<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8782060929818629481\x26blogName\x3dABQORI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://abqori.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://abqori.blogspot.com/\x26vt\x3d8647909696489763669', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Musalsal Imtihan #1 : Setiap Imtihan Itu Berbeza

Saya baru keluar dari dewan peperiksaan. Rasa tertekan sekali. Untuk beberapa perkara yang saya tidak ambil berat, saya rasa kesal sekali.
Kesalnya banyak. Namun fokus di sini pada satu perkara yang pasti. Syair-syair. Betul-betul perlu diambil berat selepas ini.

Ketika di tahun satu, ketika hamasah(semangat) seperti awan tingginya, ketika itu jualah syair-syair paling banyak saya ingati. Berlagu-lagu. Dirakam pula. Didengar semula. Berkali-kali. Agar lekat sebati. Sehinggakan ketika ini, selepas dua tahun lebih, saya masih mengingatinya lagi. Namun tahun ini, kerja-kerja menghafal syair itu bagaikan terhenti, atau elok dikatakan berkurangan. Ini kerana meskipun banyak yang dihafal, yang ditanya hanya beberapa rangkap. Itupun hanya untuk dijadikan sebagai bukti kepada teori. Lalu saya buat keputusan hanya menghafal ketika berkesempatan, setelah teorinya benar-benar difahami dan diingati.

Namun bila naik ke tahun tiga, tahap kompleksi peperiksaan mula bertambah. Mengingati teori saja tidak mencukupi, perlu syair-syair itu didatangkan sebagai bukti. Meskipun di tahun satu ia perlu juga didatangkan, serasanya ketika itu hanya sebagai markah bonus tambahan. Namun kini, jika ia tidak didatangkan, terasa seolah-olah teori itu tempang kakinya. Dan jika demikian, bagaimana mahu teori itu berdiri? Menukilkan teori tanpa bukti di kertas jawapan itu terasa diri bagaikan jadi seorang kanak-kanak yang melukis orang lidi di dinding. Lukisan yang tiada nilai. Oh, sungguh sedih!

Melihat soalan yang serumit itu, buatkan saya terasa nota-nota yang dibuat tak bernilai dan tak beerti, meskipun nota-nota itu, ketika menjawab tadi, terasa bagaikan ianya berada di depan mata, dipegang di tangan. Kerana syair yang saya anaktirikan, teori-teori dan nota-nota itu jadi anak buangan. Oh, sungguh kesal!

Nota madah An-Naqdu Al-Adabi (Ilmu Kritikan Sastera) saya.

Tak salah rasanya jika terlalu tidak berkesempatan, mengambil ringan sesuatu tajuk. Satu tajuk sahaja. Bukan banyak. Lagipun yang selebihnya, yang amat banyak, diambil berat. Sangat-sangat berat. Lagipun mengambil ringan, bukan beerti meninggalkan. Dibaca jua. Dihafal separuhnya. Tambahan, yang diambil berat bagaikan telah amat-amat mencukupi. Tetapi bagaimana jika yang keluar di kertas soalan adalah tajuk yang diambil ringan? Lagi-lagi, tajuk yang di ambil ringan itu saja yang keluar. Oh, amat mendahsyatkan! Terasa bagai mahu menjerit sahaja.[1] Sungguh di luar dugaan. Tapi itulah yang terjadi.

Jadi selepas ini, perlu beringat, apabila telah naik ke tingkat seterusnya, bukan bermakna boleh mengandakan kerehatan jiwa. Bahkan sebenarnya, yang perlu diganda adalah usaha. Ya, usaha. Kerana naik ke tingkat seterusnya, bermakna menambah kerumitan dalam kerjaya. Tak kira apa jenis kerjaya. Sebagai seorang pelajar atau seorang pekerja.

Jadi teringat, sebelum saya masuk ke dewan peperiksaan tadi, saya bertembung dengan seorang senior. Meskipun hanya kurang seminit bersua muka, terpancar juga cahaya darinya. Namun cahaya itu malap kerana beliau sedang bermuram durja. Katanya, “Tahun empat tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Nahu di tahun satu mudah lagi. Di tahun dua mudah lagi. Tahun tiga boleh tahan lagi. Namun tahun empat ini susah sekali. Pening seribu kepala. Tajuk Nawasib 50 muka. Tajuk Lawazim 50 muka. Tajuk muka 50 muka. Tajuk tajuk tajuk muka.” Nampaknya perasaan kami sama. Sedih. Tapi perasaan itu sebelum masuk peperiksaan. Mungkin bila sudah keluar, berubah gembira. Saya pula, perasaan itu ketika keluarnya, sedangkan masuknya tadi gembira sahaja, ops, sedangkan masuknya tadi biasa-biasa saja. Meskipun perasaannya sama, harap-harap nasib kami tidak serupa. Biarlah nasib beliau tidak sama dengan saya. Tapi, apakah nasib saya?

