka bahawa mereka telah terkena. Dan laungan boo dari seluruh asrama yang menambah rasa tebal di muka mulalah kedengaran. Sungguh kasihan mereka dan sungguh kejam mereka yang menyalahguna kekuasaan yang diberikan. Untuk rekod, saya tidak pernah dimalukan dalam keadaan berbaju melayu sedemikian.
Hmm, nampaknya saya telah benar-benar rindu akan kehidupan di istana sehinggakan panjang sekali kisah ini saya coretkan. Walaupun panjang, mujur tidak ada apa-apa rahsia istana yang saya telah terbongkarkan. Namun, masih banyak lagi yang belum saya sebutkan.[4] Moga di lain masa, Allah akan memberi saya ruang untuk meneruskan ceritera yang berkesinambungan. Sehingga masa itu, saya hidangkan video gambar-gambar Tengku Hassanal sebagai penutup pembacaan. Untuk pengetahuan, Tengku Hassanal inilah cucu Sultan yang dahulu pernah saya termintatolongkan. Tak sangka telah sebesar ini Tengku sekarang. Kiranya suatu hari nanti Tengku ditakdirkan menjadi seorang Sultan,[5] sayugianya dapatlah Tengku memerintah negeri dengan penuh kesaksamaan. Dan moga menjadilah negeri kita itu makmur dan aman.
Daulat Tuanku!
-------
NOTA KAKI :
[1]^Tapi baru-baru ini Tun telah dinamakan oleh seorang sasterawan dengan nama yang baru. Saya tak bersalah.
[2]^Padang polo yang kecil itu juga sebenarnya luasnya juga tahap naga.
[3]^Kekadang piala untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, kekadang untuk sekolah-sekolah rendah dan kekadang untuk orang-orang dewasa. Sepanjang kelangsungan piala-piala itu, padang polo yang besar itu langsung tidak disentuh. Ini kerana padang polo yang sedikit kecil itu sudah cukup untuk memuatkan semua pemain dan para penonton. Bahkan di padang polo yang kecil ini boleh diadakan sehingga tiga atau empat perlawanan pada suatu-suatu masa. Jadi anda bolehlah bayangkan betapa besarnya padang polo yang kononnya kecil itu.
[4]^Tentang monumen keretapi, latarbelakang ustaz-ustaz saya dan juga keistimewaan utama sekolah saya iaitu pengaruh bangsa dan bahasa Arab yang banyak sekali memainkan peran. Tak lupa juga tentang fenomena terbaru tentang kedatangan beramai-ramai warga bersebelahan istana ke NDC.
[5]^Ayahanda Tengku Hassanal adalah Tengku Mahkota dan bakal menggantikan Sultan. Namun Tengku Hassanal belum tentu bakal menggantikan ayahandanya pula kerana Tengku Hassanal mempunyai seorang lagi kekanda yang lebih tua iaitu Tengku Amir yang berumur 23 tahun. Tengku Hassanal adalah putera kedua Tengku Mahkota.
Saya bukanlah dari golongan bangsawan yang tulen. Walaupun menurut susur galur keturunan saya terdapat riwayat yang menulis ia sampai kepada Tun Perak, saya dan adik-beradik tidak pernah sempat merasa dipanggil dengan gelaran Tun itu di depan nama. Walaupun hal itu membuatkan saya sering jeles dengan Che Det kerana beliau telah dikurniakan gelaran itu[1], saya jadi tidak kisah pula apabila teringat bahawa Che Det tidak pernah membesar sebagaimana saya dibesarkan dengan kehidupan ala-ala bangsawan. Kehidupan sewaktu saya bersekolah bersampingan sebuah istana raja.
