I Am A Winter Bug
(Recording -using an mp3-)Journal entry no 1.
I woke up this morning and I felt more powerful than ever. Full or energy. So marvelous. It’s like that I can fly. It’s like that I can move things just by looking at it.
Where from is this feeling comes? Why it comes in this middle of the winter? Why not before?
And why should I care about it? I’m different right now. Special. Isn’t that absolutely fantastic? Ah, what is this feeling! I can’t really describe it. It is so amazing.
Saya sukakan musim sejuk. Winter. Musim untuk saya duduk bersuka-suka. Kerana cuacanya yang mendamaikan. Berpakaian tebal-tebal. Dengan mafla-mafla membalut leher yang menawan. Terasa seperti di Eropah. Walaupun sebenarnya saya hanya duduk bersempadan.
Namun sukanya saya pada winter tidak sama seperti cintanya Saidina Umar terhadap winter. Beliau R.A sukakan winter kerana malamnya yang panjang dan itu bagaikan satu semangat untuknya terus berdiri sepanjang malam. Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah lebam ketiduran disebabkan hari masih belum-belum siang. Lemahnya iman.
Orang Inggeris suka sebut tentang cuaca. Tak percaya. Tengok karya Sonnet 18 milik Shakespeare.
Bukankah dulu saya selalu sebut tentang summer, kali ini biarkan saya sibuk pula tentang winter.
Tapi bukan semua orang sukakan winter. Kerana winter mengubah mereka, mentransformasi mereka, menukarkan mereka kepada pepijat, bahkan membunuh mereka. Sejuk. Beku. Kejang. Itu kalimah-kalimah yang biasa saya dengar ketika winter.
Cuma yang jadi pelik, katanya dia telah bertranformasi menjadi manusia semula. Kerana sebelum ini dia telah menjadi pepijat winter. Winter bug. Namun, saya pedulikan saja katanya. Hinggalah kini saya pula yang mengalaminya. Proses transformasi itu sedang melanda saya.
Saya dapat rasakan kadar imunisasi badan saya mula menurun. Saya cepat jadi lemah. Terutama di waktu malam. Bila bangun pagi, saya sering sakit kepala. Tiap-tiap hari. Juga loya-loya di kebanyakan waktu (hey, saya lelakilah. Lelaki mana mengandung. Janganlah tanya dah berapa bulan pula!). Cuma setakat ini saya belum lagi muntah yang serius.
Cuma yang pelik, hal ini belum pernah terjadi pada winters sebelum ini. Adakah saya telah dijangkiti? Oleh virus yang pernah menjangkiti sahabat baik saya di UK tadi. Tapi, bolehkah ia berjangkit melalui YM yang saya gunakan setiap hari?
Ketika ke Sinai.
Waktu itu saya dibaluti tiga helai baju sejuk yang tebal dan sleeping bed yang amat-amat mahal.[1] Namun kesejukan dahsyat itu tidak mengubah saya menjadi winter bug. Bahkan saya tetap terus dipilih oleh Tuhan untuk dapat sampai ke puncak.[2]
Saya juga pernah merasa berjalan di tengah-tengah malam, di tengah-tengah musim sejuk, dan di tengah-tengah kabut tebal yang menutupi seluruh pandangan sehingga tangan sendiri pun kabur-kabur untuk dilihat.[3] Tapi waktu itu saya tetap boleh juga bertahan. Tapi kenapa untuk winter yang baru perlahan-lahan menyejukkan ini, telah membuatkan saya kekalahan. Bahkan mahu menukarkan saya kepada winter bug. Oh, mungkin saya tidak ambil berat tentang kesihatan. Saya masih bersiram lama-lama walaupun ada orang Malaysia di sini yang tak mandi berminggu-minggu kerana fobia dengan kesejukan. Adakah benar saya masih sedemikian? Dan dapatkah tranformasi ini dihentikan?
Udahlah beraya berseorangan. Tanpa keluarga. Jangan!
Namun, andai saya sembuh, saya tahu ada orang lain yang akan menjadi mangsa korban. Kerana ia berjangkit. Bertukar orang. Mencari hos yang berlainan. Mencari perumah untuk ia meneruskan kehidupan. Kerana ia hidup berpindah randah.
