<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=8782060929818629481&amp;blogName=ABQORI&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http://abqori.blogspot.com/search&amp;blogLocale=en&amp;v=1&amp;homepageUrl=http://abqori.blogspot.com/&amp;vt=5937407827965732325" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

ABQORI

TULISAN-TULISAN SAYA HANYALAH SEKADAR UNTUK DIJADIKAN PENAIK SEMANGAT BAGI DIRI.

 

Jawapannya : Salah Israel

Ketika dalam perjalanan pulang dari Jordan tahun lepas, saya bertemu dengan seorang Kurdis di atas kapal. Beliau juga dalam perjalanan ke Mesir. Namun saya tidak lama berbicara dengannya dan selebihnya diserahkan kepada seorang kawan saya sehingga mereka berdua berborak sampai tak ingat dunia. Hampir sampai di Mesir, sahabat saya itu menceritakan apa yang berjaya dikoreknya dari orang Kurdis itu tadi. Mendengarnya membuatkan saya menyesal kerana tidak ikut bersembang lama-lama.

Rakan saya itu dapat mengikuti rintihan dan penderitaan yang dihadapi bangsa Kurdis. Sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan. Tanah mereka dibahagi-bahagikan kepada beberapa kerajaan. Sebahagian kepada Turki. Sebahagian kepada Iran, kepada Iraq, dan selebihnya Syria. Jadilah mereka ini bangsa yang bagaikan tidak bertanah dan tidak punya kerajaan sendiri. Semuanya kesan daripada penjajahan. Kerana itulah apabila Amerika menyerang Iraq, dikatakan bahawa bangsa ini turut membantu negara itu ditawan pihak lawan. Faktornya, mereka mahukan kawasan autoriti tersendiri untuk membina sebuah kerajaan bangsa.

Mungkin sebab utama penjajah memecahkan mereka dan memastikan bangsa ini hidup derita adalah kerana mereka ini lahirnya dari sulbi panglima yang agung. Sallehuddin Al-Ayyubi. Panglima yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib suatu ketika dulu. Baru sebentar tadi saya menonton di Al-Jazeera tentang tunjuk perasaan di Turki yang digerakkan oleh bangsa ini. Yang mengasyikkan, mereka semua menjerit-jerit dengan bahasa asli mereka sendiri dan bukan dengan bahasa Turki, bahasa negara yang mereka duduki. Melihat situasi ini, saya jadi terbayang sesuatu. Iaitu jika ada protes berlaku dijalanan Thailand dan ianya dikelolakan oleh orang-orang Pattani adakah mereka akan protes dan menjerit dengan bahasa Siam? Atau adakah mereka akan menggunakan lahjah jawi, bahasa ibunda sendiri? Sebagaimana yang dilakukan oleh Kurdis Turki. Nampaknya hal ini kenalah tunggu bila penduduk Selatan Thai ini berdemonstrasi nanti.

Tunjuk perasaan sedang berlangsung di seluruh dunia sekarang, tapi saya tak dengar lagi ianya turut berlangsung di Pattani. Bahkan demonstrasi di Malaysia -ketika menulis entri ini- belum lagi keluar beritanya di TV, melainkan di Jakarta sahaja kelmarin. Di Mesir, ianya masih berterusan sehingga ke hari ini. Tetap mengharap agar Ma3bar Rafah dibuka.

Namun Husni Mubarak telah mengatakan tadi bahawa Ma3bar Rafah tidak akan selamanya dibuka. Katanya jika beliau mengisytiharkan pembukaannya, hal ini membawa lebih banyak bencana kerana ianya melanggar sebuah persepakatan yang termeterai pada tahun 2005. Entah betul entah tidak. Kata-katanya itu berat untuk saya percaya.

Tunjuk perasaan turut dilakukan di Amerika, bahkan di sana, Yahudi Ortodok turut menyertainya. Pelik juga pada mulanya. Namun Yahudi Ortodok memang tidak pernah sepakat dengan Zionis. Bahkan di dalam ucapan mereka tadi ada kenyataan bahawa Zionis adalah pemula angkara, bukan Islam dan bukan semangat keyahudian. Zionisma adalah pemula segalanya sejak dari dahulu lagi.