Tentang besarnya istana itu tak perlulah untuk saya cerita, tambahan lagi, saya takut jika saya menceritakannya, jiwa anda akan terbawa-bawa oleh metafora saya yang berlebih-lebihan melangkaui imaginasi. Cukuplah dengan saya mengambarkan bahawa di depan istana Sultan ini, terdapat padang-padang polo yang semahsyar luasnya. Padang-padang polo ini pula terbahagi kepada dua, satu kecil[2] dan satu lagi besar. Rumput-rumputnya pula amatlah lembut serta punyai kehijauan yang amatlah menyejukkan pandangan. Ditambah lagi dengan keluasan meganya yang terlampau, benar-benar membuatkan mata-mata jadi sayup meneropong ke hujungnya di sebelah sana.
Ketika tiba waktu petang dan jika saya tidak bermain bola tampar atau ping pong atau menimbang takraw bersama rakan-rakan, maka saya akan memenuhi rutin riadah saya pada petang itu dengan berjogging mengelilingi padang polo ini.
Asalnya perjoggingan saya itu memang hanyalah sekadar untuk beriadah, namun apabila seorang ustaz saya menceritakan bahawa suatu ketika dahulu Sultan sering berjogging mengeluarkan peluh mengelilinggi padang polo ini ketika beliau masih sihat, berjogging pada setiap petang terus bertukar menjadi satu kewajipan buat saya. Kata Ustaz saya itu juga, dahulu seorang pelajar pernah bertembung dengan Sultan ketika berjogging. Pelajar itu juga sempat menyapa Sultan sambil menyatakan niatnya untuk melanjutkan pembelajaran ke luar negara. Sultan yang tersentuh dengan keazaman pelajar itu lantas terus menghadiahkan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia satu ribu sahaja kepadanya. Tapi saya tidaklah sebertuah pelajar itu kerana selama berjogging mengelilingi padang polo itu pada hampir setiap petang, saya tak pernah langsung bertembung dengan Baginda. Orang-orang besar yang saya bertembung pun hanyalah Pengetua sekolah saya dan beberapa orang ustaz yang mengajar saya. Agaknya niat saya yang salah untuk meminta zakat dari Baginda membuatkan saya tidak pernah terserempak dengannya.
Padang polo yang besar ini pula mengambil masa selama setengah jam untuk seseorang mengelilinginya dengan kelajuan normal para penjogging. Jika dipecut pun, sekurang-kurangnya 20 minit perlu diambil untuk menamatkan satu pusingan. Mujur saya bukan perokok. Saya jamin jika para perokok tegar ingin mengelilingi padang polo ini, pasti mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk berbuat sedemikian, kerana mereka pasti akan pancit sebelum sampai setengah pusingan. Akibat kekerapan saya mengelilingi padang polo ini, saya sering ditegur oleh kakak-kakak saya yang anggun apabila pulang bercuti ke taman halaman dengan teguran,
“Akak tengok awak ni makin kuruslah!”Walaupun teguran ini sering membuatkan saya menangis berhingus-hingusan di dalam selimut di tepi almari, saya tahu makna majazi dari kalam mereka itu adalah,
“Akak tengok awak ini makin sasalah!”Di padang polo yang sedikit kecil itu pula sering kali diadakan perlawanan-perlawanan bola yang dikelolakan oleh Sultan dan sekaligus dinamakan sebagai Piala Sultan.[3] Rasa kecewa saya untuk bertembung dengan Sultan ketika berjogging di padang polo pernah sekali terubat apabila berlangsungnya piala Sultan ini. Ini kerana waktu itu, Sultan pasti akan turun sekali untuk merasmi dan menyaksikan piala ini. Bukan menyaksikan dari jauh, bahkan Sultan akan turun mencemar duli untuk melihat secara dekat perlawanan-perlawanan ini. Sampaikan pernah sekali terjadi, tanpa saya sedari, Sultan sudah berada hanya lebih kurang tiga meter dari kedudukan saya berdiri.