Mungkin anda yang seterusnya.
Percayalah. Sebagaimana ia boleh dibawa masuk ke Mesir dari UK, ia juga boleh dibawa masuk ke Malaysia dari Mesir. Sebagaimana ia boleh berjangkit melalui YM, maka ia juga boleh berjangkit melalui blog yang dibaca di hadapan. Saya tidak tahu siapa pula yang akan jadi pilihan. Namun jika ia hilang dari saya, maka pagi esok dapatlah saya beraya sakan. Dan minta maaflah jika anda yang terkena jangkitan. Tapi doakanlah saya terlebih dahulu, agar saya boleh bangun berjalan. Dan ketahuilah, winter bugs memang melebamkan!
---------
NOTA KAKI:
[1]^Untuk dapatkan kualiti ketebalan yang tinggi, kenalah beli yang mahal.
[2]^Meskipun dipimpin oleh housemate untuk sampai ke atas.
[3]^Fenomena ini pernah berlaku sekali saja selama 4 kali saya merasakan winter di Egypt.
Namun sukanya saya pada winter tidak sama seperti cintanya Saidina Umar terhadap winter. Beliau R.A sukakan winter kerana malamnya yang panjang dan itu bagaikan satu semangat untuknya terus berdiri sepanjang malam. Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah lebam ketiduran disebabkan hari masih belum-belum siang. Lemahnya iman.
Orang Inggeris suka sebut tentang cuaca. Tak percaya. Tengok karya Sonnet 18 milik Shakespeare.
“When two Englishmen meet, their first talk is of the weather.”Dan kerana Shakespeare orang Inggeris, sajak terkenalnya pun ada kaitan dengan cuaca. Tapi saya pula, yang bukan orang Inggeris, kenapa suka juga sebut tentang cuaca? Makanya, itu bermakna, cuaca juga banyak mempengaruhi hidup saya.
Bukankah dulu saya selalu sebut tentang summer, kali ini biarkan saya sibuk pula tentang winter.
Tapi bukan semua orang sukakan winter. Kerana winter mengubah mereka, mentransformasi mereka, menukarkan mereka kepada pepijat, bahkan membunuh mereka. Sejuk. Beku. Kejang. Itu kalimah-kalimah yang biasa saya dengar ketika winter.
(Recording-using an mp3-)Saya dapat berita bahawa sahabat baik saya di UK seminggu tidak bangun kerana winter menderanya. Loya-loya. Muntah-muntah di tengah malam, tidak keluar bilik dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya. Kasihan dia. Namun kini, dia telah sihat semula dan telah kembali aktif untuk online di sini sana. Hinggalah pada suatu hari, selepas sesi sakitnya, kami kembali bertegur sapa.
Journal entry no 2.
Something has just happened to me.
(coughs)
The feeling that I felt yesterday has gone away. And now an headache is torturing my head. It’s not just a simple headache.
(coughings)
Full of pain.
It’s like that it tries to stop me from thinking, about anything.
Argh, it’s coming again! And the freezing cold wheather outside is adding more insult to this injuries.
(groans)
I best should just lay and rest.
Cuma yang jadi pelik, katanya dia telah bertranformasi menjadi manusia semula. Kerana sebelum ini dia telah menjadi pepijat winter. Winter bug. Namun, saya pedulikan saja katanya. Hinggalah kini saya pula yang mengalaminya. Proses transformasi itu sedang melanda saya.
Saya dapat rasakan kadar imunisasi badan saya mula menurun. Saya cepat jadi lemah. Terutama di waktu malam. Bila bangun pagi, saya sering sakit kepala. Tiap-tiap hari. Juga loya-loya di kebanyakan waktu (hey, saya lelakilah. Lelaki mana mengandung. Janganlah tanya dah berapa bulan pula!). Cuma setakat ini saya belum lagi muntah yang serius.
Cuma yang pelik, hal ini belum pernah terjadi pada winters sebelum ini. Adakah saya telah dijangkiti? Oleh virus yang pernah menjangkiti sahabat baik saya di UK tadi. Tapi, bolehkah ia berjangkit melalui YM yang saya gunakan setiap hari?