Hal ini buatkan saya mula menafikan segala yang sebelum ini terlintas di hati saya tentang siapa yang patut dipersalahkan apabila Israel mula menyerang Genting Gaza, Palestin. Setelah diteliti dan dikaji dengan penuh berhati-hati, akhirnya terbukti bahawa Israel yang mencanangkan rencana ini. Namun dengan kemahiran belit-membelit yang mereka miliki, mereka hampir-hampir berjaya menuduh Hamas yang memulai.

Mari kita lihat kronologi awal sebelum perang kali ini.
>> 22/01/08, Siaran langsung Al-Jazeerah di sempadan Rafah(Gaza-Mesir) dan Erez (Beit Hanoun-Israel) menunjukkan betapa krisis kemanusiaan memberi kesengsaraan terhadap penduduk Gaza.

>> 23/01/08, PBB mengakhiri perjumpaan tergempar membincangkan keadaan Gaza tanpa ada kesepakatan.

>> 24/04/08, Perunding Eropah menggesa Israel membekalkan semula bahan bakar ke Semenanjung Gaza.

>> 11/05/08, Bekalan elektrik di Gaza terputus setelah stesen janakuasa elektrik utamanya dihentikan operasinya ekoran kehabisan bekalan bahan bakar.

>> 30/05/08, Penduduk Palestin di Gaza mengadakan tunjuk perasaan secara aman di sempadan Sufa(Gaza-Israel). Tujuan tunjuk perasaan itu adalah menuntut dibebaskan kawalan dan kepungan(siege) ke atas Gaza. Tentera Israel juga bertindak melepaskan tembakan yang mengakibatkan beberapa penunjuk perasaan parah.

>> 19/06/08, Gencatan senjata antara HAMAS dan Israel. Antara syarat persepakatan tersebut adalah:
1) kedua belah tidak boleh serang antara satu sama lain selama 6 bulan.
2) Israel perlu bekalkan Gaza dengan bahan bakar dan beberapa keperluan penduduk Gaza. Juga, pihak Israel mesti membuka pintu sempadan(perlintasan) Israel-Gaza.

>> 23/08/2008, 2 buah kapal aktivis keamanan dunia sampai ke pelabuhan Gaza.

Keadaan agak tenang beberapa selepas persepakatan tersebut.

>> 19/10/08, Rentetan sekatan Gaza yang dikenakan Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza telah menyebabkan 80% daripada jumlah penduduk berada di bawah paras kemiskinan.

Penduduk Israel menghalang trak-trak pengangkut yang membawa kargo barangan ke Semenanjung Gaza melalui sempadan(perlintasan) Kerem Shalom, timur Gaza.

>> 04/11/08, Israel serang beberapa kawasan di Gaza. Serangan Israel disifatkan melanggar persepakatan "gencatan senjata" menyebabkan 6 penduduk Gaza terbunuh dan beberapa lagi cedera.

>> 05/11/08, pejuang-pejuang Palestin membalas serangan Israel yang mengakibatkan Israel terus menutup sempadan dan menghentikan bekalan bahan bakar dan seumpamanya ke Semenanjung Gaza.

Penduduk Gaza hidup dalam kegelapan, malah bekalan air turut disekat.

>> 20/11/08, Kanak-kanak palestin mengadakan tunjuk perasaan yang bertujuan menyeru masyarakat antarabangsa dan penduduk dunia membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Tunjuk perasaan tersebut adalah sempena hari kanak-kanak sedunia.
>> 22/11/08, Wakil UNRWA melalui berita al-jazeerah memohon mana-mana bantuan bagi menyelamatkan Gaza dari sekatan ini. PBB juga mendesak Israel mengakhiri tempoh penutupan pintu sempadan Israel-Gaza.

Kesengsaraan penduduk Palestin Gaza mendapat simpati dari dua buah kem pelarian Palestin di Kem Pelarian al-Wehdat, Jordan dan Kem Pelarian Yarmouk, Syria yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran.