Ketika piala Sultan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah diadakan, putera Sultan yang paling bongsu yang ketika itu berumur dua belas tahun dan dua orang cucu beliau yang masing-masing sembilan tahun dan tujuh tahun pasti akan menyertai. Menurut pemerhatian saya, antara ketiga-tiga orang keturunan bangsawan ini, putera bongsu Sultan adalah yang paling handal mengelecek. Mungkin faktor umur putera bongsu yang ketika itu lebih tua dari dua orang lagi anak saudaranya itulah yang membuatkan beliau amat mudah menjaringkan gol lencong ala-ala Beckham. Cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu pula kerjanya adalah menangis sahaja. Mana tidaknya, baru sepuluh minit beliau beraksi, kekandanya -cucu yang sembilan tahun- pasti akan masuk ke padang dan menyuruhnya keluar sekaligus mengganti. Manalah cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu tahu untuk melakukan rusuhan memberontak kerana beliau masihlah amat kecil lagi. Mujur tangisan revolusinya itu sering didengari oleh putera bongsu merangkap bapa saudaranya. Putera bongsulah yang sering menenangkan keadaan yang huru-hara itu dengan mengembalikan hak pada yang sepatutnya.
Kedua-dua padang polo ini pula mempunyai galerinya tersendiri yang terletak di tepi dan dalam padang itu sendiri. Antara kedua-dua galeri tersebut, saya hanya pernah menjejakkan kaki di galeri padang polo yang kecil. Itupun kerana ia dibuka sempena berlangsungnya piala Sultan. Di tengah-tengah galeri ini pula terdapat kamar-kamar yang merupakan tempat istirehat putera-putera ini sewaktu mereka keletihan. Saya mendapat tahu bahawa putera-putera ini beristirehat di sini pun kerana saya pernah tersalah muamalat dengan cucu Sultan yang sembilan tahun tadi. Waktu itu, saya sedang mengambil gambar kawan-kawan saya. Namun akibat rasa iri hati terhadap kawan-kawan saya yang posing lebih, saya melompat kepada konklusi untuk bergambar sekali. Saya pun segera meminta tolong daripada seseorang yang kebetulan lalu di belakang saya untuk mengambilkan gambar. Saya kata,
“Dik, boleh tolong tangkap gambar?”Tiba-tiba, kawan-kawan saya semuanya menjerit,
“Abqori! Putera tu!”Baru saya perasan bahawa itu adalah cucu Baginda. Mujur beliau tidak murka dan hanya memandang saja lalu terus meluru masuk ke kamarnya.
Galeri di padang polo yang besar pula tidak pernah saya masuki melainkan pernah melihat apa di dalamnya menerusi cermin pintu masuknya yang lutsinar. Galeri ini pula setahu saya hanya dibuka jika ada perlawanan polo antara kerabat diraja dan pasukan-pasukan dari oversea. Sungguh nyaman udara di dalam galeri ini kerana ianya berhawa dingin. Patutlah Tengku Mahkota dan Tengku Muda sering menyaksikan perlawanan polo dari dalam galeri berkaca ini.
Pernah sekali saya menyaksikan perlawanan polo antara pasukan Tengku Mahkota dan pasukan mat saleh dari oversea di padang polo besar ini. Ketika itu banyak sekali manusia-manusia yang datang untuk menyaksikan kuda-kuda bagak yang dilepaskan. Walaupun kedatangan manusia-manusia ini adalah untuk menyaksikan pertandingan, ada juga manusia-manusia yang datang untuk menyaksikan adegan-adegan minah-minah saleh yang melemahkan iman. Mujur saya ketika itu telah pandai menjaga mata dan tidak kengiuran. Tetapi, entah kenapa sehingga saat ini saya masih terbayang-bayang imej seorang minah saleh yang ketika itu berbaju merah pekat bunga raya meskipun kehidupan istana telah hampir empat tahun saya tinggalkan. Astaghfirullah al-Azim!
