Obama Datang Ke Mesir

Di hari akhirat nanti, Obama akan saya dakwa jika kedatangan beliau ke Mesir hari Khamis ini membantutkan saya dari menghadiri kelas saya di Cairo.
Kebiasaannya lawatan-lawatan Presiden Amerika ke Mesir pastilah mengundang kekecohan buat rakyat-rakyatnya. Suratkhabar Al-Ahram berbahasa Inggeris yang terbit seminggu sekali pun sudah awal-awal membuat liputan tentang lawatan tersebut. Berikut adalah reaksi seorang pemandu teksi apabila dikhabarkan kepadanya tentang lawatan Obama itu.
Kebiasaannya lawatan-lawatan Presiden Amerika ke Mesir pastilah mengundang kekecohan buat rakyat-rakyatnya. Suratkhabar Al-Ahram berbahasa Inggeris yang terbit seminggu sekali pun sudah awal-awal membuat liputan tentang lawatan tersebut. Berikut adalah reaksi seorang pemandu teksi apabila dikhabarkan kepadanya tentang lawatan Obama itu.
"So he is coming to Cairo. Why not go to Sharm El-Sheikh? Don't they all go to Sharm El-Sheikh? It will be heavy traffic. It is next Thursday? I will not work that day."
Baca berita dan temuramah penuh di sini.
Jika seorang pemandu teksi yang kerjanya hanya berputar di sekitar kawasan yang sama setiap hari, sanggup untuk berehat sepanjang hari di rumah demi mengelakkan kesibukan, maka saya yang terpaksa pulang ke Cairo daripada NDC dengan merentasi lebuhraya Terusan Suez sepanjang hampir 200 kilometer, adalah lebih layak darinya untuk berbuat demikian. Faktornya adalah kerana, kesesakan jalanraya yang akan tambah melambatkan perjalanan saya, ditambah lagi dengan keletihan yang sudah pasti dan tak lupa juga pasport saya yang masih belum dicop visanya lagi.
Namun, apa kaitannya pasport saya yang tiada visa dengan kedatangan Obama? Dan kalau belum ada visa, kenapa pula saya boleh bersenang-lenang berlegar-legar di negara orang?
Sewaktu saya di tahun satu dan dua, urusan untuk memperbaharui visa kami mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang telah tamat durasi selama satu tahunnya amatlah mudah. Pergi ke pejabat imegresen, isi borang beserta bayaran, bermulut manis sedikit dan visa itu akan siap selepas satu jam.
Namun proses yang mudah itu menjadi telah kompleks sejak dua tahun terakhir ini. Proses memperbaharui visa itu yang dulu mengambil masa hanya satu jam lebih, telah bertransformasi menjadi lebih dari tiga bulan.
Kini, andai mahu memperbaharui visa, maka kami perlu pergi mengisi borang dan kemudian menunggu selama sebulan lebih sebelum dipanggil dan ditemuduga oleh Pihak Keselamatan Dalam Negeri Mesir.
Setelah dipanggil temuramah, maka kami perlu menunggu sekali lagi selama sebulan lebih untuk mendapatkan cop pengesahan terakhir pada pasport kami.
Jadi, sepanjang tempoh selepas pengisian borang dan dipanggil mengambil cop itu, jadilah pasport-pasport kami semua tidak bervisa sekaligus menyamakan kami seperti pendatang asing tanpa izin. Lebih teruk lagi, kami boleh dikira sebagai pendatang haram jika kami ditangkap berjalan tanpa visa.
Dan kerana kondisi pasport saya yang tidak bervisa inilah, saya amat risau untuk pulang ke Cairo kerana nyata sekali sekuriti akan lebih diperketatkan memandangkan Obama yang merupakan lelaki nombor satu dunia sedang turun padang. Polis, Askar Berkuda dan juga FRU pasti akan berkeliaran di seluruh pelusuk kota. Kerja mereka adalah melindungi “orang itu” dan menangkap saja sesiapa yang dicuriga.
Saya pernah sekali menyaksikan kawalan yang ketat sebegini. Ketika itu, anggota polis berada di setiap sutuh bangunan bertingkat di sepanjang laluan utama di Cairo. Mereka mencari-cari hal yang bagi mereka mengancam bahaya. Di sepanjang jalan juga, mereka sibuk membuat kerja.
