<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d5937407827965732325', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Terusan Dan Pelabuhan Itu


Waktu kecil-kecil dahulu saya tidak pernah menyangka bahawa Terusan Suez akan menjadi sebuah tempat yang sangat rapat dengan hidup saya. Kini Terusan Suez dikira sebagai kawasan tempat saya bermain pula. Sebuah terusan yang terpenting dalam dunia. Yang memisahkan antara dua benua. Afrika dan Asia, tempat asal saya.
“Kakak tinggal di sini ke?”
Saya bertanya kepada seorang wanita bermuka Asia tatkala beliau berhenti berbicara dengan tuan kedai yang menjual pakaian-pakaian sukan. Bahasa Arab Ammi wanita itu amat fasih. Hal yang sangat-sangat menarik minat saya kerana wajahnya yang sangat-sangat Melayu. Namun soalan saya itu dijawab dengan jawapan yang amat menghampakan.
“I don't understand.”
“So, where are you from?”
“I'm from Philippines. You are from Malaysia, right? Because I know that many Malaysians are studying here at Cairo and they are studying Al-Quran. Are you one of them?”
Saya menganggukkan kepala dan dalam masa yang sama mengatakan yang saya menetap di New Damietta City dan bukan di Cairo seperti yang disangkakan.

Wanita itu langsung menceritakan akan statusnya yang telah berumahtangga dengan seorang warganegara Mesir. Bersamanya ada dua orang anak. Salah seorangnya lelaki yang berusia dalam lingkungan lima belas tahun dan seorang lagi perempuan yang lebih muda sedikit. Walaupun berdarah kacukan, wajah kedua-dua anaknya tak ubah seperti orang Melayu yang tulen. Bahasa Arab anak lelakinya pula langsung tidak ada bau-bau pelat dan penuh keMesiran.

Sangkaan saya bahawa mereka adalah Melayu seperti saya meleset.

Mereka telah lama menetap di sini dan boleh jadi wanita itu telah mempunyai kerakyatan Mesir. Memilih untuk membeli-belah di bandar Terusan Suez yang dinamakan sebagai Port Said ini jelas menunjukkan yang beliau mengetahui selok-belok negara Mesir dengan baik sekali.

Ini kerana Terusan Suez menerima kemasukan kapal-kapal laut dari seluruh dunia. Dari benua Eropah hinggalah benua Amerika dan Australia. Walaupun Port Said bukanlah sebuah kawasan bebas cukai lagi, ia tetap menjadi kawasan beli-belah tumpuan rakyat tempatan kerana barang-barangan dari luar negara mudah untuk ditemukan di sini dengan harga yang sangat berpatutan.


Port Said. Gambar ihsan Chris&Steve.

Mujurlah Statue Of Liberty yang berdiri tegak di Amerika itu telah dibatalkan pembinaannya di Port Said ini, kalau tidak pastilah lain ceritanya suasana Terusan Suez dinihari.

Berulang-alik dengan feri dari Port Said dan Port Fuad seolah-olah telah menjadi suatu kemestian setiap kali saya berkunjung ke Terusan Suez. Menghirup udara segar sambil merentasi Terusan Suez dan memerhatikan kapal-kapal laut gergasi yang berlabuh membuatkan saya melupakan segala masalah-masalah yang memenuhi dada.

Jika di musim sejuk pula seringkali feri yang kami naiki itu diiringi oleh burung-burung laut yang terbang rendah di atas kepala. Indah sekali.
“Kenapa pakcik menggunakan tasbih?”
Saya sekadar memulakan bicara. Di atas feri itu, seorang warga Mesir yang berpangkat pakcik duduk di depan saya sambil ........


[Dapatkan buku ABQORI untuk membaca kesudahan tulisan ini. Anda boleh menempahnya menggunakan borang online ini. Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.]

Labels: , , ,

 

for this post

 
Blogger aiyrie Says:

Assalamu'alaikum,

Saya membaca entri ini sambil mulut mengudap kekacang. Ada pelbagai jenis kekacang yang dicampurkan. Kacang tanah, kacang almond, kacang gajus, dan kacang kecil bewarna hijau beserta kismis. Terasa keasyikan membaca entri ini sehingga terlupa hendak balik ke rumah dari tempat kerja ini.

Lupakan pasal kekacang yang saya makan. Mari saya khabarkan perasaan saya semasa membaca entri ini. Saya berasa tersangatlah tenang hati membaca entri ini. Entah kenapa, jangan ditanya. Membacanya membuatkan saya asyik, walaupun tanpa mengudap kekacang. Namun dengan mengudap kekacang itu tadi keasyikannya bertambah secara exponensial.