Ingat tidak Sa3ad? Pelajar Mesir yang mendapat predikat Mumtaz 4 tahun berturut-turut? Senior tadi mungkin kenal, cuma anda mungkin tidak kenal. Biar saya kenalkan. Beliau sama syu3bah dengan kami. Kerana keputusannya yang superb, terus dipanggil mengajar di sebuah sekolah. Namun baru sahaja mengajar, kini beliau telah ditawar menjadi penolong pensyarah di kuliah kami. Atau mungkin menjadi pensyarah gantian. Itu pasti, cuma saya tidak pasti samada sementara atau kekal.
Kisahnya menyeronokkan. Ketika saya di tahun satu, beliau di tahun tiga. Ketika saya keluar periksa, saya bertembung dengannya. Saya meminta kertas soalannya. Dihulur dia dan disambutnya saya. Katanya terus, “Elok rasanya kalau kamu tukar syu3bah saja.” Terkejut saya.

Ditanya kenapa. Jawabnya dengan mimik kecewa, “Susah. Seeloknya kamu tukar sahaja. Menyusahkan kamu sahaja. Saya (yang Bahasa Arab adalah merupakan bahasa native saya) pun tidak tertanggung.” Saya senyum sahaja. Kisah ini sampai sekarang saya teringatkannya. Tapi walaubagaimanapun, itu Sa3ad. Pelajar Mumtaz empat tahun berturut-turut. Adakah kesusahannya itu berjaya menghalangnya? Saya tak rasa begitu. Cuma, mari ingat semula masa bila berlaku ceritanya. Bukankah selepas periksa? Nama pun periksa.

Perit-sa.

Yang pasti ia perit. Jika anda berada di Malaysia. Sungguh anda patut bersyukur. Jika anda tidak melepasi atau lulus peperiksaan pertama, selepas dua bulan, anda bisa berperiksa semula. Kertas yang sama. Tapi bagi kami, jika peperiksaan ini agak mengecewakan rentaknya, jawabnya, tunggulah tahun hadapan sahaja. Mana ada peperiksaan ulangan dalam tahun yang sama. Oh, takutnya!

Apapun, tahun tiga ini agak dahsyat. Ataupun mungkin peperiksaan ini yang buatkan ia jadi dahsyat. Terpulang. Lagipun kata doktor, tahun tiga ini tahun hilwah. Tahun kemanisan.[2] Agaknya, peperiksaan yang jadikan ia dahsyat. Anda rasa?

Cuma saya ada fakta yang juga dahsyat. Iaitu fasa ini saya ada 11 madah dan berperiksa lebih dari sebulan. Mahu tak muntah. Beginilah nasib satu-satunya pelajar tahun tiga lughah wakil Malaysia di Damietta. Biarlah, lagipun saya yang mahu ini semua, takkanlah saya tidak bersedia untuk mengharungnya. Cuma doa-doakanlah untuk saya, ya? Dan juga untuk kita semuanya. Seluruh dunia. Harap-harap berjaya.

---
NOTA KAKI:
[1]^Sebenarnya dah jerit dah pun. Nasib baik tak kena scold dengan muroqib (penjaga periksa). Lagipun taklah sekuat mana.
[2]^Saya ada menulis sebuah entri tentang kalam doktor berkenaan, namun masih belum dipublikasikan. Masih mencari masa yang sesuai. Jika setelah agak lama saya masih belum mempublikasikannya, anda cubalah ingatkan saya. Itupun jika anda peminat setia blog ini.