Apa yang memelikkan adalah, ketika tamat separuh masa pertama perlawanan polo itu, pasti kami para penonton akan diarahkan untuk turun berjalan ke tengah padang untuk memijak-mijak rumput. Tambah memelikkan, kenapalah kami hanya menurut saja perintah hulubalang yang memberi perintah itu, sampaikan minah-minah saleh itu juga turut turun untuk memijak rumput-rumput itu yang masih panas selepas perlawanan. Hal ini seolah-olah sudah jadi satu kemestian pada setiap perlawanan. Amat memelikkan!
Kawasan sekitar istana ini pula dinamakan sebagai kariah Padang Polo, mengambil berkat dari saiz padang polo ini tadi. Masjid kariah ini yang terletak di belakang sekolah kami pula sering menjadi tumpuan kami juga ahli kariah pada setiap menjelang waktu solat Jumaat. Menurut satu kisah yang bersanad terus kepada seorang Ustaz saya yang sikah, suatu ketika dulu, pada setiap minggu, Sultan sering menunaikan solat Jumaatnya di masjid ini. Tapi kini, Baginda tidak lagi berbuat demikian dan cuma bersolat di masjid di dalam istana. Menurut Ustaz saya juga, ada dua faktor kenapa Sultan berubah sikap.
Pertama kerana apabila selesai sahaja solat, rakyat jelata yang berjemaah bersama terus saja pulang tanpa menunggu untuk bersalam-salaman dengan Baginda. Hal ini membuatkan beliau berkecil hati kerana rakyat seolah-olah tidak menyanjunginya.
Kedua pula kerana Sultan amatlah pemurah dan sering saja memberikan hadiah berbentuk wang kepada kanak-kanak kariah selepas solat Jumaat. Namun dek kerana isi khutbah seorang ustaz saya yang berbunyi,
“Kita jangan hanya pandai menghulur dan memberi, tetapi kita juga perlu ............... bla bla bla.”Baginda telah terasa hati -kerana seolah-olah diperli- lantas bertitah agar tiada lagi ustaz-ustaz sekolah saya yang dibenarkan berkhutbah di masjid berkenaan. Walaupun saya lebih meyakini faktor yang kedua kerana sepanjang tempoh pembelajaran saya di situ, saya tidak pernah mendengar mana-mana ustaz saya melantunkan khutbah, saya tetap tidak menyokong perangai ahli kariah yang seperti telah melukakan hati Baginda.
Oh ya, sebelum saya terlupa, bersebelahan dengan istana ini juga terdapat kandang-kandang kuda yang tersusun dan dijaga rapi oleh penjaga-penjaga yang diupah Sultan dari kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Kuda-kuda ini majoritinya adalah dari baka yang baik kerana kuda-kuda inilah yang akan digunakan dalam setiap perlawanan. Saya pernah berniat untuk menjadikan akhlaq menganggu kuda-kuda ini sebagai satu rutin mingguan demi memenuhi masa-masa saya yang senggang, namun apabila mendengar cerita seorang kanak-kanak yang menjaga kuda-kuda ini bahawa dia pernah hampir diterajang oleh kuda jagaannya dan seorang dewasa pernah diterajang oleh salah seekor kuda-kuda ini dari belakang sampai pengsan, saya cepat-cepat bertaubat dan membatalkan nawaitu saya yang berbaur keduniaan itu. Tak sanggup saya bertemu dengan ajal jika bukan dalam keadaan syahid di atas jalan Allah. Tambahan lagi, kuda-kuda di kandang-kandang ini boleh jadi lebih kerek dari kuda-kuda awam kerana kedudukannya yang ditunggangi oleh golongan bangsawan. Bahkan ada beberapa ekor antara kuda-kuda ini yang diletakkan di dalam air-cond. Seorang kawan saya pernah bergosip bahawa kuda-kuda di dalam air-cond itu pastilah milik Tengku Mahkota namun ada juga insan lain yang khilaf dengan pendapatnya.
