<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d1113511278717057062', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Apa Selepas Perang

Perang telah pun tamat. Seolah-olah tamat. Ini kerana masih ada lagi sesi serangan. Walaupun ianya tidak sedahsyat dahulu. Cuma sesi serangan yang jarang-jarang.

Imtihan juga sudah tamat. Seolah-olah tamat. Ini kerana yang berbaki hanyalah syafawi. Madah Nusus zaman
AbqoriAbbasi. Syair-syair yang kompleks semacam.

Sepanjang tempoh perang, hati banyak sekali berbolak-balik. Mahu pergi ke Gaza. Walaupun tahu mungkin tak dapat masuk, namun ingin sekali melihat Ma3bar Rafah yang sering kali jadi sebutan. Jadi titik perselisihan. Banyak sekali memikirkan hal demikian sehinggakan imtihan pun sudah hilang dari tumpuan.

Manakan tidak! Pulang ke rumah, jumlah yang syahid bertambah. Balik dari imtihan, jumlah yang sama juga bertambah. Selesai dari makan, juga bertambah. Hati jadi kasihan. Bila tengok koresponden yang membuat liputan, akan segera tahu bahawa beliau juga bermasalah. Janggut dan misainya yang sudah tidak terurus. Mata yang tak cukup tidur. Suara yang ketar-ketir. Macam-macam.

Waktu itu dalam pukul 3 malam. Seorang koresponden meliputkan di tengah jalan. Sedang-sedang membuat liputan, sedang-sedang ditemuramah dari studio, sedang-sedang bercakap, tiba-tiba terdengar bunyi helikopter.
“Sebagaimana yang kita dapat dengar sekarang, itu adalah bunyi helikopter milik tentera Israel.”
Kamera pun beralih arah. Menghadap ke langit. Gelap. Tak apa pun kelihatan.
“Sebagaimana yang saya lihat, helikopter itu berada di atas kita sekarang dan kerana itu bunyinya terasa amat dekat walaupun ia tidak dapat dilihat dengan jelas melalui kamera.”
Pemberita yang di studio pun mengatakan,
“Sayyid Wail, apa tidak ada baiknya jika kalian berdua -koresponden dan jurukamera- beralih tempat. Tempat yang kalian berdua berada sekarang agak terbuka dan eloklah pergi ke tempat yang lebih tertutup.”
Namun si koreponden tetap di situ dan tidak berganjak sambil terus meliputkan dengan suara yang terputus-putus.
“Oh, nampaknya helikopter telah melepasi kita dan terus menuju ke arah utara. Mereka sedang mencari pejuang-pejuang Hamas sebagaimana yang mereka dakwa bahawa mereka hanya memburu pejuang-pejuang berkenaan.”
Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan.
“Nampaknya helikopter Israel telah mula melepaskan di sebelah utara sana. Enam tembakan. Sembilan.”
Dan tembakan itu berterusan dilepaskan. Namun bunyi helikopter terasa makin lama makin dekat, ..............


[Dapatkan buku ABQORI untuk membaca kesudahan tulisan ini. Anda boleh menempahnya menggunakan borang online ini. Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.]

Labels: , , ,

Dimasukkan Oleh : Abqori Bro
Tarikh : Friday, January 23, 2009
Jam 9:54 PM
Komen :




    >>Sertai saya di Twitter<<
     

    for this post

     
    Blogger dukerobin Says:

    Izudin, anta pergi ke sempadan Palestine ke? Saya dulu cuma berpeluang melihat Israel dari perairan Jordan di Aqaba.

     
     
    Anonymous Anonymous Says:

    Beruntung sungguh saudara Abqori kerana belajar di Mesir. Bolehlah juga kiranya masuk ke Palestin jika ada ruang.

    Tak mengapa. Walaupun Pihak Kedutaan telah melarang. Tunggu sahajalah bila suasana benar-benar tenang. Banyak lagi masa kan? Janganlah bersedih.

     
     
    Blogger Abqori Bro Says:

    @Dukerobin dan Muzammil
    Saya mungkin tidak ke Gaza dalam masa terdekat ini.

    Pertama, masalah kewangan. Jika ke sana perlu difikirkan juga tentang hotel untuk penginapan dan makanan.

    Kedua, perang tamat sama dengan tamatnya peperiksaan. Semangat jadi kurang. Ditambah lagi apabila membaca entri di blog Ustaz Hasrizal dengan fatwa yang kurang menggalakkan. Saya juga ada komen di entri berkenaan, meluahkan. Baca di sini, komen yang ke 17.

    Ketiga, larangan dari pihak Kedutaan.

    Hmm ke Teluk Aqabah ya? Saya pernah ke sana lima kali. Tiga kali berada di darat. Dua kali berada di atas kapal ke Jordan. Ketika di atas kapal, di tengah-tengah laut rasa seperti in the middle of nowhere. Berada di tengah-tengah empat buah negara. Arab Saudi di belah kanan, Mesir di belah kiri. Jordan dan Israel di depan. Memang rasa yang tak dapat dilupakan. Rujuk tiga entri sebelum ini. Saya rasa abang Duke lagi banyak pengalaman begitu kan!

     
     
    Blogger IshaQHaniS Says:

    Salam Akhi Abqori.

    Terima kasih byk2 untuk editing huruf besar tu. Lama jugak saya mencari caranya, namun apalah daya untuk orang macam sy yang tidak tahu selok belok template ni... :-)

    Moga suatu hari nanti dapat membalas budi. Selamat bercuti.

     

    Mula Mengomen