Apa Selepas Perang
Perang telah pun tamat. Seolah-olah tamat. Ini kerana masih ada lagi sesi serangan. Walaupun ianya tidak sedahsyat dahulu. Cuma sesi serangan yang jarang-jarang.
Imtihan juga sudah tamat. Seolah-olah tamat. Ini kerana yang berbaki hanyalah syafawi. Madah Nusus zaman
AbqoriAbbasi. Syair-syair yang kompleks semacam.
Sepanjang tempoh perang, hati banyak sekali berbolak-balik. Mahu pergi ke Gaza. Walaupun tahu mungkin tak dapat masuk, namun ingin sekali melihat Ma3bar Rafah yang sering kali jadi sebutan. Jadi titik perselisihan. Banyak sekali memikirkan hal demikian sehinggakan imtihan pun sudah hilang dari tumpuan.
Manakan tidak! Pulang ke rumah, jumlah yang syahid bertambah. Balik dari imtihan, jumlah yang sama juga bertambah. Selesai dari makan, juga bertambah. Hati jadi kasihan. Bila tengok koresponden yang membuat liputan, akan segera tahu bahawa beliau juga bermasalah. Janggut dan misainya yang sudah tidak terurus. Mata yang tak cukup tidur. Suara yang ketar-ketir. Macam-macam.
Waktu itu dalam pukul 3 malam. Seorang koresponden meliputkan di tengah jalan. Sedang-sedang membuat liputan, sedang-sedang ditemuramah dari studio, sedang-sedang bercakap, tiba-tiba terdengar bunyi helikopter.
[Dapatkan buku ABQORI untuk membaca kesudahan tulisan ini. Anda boleh menempahnya menggunakan borang online ini. Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.]

“Sebagaimana yang kita dapat dengar sekarang, itu adalah bunyi helikopter milik tentera Israel.”Kamera pun beralih arah. Menghadap ke langit. Gelap. Tak apa pun kelihatan.
“Sebagaimana yang saya lihat, helikopter itu berada di atas kita sekarang dan kerana itu bunyinya terasa amat dekat walaupun ia tidak dapat dilihat dengan jelas melalui kamera.”Pemberita yang di studio pun mengatakan,
“Sayyid Wail, apa tidak ada baiknya jika kalian berdua -koresponden dan jurukamera- beralih tempat. Tempat yang kalian berdua berada sekarang agak terbuka dan eloklah pergi ke tempat yang lebih tertutup.”Namun si koreponden tetap di situ dan tidak berganjak sambil terus meliputkan dengan suara yang terputus-putus.
“Oh, nampaknya helikopter telah melepasi kita dan terus menuju ke arah utara. Mereka sedang mencari pejuang-pejuang Hamas sebagaimana yang mereka dakwa bahawa mereka hanya memburu pejuang-pejuang berkenaan.”Tiba-tiba terdengar bunyi tembakan.
“Nampaknya helikopter Israel telah mula melepaskan di sebelah utara sana. Enam tembakan. Sembilan.”Dan tembakan itu berterusan dilepaskan. Namun bunyi helikopter terasa makin lama makin dekat, ..............
[Dapatkan buku ABQORI untuk membaca kesudahan tulisan ini. Anda boleh menempahnya menggunakan borang online ini. Pembelian, pembacaan, dan penyebaran anda, sangat saya hargai dan saya menganggapnya sebagai sokongan, dorongan dan dokongan anda kepada saya untuk terus lebih berkarya lagi.]
Labels: Al-Jazeera, Isu Semasa, Perang, Port Said