Di belakang istana ini pula terdapat sebuah padang golf diraja. Luas juga namun tak ada apa sangat tentangnya untuk dicerita melainkan rumput-rumputnya yang bersih dan bagaikan berspring seringkali membuatkan saya minat berbaring bergolek-golek di atasnya.
Walaupun sekolah kami berada bersampingan istana, untuk masuk ke dalamnya bukanlah semudah untuk fly ke bandar melalui pintu pagar belakang ataupun ketika tuan jaga tiada. Kemasukan amatlah terhad dan hanya ada dua cara sahaja untuk masuk ke sana.
Pertama, jika ada kematian kerabat-kerabat diraja.
Dahulu ketika waktu persekolahan sesi pagi, pernah berlaku kematian di pihak istana dan para pelajar terus dipanggil untuk mengadap. Saya yang ketika itu terus pulang ke asrama tidak ikut sama. Namun kepontengan saya itu bukanlah simbol kedurhakaan, bahkan terdapat hikmah yang besar di sebaliknya. Sejurus lima belas minit selepas itu, kawan-kawan saya yang mengadap, pulang dengan muka sepuluh sen dan kecewa tak terhingga. Rupa-rupanya mereka telah direject mentah-mentah kerana tidak cukup tinggi. Mereka semua dipanggil sebenarnya bukanlah untuk menghadiri pengkebumian, tetapi untuk disuruh berbaris kerana pihak istana mahu memilih siapa-siapa yang mempunyai ketinggian seperti seorang pramugara demi dijadikan sebagai
Cara yang kedua pula adalah apabila pihak istana ada membuat majlis bacaan Yaasin pada malam Jumaat. Kebiasaannya hanya empat puluh orang pelajar sahaja yang dijemput dan kelayakan adalah berdasarkan sistem siapa daftar dulu, dia dapat. Seragam Melayu beserta sampin adalah diwajibkan dan kereta-kereta limo dari istana akan datang menjemput setengah jam sebelum maghrib. Namun majlis keramaian ini bukanlah diadakan oleh pihak istana pada setiap malam Jumaat. Inilah yang membuatkan ramai di antara kawan-kawan saya tertipu apabila mereka yang berkuasa menyalahguna autoriti yang diberikan.
Di hari-hari khamis yang tiada jemputan dari istana, para exco yang so-called bosan dengan perangai pelajar, akan mencanangkan ke seluruh pelusuk kota bahawa Sultan akan mengadakan kenduri doa selamat dan seramai empat puluh orang dijemput dengan syarat berpakaian seragam Melayu dan turun tepat pada waktunya. Berebut-rebutlah rakyat jelata mendaftar nama dan ketika tiba waktunya, ramailah yang telah berdaftar menunggu. Sungguh kasihan mereka ini kerana belum sedar telah ditipu. Jadilah mereka menunggu dan terus menunggu sehingga azan maghrib bersingponggang. Sesaat itu, tahulah mereka bahawa mereka telah terkena. Dan laungan boo dari seluruh asrama yang menambah rasa tebal di muka mulalah kedengaran. Sungguh kasihan mereka dan sungguh kejam mereka yang menyalahguna kekuasaan yang diberikan. Untuk rekod, saya tidak pernah dimalukan dalam keadaan berbaju melayu sedemikian.
Hmm, nampaknya saya telah benar-benar rindu akan kehidupan di istana sehinggakan panjang sekali kisah ini saya coretkan. Walaupun panjang, mujur tidak ada apa-apa rahsia istana yang saya telah terbongkarkan. Namun, masih banyak lagi yang belum saya sebutkan.[4] Moga di lain masa, Allah akan memberi saya ruang untuk meneruskan ceritera yang berkesinambungan. Sehingga masa itu, saya hidangkan video gambar-gambar Tengku Hassanal sebagai penutup pembacaan. Untuk pengetahuan, Tengku Hassanal inilah cucu Sultan yang dahulu pernah saya termintatolongkan. Tak sangka telah sebesar ini Tengku sekarang. Kiranya suatu hari nanti Tengku ditakdirkan menjadi seorang Sultan,[5] sayugianya dapatlah Tengku memerintah negeri dengan penuh kesaksamaan. Dan moga menjadilah negeri kita itu makmur dan aman.