Labels: , ,

 

for this post

 
Anonymous ex damanhur Says:

akhi..isbir la..
dirasat mmg la pyh.duk kt dimyat tu pernah dgr nama zuhdi tak?dia mmg power!ingatan fotokopi.try la tye org situ.saya azhari jugak tp kt damanhur.dh keje dh.imtihan kt mesir mmg paling pyh dlam duniyala

 
 
Blogger ... Says:

salam ziarah ya akhi...bila ana baca blok enta mcam2 ana rasa... suka,risau,takut semuanya berlegar sewaktu mata ana menoda satu persatu tulisan enta. untuk makluman enta, ana tahun satu dirasat islamiyah damietta syu3bah lughah..baru habis exam tapi ana xtau apa yang ana dah buat... risau jugak kalau jawab bukan kehendak dokter..kalu boleh ana pinta secebis nasihat dan kata semangat dari enta untuk ana terus dalam syu3bah lughah...

 
 
Blogger Abqori Bro Says:

@ex damanhur
Ada seorang pegawai rumah negeri kata, "Imtihan di Mesir ni amat mudah. Cuma perlu buat tiga perkara. Pertama, hafal. Kedua, hafal. Ketiga, hafal." Apa-apa pun kedua-duanya betul, cuma dari perspektif yang berbeza.

Zuhdi? Insya Allah nanti saya cari. Pelajar baru ke? Sekarang jumlah pelajar makin ramai di New Damietta City ni. Tahun lepas penyebabnya, seramai hampir 80 orang yang datang. Masih belum sempat kenal kesemuanya. Dalam proses.

Terima kasih atas komen.

 
 
Blogger Abqori Bro Says:

@PenaMuslim
Salam juga. Setelah membandingkan kondisi studi anta sekarang ini dengan suasana ana dahulu, apa sangatlah yang perlu anta risaukan. Dengan mahasiswa-mahasiswa syu3bah lughah tahun satu yang ramai, ana dapat merasakan ini adalah satu nikmat pada antum semua yang dilebihkan.

Ketika ana di tahun satu dahulu, hanya ana seorang saja pelajar Malaysia dalam syu3bah lughah. Ana hanya mengulangkaji pelajaran sendiri. Walaupun ada kawan-kawan dari Thailand, ana dapat rasakan bahawa bantuan dari mereka amatlah sedikit kerana tarbiah kami yang berbeza. Mereka kurang biasa mengadakan studi secara berkelompok dan lebih mengutamakan studi sendirian. Hakikatnya, mereka sudah mantap, kerana ada yang telah studi di Sudan, tinggal sejak kecil di Mekah, ada pengalaman menjadi guru di negara sendiri serta umur mereka yang kebanyakannya sudah tua.

Bila tiba waktu malam, ana akan sendirian di rumah kerana teman-teman serumah akan pergi study group Syariah. Ana ditinggalkan sendirian kesunyian membaca buku. Lebih teruk lagi, kalau study group itu diadakan dirumah ana, terpaksa ana berkurung dalam bilik sambil hati rasa cemburu yang amat sangat pada mereka kerana mereka ada teman berbincang. Sehinggakan setelah melalui situasi sebegini dengan tempoh yang amat lama, ana akhirnya bosan. Tapi, ana tetap meneruskan juga dan mengerti jatuh bangun dalam kehidupan ini ada hikmahnya tersendiri.

Anta pula, ada studi group, nota boleh bertukar-tukar, ada teman berbincang, ada teman untuk bercerita tentang susah senangnya menjawab imtihan dan pelbagai lagi. Jadi usahlah mudah merasa susah kerana di mata ana yang hanya mampu melihat dari jauh ini, ana pula yang akan sedih kalau anta dan kawan mensia-siakan peluang ini.

Oh ya, cuba baca catatan lama ana ini.

Apa-apa pun, Allah telah menemukan ana dengan sesuatu yang sukar untuk disebutkan setelah ana melalui semua ini. Hint untuk sesuatu yang ana jumpa itu adalah, "Mesir ini adalah lubuk ilmu." Orang-orang alim pula ada di tepi-tepi jalan sahaja. Anta kalau ada masa lebih berdampinglah dengan mereka.

Apa-apa pun, kalau ada masa jemputlah datang ke rumah. Ahli bait ana pun berasal dari Kuala Nerang. Katanya orang Kuala Nerang tak sebut 'lapaq' dan 'sabaq', tapi mereka menyebutnya 'lapo' dan 'sabo' macam orang Pahang. Allah saja yang Maha Mengetahui.

Terima kasih sebab baca blog ana yang tak seberapa ini. Alamak, jadi esei lah pulak.

 

Mula Mengomen