Namun apabila diteliti apakah pencetus kepada suasana berjaga-jaga ketika itu, rupa-rupanya ia adalah kerana mereka mahu mengawasi perjalanan kereta Presiden Husni Mubarak yang rasanya sedang menuju ke pejabatnya. Jika hanya sekadar mahu ke pejabat saja sudah amat dahsyat kawalannya, maka pastilah lawatan Obama ini lebih lagi ketatnya. Ada juga wura-wura yang menyebut seramai 3000 ahli FBI dan CIA akan turut menjaganya.
Jadi dengan semakin tinggi jumlah pengawas-pengawasnya itu maka semakin tinggi jugalah risiko untuk pasport saya diperiksa. Dan andai diketahui oleh mereka akan kondisi pasport saya, maka tak ada lagi jawapan yang paling utama melainkan saya akan dihantar pulang secara percuma ke Malaysia. Walaupun ianya indah kerana dapat pulang berjumpa keluarga, namun terdapat juga sisi yang tidak selesa kerana pastilah kes ini akan jadi tajuk utama berita. Sebagaimana yang telah terjadi di akhir tahun lepas di mana tiga pelajar telah ditahan kerana kes tidak bervisa yang sama. Tapi, itu adalah kerana kesalahan mereka sendiri yang sengaja menangguhkan proses membaharui visa mereka, berbeza dengan saya yang tersepit secara paksa kerana polisi baru Mesir.
Yang peliknya, polisi ini hanyalah dikenakan kepada warganegara Malaysia sahaja, sedangkan pelajar-pelajar asing dari Indonesia dan Thailand masih lagi menikmati cara lama. Bahkan apabila saya tanyakan kepada wakil Kedutaan yang datang menziarahi NDC, mereka pun berkata mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Aduhai!
Berbalik kepada Obama, apa kejadahnya pula beliau datang ke sini?
Baru-baru ini saya ada mendengar seorang pelajar perubatan bertanya kepada seorang ustaz lama tentang tujuan kedatangan Obama. Ustaz itu pula menjawab mudah soalannya dengan menyatakan bahawa itu semua politik semata-mata. Apabila dalam kesusahan mereka membuat hubungan diplomasi, berjanji sana, berjanji sini, tujuannya adalah mengelak ancaman dan berlakunya perang. Namun apabila senang nanti, kita pula yang mereka jahanamkan.
Ustaz itu juga telah mengambil contoh tentang seorang Sultan yang jasadnya dikebumikan di sebelah maqam Imam Asy-Syafie. Katanya, Sultan Salim tersebut ketika pemerintahannya banyak sekali membuat perjanjian damai dengan kerajaan-kerajaan di Eropah. Ini kerana beliau telah mendapat tahu bahawa kerajaan-kerajaan Eropah itu mahu menyerang kerajaannya sedangkan kerajaannya pula dalam kerajaan lemah. Walaupun sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir peperangan tetap meletus, perjanjian-perjanjian damai itu telah berjaya melewatkannya.
Jawapan ustaz itu meskipun tidak menjelaskan kedatangan Obama secara jelas, jawapan itu tetap saya sukai kerana ia lebih baik berbanding jawapan seorang warga Mesir yang menjawab,
“Gai ya'khud fulus wa yimsyi.”Tambahan lagi jawapan ustaz itu juga agak tepat dengan firasat yang saya rasa. Obama sedang membaik pulih hubungannya dengan mana-mana negara yang mendokongnya agar negara-negara ini terus-terusan menyokongnya, lebih-lebih lagi ketika Amerika sedang mengalami krisis ekonomi yang amat teruk sekarang. Mungkin ramai tidak tahu tentang krisis ini kerana untuk menutup berita krisis itu dari mata dunia, Amerika telah mencanangkan berita selsema khinzir dengan tujuan krisis itu tidak dihidu sesiapa. Walhal hakikatnya selsema itu tidaklah seteruk mana melainkan hanya di Mexico sahaja. Pandai sungguh mereka memusingkan tumpuan media sedunia sehingga ramai yang tidak perasan.
Nasib baiklah Al-Jazeera telah memberi pencerahan kepada saya tentang penyelewengan Amerika itu dengan mendatangkan sekali buktinya yang menyatakan bahawa ini bukan kali pertama mereka membuat begini. Amerika juga pernah memusing mata dunia kepada virus selsema burung ketika mereka mengalami kerugian ketenteraan yang amat teruk ketika perang Iraq.