Daulat Tuanku!
-------
NOTA KAKI :
[1]^Tapi baru-baru ini Tun telah dinamakan oleh seorang sasterawan dengan nama yang baru. Saya tak bersalah.
[2]^Padang polo yang kecil itu juga sebenarnya luasnya juga tahap naga.
[3]^Kekadang piala untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, kekadang untuk sekolah-sekolah rendah dan kekadang untuk orang-orang dewasa. Sepanjang kelangsungan piala-piala itu, padang polo yang besar itu langsung tidak disentuh. Ini kerana padang polo yang sedikit kecil itu sudah cukup untuk memuatkan semua pemain dan para penonton. Bahkan di padang polo yang kecil ini boleh diadakan sehingga tiga atau empat perlawanan pada suatu-suatu masa. Jadi anda bolehlah bayangkan betapa besarnya padang polo yang kononnya kecil itu.
[4]^Tentang monumen keretapi, latarbelakang ustaz-ustaz saya dan juga keistimewaan utama sekolah saya iaitu pengaruh bangsa dan bahasa Arab yang banyak sekali memainkan peran. Tak lupa juga tentang fenomena terbaru tentang kedatangan beramai-ramai warga bersebelahan istana ke NDC.
[5]^Ayahanda Tengku Hassanal adalah Tengku Mahkota dan bakal menggantikan Sultan. Namun Tengku Hassanal belum tentu bakal menggantikan ayahandanya pula kerana Tengku Hassanal mempunyai seorang lagi kekanda yang lebih tua iaitu Tengku Amir yang berumur 23 tahun. Tengku Hassanal adalah putera kedua Tengku Mahkota.
Labels: Kulliah, Review Tempat
Salam....Izudin? Kamu nie belajar di Kuliah Abu Bakar ke dulu?
This comment has been removed by a blog administrator.
Salam Abqori. Lama tak komen di blog ekau ni. Boleh tak ese komen untuk entri ni? Rasa macam tak ada kaitan dengan ese lah pula. Tapi memandangkan ese jeles tengok kehidupan ekau yang berwarna-warna ini, ese nak komen juga. Cemburu bangat ese dengan kehidupan istana ekau. Dahlah dulu bercinta dengan orang alim, jumpa orang Parsi dalam LRT, sekarang ada bau-bau bangsawan pula. What so ever. :))
Cuma ese tak puas hati satu saja. Di mana istana dan sekolah yang dimaksudkan itu? Istana itu pula milik Sultan nogori mana? Ke istana itu juga di oversea? Kalau di oversea, ese tambah cemburu lagi lah gayanya. Bukan apa, kalau ese ada ruang untuk bersekolah di situ, ese nak masuk. Borang boleh dapatkan di mana?
Salam Encik. Menurut pemerhatian koi, selepas baca tulisan ini, koi rasa sekolah yang aok maksudkan itu Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, kan? Kalau betullah, memang koi menyesal benor tak masuk sekolah itu dulu walaupun dapat surat tawaran n digesa sangat-sangat oleh Mak koi. Koi tak tahulah pulak sebest tara itu sekolahnya.
Walaupun entri ini panjang, sampai habis juga koi membacanya. Siot betul gaya penulisan aok! Aok orang mana? Boleh koi tahu?
Mula-mula saya ragu-ragu adakah istana yang dimaksudkan adalah Istana Sultan Pahang. Lps saya klik pada link agak kerek tu dan nmpk gambar Tengku Mahkota, saya yakinlah istana yg dimaksudkan adalah milik Sultan Ahmad Shah. Sultan yang baik hati.