(Recording -using an mp3-)Sebenarnya kesejukan winter kali ini masih sangat biasa bagi saya. Kerana ini kali ke empat saya merasainya. Bahkan saya pernah merasakan yang lebih sejuk daripadanya.
Journal entry no 3.
What’s happening to me? I am transforming into something.
(breathing hard)
For a week I have been lying on this bed. I feel so weak. Even to move my tounge to record this, I barely can do it.
(breathing hard)
Are the rumors true? About someone is turning into a winter bug. Am I what they meant?
(vomiting)
Weks! Uweks!
I’ve been vomiting countless for today. But, this vomit, this time, it’s different.
(cough)
I am transforming into something. And I fear… I fear what I’m becoming.
Ketika ke Sinai.
Waktu itu saya dibaluti tiga helai baju sejuk yang tebal dan sleeping bed yang amat-amat mahal.[1] Namun kesejukan dahsyat itu tidak mengubah saya menjadi winter bug. Bahkan saya tetap terus dipilih oleh Tuhan untuk dapat sampai ke puncak.[2]

(Recording -using an mp3-)Kerana itu langkah segera perlu diambil agar saya tidak terus menjadi ulat. Ubat-ubat perlu saya telan. Komputer dan laptop bahkan handphone perlu saya jauhkan (bahan-bahan elektronik ini boleh melemahkan daya tahan badan). Agar saya dapat pulih untuk beraya pada hari keesokan. Saya tak mahu ketika takbir raya dilaungkan, saya di rumah masih kegeringan. Tidak! Itu adalah perkara paling terakhir saya mahukan selagi masih di perantauan.
Journal entry no 4.
I’m fully transformed right know. Into a winter bug. Into a monster.
(knocks on the door)
My friends keep knocking on my door. For more than a week they didn’t see me. And now they wanted to see me. But how can I face them? Can they still accept me after knowing that I have turned into this.
I wanted to scream in order for them to just go away. But my voice, it’s no longer the same voice. I’ve changed.
(breathing hard)
Can I still be helped? Am I going to be like this forever? Questions that left unanswered.
Udahlah beraya berseorangan. Tanpa keluarga. Jangan!
Namun, andai saya sembuh, saya tahu ada orang lain yang akan menjadi mangsa korban. Kerana ia berjangkit. Bertukar orang. Mencari hos yang berlainan. Mencari perumah untuk ia meneruskan kehidupan. Kerana ia hidup berpindah randah.
Mungkin anda yang seterusnya.
Percayalah. Sebagaimana ia boleh dibawa masuk ke Mesir dari UK, ia juga boleh dibawa masuk ke Malaysia dari Mesir. Sebagaimana ia boleh berjangkit melalui YM, maka ia juga boleh berjangkit melalui blog yang dibaca di hadapan. Saya tidak tahu siapa pula yang akan jadi pilihan. Namun jika ia hilang dari saya, maka pagi esok dapatlah saya beraya sakan. Dan minta maaflah jika anda yang terkena jangkitan. Tapi doakanlah saya terlebih dahulu, agar saya boleh bangun berjalan. Dan ketahuilah, winter bugs memang melebamkan!
(Recording -using an mp3-)Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir Dan Batin.
Journal entry no 5.
It’s a miracle. Complete remission. All effects of the winter have dissappeared. I’m no longer a winter bug. I’m back to normal. The virus, the infection, have gone away. Without any adverse reaction.
It’s unbelievable.
This virus that once had haunted me, has gone away. It’s has left me, and now, after me, maybe, you are the one who it afters?
So be careful of the winter!
---------
NOTA KAKI:
[1]^Untuk dapatkan kualiti ketebalan yang tinggi, kenalah beli yang mahal.
[2]^Meskipun dipimpin oleh housemate untuk sampai ke atas.
[3]^Fenomena ini pernah berlaku sekali saja selama 4 kali saya merasakan winter di Egypt.
Labels: Dumyat, Manja, Musim Sejuk, Sinai