Yang pasti, tujuan Obama itu tetap akan tidak jelas hatta setelah beliau sampai ke sini nanti. Bukankah ini semua hanyalah politik? Cuma diharap sungguh kedatangannya itu tidak menjejaskan kehadiran saya ke kelas mingguan itu nanti. Sudahlah kelas saya pada minggu ini diawalkan ke selepas waktu Maghrib badalan min selepas waktu Isya disebabkan musim panas yang malamnya semakin singkat dan menyebabkan waktu Isya semakin lambat. Sekarang saja pun solat Isya sudah hampir ke pukul 9.30 malam dan semakin lewat setiap hari.
Oh, risau betul terlepas!
Harap-harap tidak. Tapi kalau terlepas, tahulah Obama di akhirat nanti, pasti ke mukanya akan saya tudingkan jari. Bukankah, sepatutnya dengan menjadi pemimpin, golongan-golongan ini memudahkan rakyat? Ini tidak, tak fasal-fasal pula rakyat-rakyat yang bukan negara sendiri pun menjadi mangsa dibuli.
Buat mereka yang sibuk untuk menjadi pemimpin di masa hadapan, janganlah jadi pemimpin yang semacam ini. Namun cubalah menjadi pemimpin yang adil serta prihatin kepada rakyat dan tidak sesekali mempunyai rasa cinta dunia di dalam hati. Dan berfikirlah kembali tentang impian anda itu samada ianya betul-betul untuk tujuan akhirat dan bukan semata-mata mengejar pangkat dunia yang telah banyak memperdaya manusia sejak dahulu lagi. Kalau tidak, anda pun akan senasib seperti Obama di akhirat nanti.[1] Pasti seluruh yang dipimpin akan mendakwa anda, dan pasti tepat ke muka anda juga, mereka semua akan menuding jari.
------
NOTA KAKI :
[1]^Itupun kalau saya tak sempat ke kelas.
Labels: Al-Jazeera, Cairo, Kunci, Mesir, Musim Panas















Assalamu'alaikum,
Alahai!
Kasihannya Encik Abqori. Terpaksa menjadi PATI di negeri orang. Saya doakan semoga Encik Abqori dipermudahkan dalam segala urusan.
Ehem! Taknak ke sengaja ditangkap? Boleh pulang ke Malaysia secara percuma tu. ;P
@aiyrie
Waalaikumussalam.
Sekurang-kurangnya adalah juga pengalaman menjadi PATI, asalkan PATI bertauliah. Tapi sedih juga bila fikir-fikir balik.
Dulu ada juga saya berniat nak buat macam itu. Tapi memandangkan saya masih waras dan banyak lagi cita-cita untuk dikejar, saya telah cepat-cepat bertaubat. ;))
Amin! Semoga sempat ke kelas!
Ohh.. apakah benar dakwaan kamu saudara *****, elok agaknya kamu cepat-cepat bikin itu visa, supaya bisa aja berjalan kemana-mana, huhu dtg la konvo koi.. 1 ogos 2009 di picc putrajaya..
@amri usim
Salam Amri, sahabat lama.
Tak sangka anta baca juga blog saya ini. Dakwaan yang manakah itu?
Maaflah di blog ini, saya malas nak guna nama sebenar, banyak pula efek sampingannya nanti.
InsyaAllah, tak lama lagi akan dapat visa itu, sekarang kalau tak silap -sebab polisi baru, jadi agak lupa-, hanya menunggu panggilan dari balai polis Mesir.
Boleh saja nak pergi, tapi cara yang paling pantas sekarang hanyalah serah diri ke pihak polis, barulah dapat pulang secara percuma. Tapi nauzubillah.
Nak sangat pergi ke Putrajaya lagi, tahun lepas, masa balik tahun lepas, sempat pergi sekali saja, itupun sebab bawa orang-orang asli ke JAKIM, ada majlis untuk mereka. Nak sangat merasa jalan-jalan lepak di jambatan dan kawasan depan masjid itu lagi. Oh, rindu betul zaman muda kita!
Salam Abqori...
Ermm... kalaulah ada yang sudi membaling kasut kemukanya seperti yang pernah terjadi dlm sejarah Presiden... Agaknya apalah kesan pd politik dia ya?