Saya lepasan Kulliah juga, tapi tak lama dan terus msuk matrik. Rasa menyesal juga sikit-sikit. Tapi jadi banyak-banyak pula bila tergoogle coretanmu ini.
Yg penting, aku sempat jugalah jalan-jalan ke kandang kuda tapi tak perasan pula kuda dalam air-cond tu. Betul ke ada? Ni yang saya nak ikhtilaf jugal ni.
Geram betul sebab takda pasal monumen keretapi disebut, sedangkan bahan bersejarah tu. Siap ada gambo Tengku Muda dengan Prince Charles main polo dan minum teh sama-sama dalam monumen keretapi tu. Lagi satu, kenapa tak sebut nama Kulliah Al-Lughah Waddin? Susah lah nanti kalau orang google tapi tak jumpa entri ni.
Apa2pun, tulisan yang mantap. Teruskan menyumbang pada masyarakat Melayu kita dalam bidang penulisan. Saya nak add ID YM kau ni. Accept ok?
Assalamualaikum dan salam kenal wahai Abqori!
Saya dah lama baca blog anta ni secara senyap. Tapi bila baca posting yang ini, terasa benar nak meninggalkan komen, sebab saya pun pernah juga bersekolah bersebelahan istana. Ingatkan En. Abqori maksudkan istana lain, rupa-rupanya istana yang sama tempat saya bertapa. Mungkin En. Abqori ini junior saya lah dulu. Sungguh tak kusangka.
Bila kenang kembali kehidupan di sana, sangat-sangatlah menyeronokkan. Kawasan yang udaranya amatlah segar dan aman. Perasan tak ada sebuah pokok besar yang macam dah beribu tahun usianya yang ada kerusi batu di bawahnya? Letaknya berhampiran dengan pondok jaga dan darinya kita boleh melihat terus ke padang polo yang kurang besar (baca : kecil, sebab padang yang ini macam naga juga besarnya), saya selalu pergi ke kelas awal-awal pagi dan duduk di bawah kerusi ini sambil menghafal syair-syair Arab. Syair paling best waktu itu ialah syair Syauqi, Amirusy Syuara’, dalam madah Adab Wan Nusus. Walaupun jenuh juga nak memahamnya, usaha saya itu tak sia-sia kerana sampai sekarang saya masih mengingatinya. Rindu juga nak lihat pemandangan ustaz-ustaz Arab kita yang duduk beramai-ramai berborak dalam bahasa Arab pasar. Rasa macam di tanah Arab dah. Lepas tu, adalah dua tiga orang dari kita yang buat-buat faham cakap ustaz-ustaz tu, padahal bila ditanya pada mereka, haram ada yang boleh diulas semula. Bajet bagus saja. Huhu. Mana nak faham sebab mereka cakap bahasa arab tempatan, kira macam orang putih bila diorang cakap BI broken. Haha.
Kalaulah dapat kembali ke zaman itu. Bapaklah seronoknya. Bila bulan puasa pula, boleh berbuka dengan Murtabak Mengkasar. Murtabak yang terkenal seluruh dunia dan hanya ada di sekitar istana raja. Pergh! Rindunya pada kesedapannya yang tak terkata.
Terima kasih En. Abqori kerana menulis entri ini. Saya akan sebarkan pada kawan-kawan lama sebagai tanda kenangan kita bersama. Tambahan lagi, sekolah kita itu bumi barakah. Ramai orang alim yang lahir dari sana.
Salam semua. Aik, ramai la pula orang yang dari istana membaca blog ini! Kepada Ahli Lughah, saya minta maaf sebab terpadam komen anta yang di atas. Mujur saya dah kopi terlebih dahulu. Saya masukkan semula di bawah.
Esok sajalah saya balas komen-komen anda semua ya.