>> 24/11/08, Jordan menghantar 16 trak pengangkut ke Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan.

>> 26/11/08, Pertemuan tergempar menteri-menteri luar arab di Kaherah. Antara fokus perbincangan adalah 'sekatan Gaza'.

>> 28/11/08, Israel membenarkan bekalan makanan, bahan bakar dan seumpamanya dibawa masuk ke Gaza rabu lalu tetapi terlalu sedikit dan tidak mengubah keadaan mengikut sumber Palestin.

Terbukti Israel dalang kepada perang yang berlangsung ini. Nasib baik saya masih terus mengkaji. Patutlah ketika Livni ditemuramah Al-Jazeera semalam, dia dihujani dengan soalan-soalan berunsur provokasi bertubi-tubi. Cuma entah kenapa dia begitu pandai mengelak sehingga soalan yang ditanya berjaya dijawab tanpa emosi. Mungkin agaknya itu sifat Yahudi, pandai mengelak dari terbawa-bawa emosi.

Saya pernah sampai ke sempadan Israel Mesir sebanyak lima kali. Kali pertama, saya merasa amat jakun kerana dapat bertemu langsung dengan orang-orang Yahudi. Pelik saya melihat ketayap kecil yang boleh melekat teguh di kepala mereka. Akhirnya, kerana merasakan ini mungkin kali pertama dan kali terakhir dapat bertemu mereka secara dekat, saya nekad untuk menegur mereka. Setelah mengumpulkan sepenuh kekuatan dan mengajak seorang kawan, saya menuju ke arah sekumpulan dari mereka dan memulakan bicara.

Mulanya dengan Bahasa Inggeris dan akhirnya bertukar menjadi bahasa Arab selepas salah seorang dari mereka menceritakan dia pandai lapan bahasa termasuk Arab. Ayat terakhir yang saya tanyakan pada dia adalah,
“So, you are jews?”
Dia pun menjawab,
“Na3am, ana Yahudi wa anta Muslim.”
Kemudian dia gelak suka. Mendengar tawanya itu, emosi saya terus berubah menjadi benci. Bahkan, sehingga sekarang saya masih bisa terbayang-bayang tawanya yang penuh penghinaan itu. Mujur ketika itu, saya masih belum tahu bahawa masyarakat Yahudi telah diajar untuk membenci Islam dan orang-orangnya sejak dari tadika lagi. Kalaulah saya sudah tahu, pasti dengan hanya mendengar tawanya itu, saya telah meludah ke mana-mana menunjukkan kebencian. Faham sajalah, Abqori ini kan orangnya kuat emosi.

Si Yahudi itu pula nampak amat bersahaja. Langsung tak terbawa-bawa oleh perasaan.

Jelas mereka terlatih mengawal emosi.

Samalah seperti Livni ketika temuramah tempoh hari. Sedikit pun tidak emosi. Ketika dia ditanya dengan soalan ini,

“Saudari katakan perang ini hanya ditujukan kepada Hamas dan pemimpin-pemimpin mereka? Tetapi kenapa masih kedapatan orang awam dan juga yang terbunuh? Bagaimanakah hal ini boleh terjadi?”
Dia dengan selambanya menjawab

“Memang perang ini hanya ditumpukan kepada pemimpin-pemimpin Hamas. Sebab itulah sebelum serangan dimulakan kami telah memberi pesanan kepada seluruh penduduk-penduduk Gaza agar melarikan diri dari tempat-tempat yang ada kaitan dengan Gerakan Hamas. Seperti pejabat dan rumah-rumah para pemimpin mereka.”
Apabila ditanya soalan ini,
“Saudari Livni, anda sudah tahu bahawa penduduk-penduduk Gaza ini sedang terkurung kerana pintu lintasan mereka ke Mesir semuanya ditutup. Kemudian anda masih lagi menyuruh mereka menyembunyikan diri. Tidakkah ini sesuatu yang bagaikan kurang logik sedangkan anda telah tahu mereka ini terkurung?”
Dia menjawab begini,
“Kami sudah katakan agar mereka menjauhkan diri dari tempat-tempat yang berkaitan dengan pemimpin Hamas dan gerakan mereka. Mereka yang terkena tembakan ini adalah kerana mereka masih lagi berada di kawasan demikian. Kami hanya menujukan serangan kepada orang-orang Hamas kerana Hamas adalah punca kesemuanya.”
Bahkan dia siap cakap lagi bahawa dia tidak mengiktiraf kerajaan Hamas walaupun wartawan itu telah mengatakan kedudukan Hamas sebagai sebuah kerajaan yang dipilih dengan jalan demokrasi secara sah.