Ramadhan hampir tiba. Eh! Bukan Tuan Ramadhan penulis "Buku Nota". Saya maksudkan bulan Ramadhan. Oleh itu hendaklah saya memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang kita berukhwah melalui dunia maya ini.

Salam Ramadhan
Aiyrie Rizalman

 
 
Blogger Abqori Says:

Waalaikumussalam.

Saya membaca komen ini setelah selesai menghantar emel kepada seorang kakak saya di Malaysia. Ditakdirkan pula, bahawa tajuk emel saya itu bersamaan sekali dengan apa yang Tuan tuliskan di penghujung komen itu. Salam Ramadhan.

Terasa seperti mahu saja meninggalkan di sini sedikit cebisan daripada emel yang panjang itu berkenaan dengan suasana Ramadhan. Namun, apakah salahnya kan sekiranya saya berbuat demikian?

Tapi, Ngah kata bulan Ramadhan ini cuti, so apa tekad Ngah untuk tempoh tersebut? Semoga Ngah ada juga tekad untuk memperbaiki lagi ibadat dan amal sempena bulan yang maha mulia tersebut. Boy pun am on some preparations to welcome the month. Puasa di Egypt is so much fun actually. You can get your wallet be fully locked that month if you want to. Everyday there will be Ma3idah Rahman in every place. Maidah Rahman is berbuka percuma dan di sesetengah tempat sampaikan ada sahur percuma. Tapi tak semua lauknya memuaskan, terkadang itu ada lauk yang terlalu simple sampaikan tak puas pula makan. Tapi itu depends on nasiblah. But we just have to be grateful for anything that we had, kan?

Cuma of course lah berpuasa di Malaysia is still the best.

Because of what?

Because dapat berbuka dengan Mak, keluarga dan anak-anak buah. Kemudian boleh kecoh-kecoh dan tambah air sesuka hati sampaikan bila terawih itu, kalau sendawa, siap boleh terasa sirapnya lagi. Haha! Rasanya kali ini adalah kali kedua in a row after three times in a row tak berpuasa di Malaysia selepas tahun lepas berpuasa di Yaman dan Mekah. InsyaAllah kalau ada rejeki, “Mas Khairul Azzam” ini baliklah ke Malaysia.

Cuma bila dah meningkat dewasa ini, Ramadhan ada masa-masanya yang menyeramkan. Nak tahu bila? Bila kena jadi imam 20 rakaat dan kena bagi tazkirah di pertengahannya selama sebulan seperti dahulu. Sebenarnya itu masih dikira ok lagi, tapi bila masuk bab kena bercampur dengan pakcik-pakcik tua di masjid, oh, Tuhan sajalah tahu bagaimana apa rasanya! Sudahlah anak-anak muda tak ada di masjid itu. Kalau ada, sekurang-kurangnya ringanlah sikit beban si imam muda ini.


Ramadhan adalah bulan yang penuh keindahannya tersendiri dari segala segi. Debaran menunggu raya, keseronokan berlapar di dalamnya dan juga bab Ibadat. Setakat ini, rancangan untuk menulis tentang Ramadhan sering terbiarkan. Tahun ini juga belum tentu dapat menulis tentangnya kerana seperti biasa, Ramadhan akan jadi bulan yang penuh kesibukan. Antaranya tahun ini, kelas pengajian bersama Syeikh Nuruddin dan tenggelam dalam kenikmatan berkhidmat pada masyaikh.

Semoga Ramadhan kali ini, lebih kita hayati. Semoga kita dikurniakan rasa selepas Ramadhan ini seperti mana para Sahabat RA telah rasai. Menangis selama enam bulan selepas ditinggalkan Ramadhan dan kerinduan kepada Ramadhan sejak lima bulan sebelum kemunculannya kembali.

Terima kasih kerana mengingatkan tentang Ramadhan. Sama-samalah kita bermaafan.

Salam Ramadhan juga.

P/S : Pautan untuk memuatturun bacaan Imam masjid di Kisra itu telah diperbetulkan semula. Maaf, tak perasan tersilap.

 
 
Blogger ABDUL LATIP Says:

Assalamualaikum

Membalas kunjungan tuan ke blok saya. Terima kasih kerana berkongsi penhgalaman. Menarik tulisan tuan ini.

 
 

Mula Mengomen