Cuma apa yang saya nampak ialah dia tidak sedikit pun emosi. Pandai sekali. Walhal dalam rancangan debat di negara Arab, kadang-kadang dapat dilihat ada antara panel bertumbuk di tengah-tengah perdebatan. Sedangkan apa yang dibahaskan kadang-kadang hanyalah soal pemikiran dan bukan soal peperangan. Nampaknya kaedah ini perlu dipelajari orang seperti saya agar tidak mudah terbawa-bawa oleh perasaan. Bukan itu sahaja. Bahkan kemahiran berbahasa Arab boleh juga dipelajari dari orang-orang Yahudi.

Percaya atau tidak, setakat ini antara Bahasa Arab paling indah yang keluar dari mulut orang Ajam yang pernah saya dengari, adalah yang dikuasai oleh orang-orang Yahudi. Setakat ini juga, sudah dua kali saya mendengar orang yang bercakap Arab untuk satu tempoh yang panjang dengan fasih sekali dan di akhirnya saya ketahuan bahawa orang yang bercakap adalah Yahudi. Bahkan ustaz-ustaz lama pun belum pernah saya jumpai sefasih demikian.

Yang pasti, perang masih berterusan dan syukur kerana Hamas telah mula membalas dengan serius. Kalaulah pengistiharan Hamas itu dapat dibaca di dalam Bahasa Melayu, pasti banyak sekali orang Melayu yang tersentuh hati menitiskan air mata. Teruskanlah wahai para mujahidin. Ianya memang hak kalian untuk mempertahankan. Kami di seluruh dunia akan sentiasa mendoakan pertolongan Tuhan sentiasa bersama kalian. Agar Ma3bar Rafah dibuka dan penderitaan kalian tamat dengan segeranya.

Ayuhai, mulalah terasa bersemangat pula untuk pergi ke sebelah sana. Tambahan lagi, kedudukannya sudah amat dekat. Kalaulah sempadan Mesir-Israel boleh saya jejaki sebanyak lima kali, inikan pula Rafah yang lebih dekat. Pastilah boleh.

Nampaknya saya perlu mula menanam azam untuk sekurang-kurangnya dapat sampai ke Rafah sebelum tamat belajar di sini. Ingin jua melihat suasana di Ma3bar. Bahkan, mana tahu kalau-kalau apabila saya sampai di sana, pengawal sempadan akan tersalah anggap saya sebagai seorang koresponden atau journalis kerana kulit saya yang cerah-cerah asiawi. Dapatlah saya melintas masuk ke Gaza. Kemudian bolehlah saya meninjau-nijau kawasan, merakam suasana orang tempatan dan melihat dengan mata kepala sendiri mereka yang mengalami penderitaan. Barulah saya lebih faham dan lagi banyaklah yang dapat saya ceritakan.

Siapa mahu ikut?

Nanti! Jangan terlampau awal meperlekehkan ajakan saya ini.

Sementelah, saya sudah lama memikirkan hal ini. Bahkan saya ada senior yang pernah masuk ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis. Siapa kata mereka yang telah masuk ke Israel akan sukar untuk masuk semula ke Malaysia kerana akan dicop sebagai perisik. Senior saya itu mungkin sekarang sedang hidup selasa setelah mendapat kerja yang secocok dengan sijilnya. Tambahan lagi saya ada buku yang menceritakan tentang perjalanan seorang rakyat Malaysia yang pernah masuk ke Israel dari Mesir. Meskipun melalui ceritanya, beliau perlu berdiri berjam-jam di sempadan dengan cahaya matahari yang melengit, saya tak rasa itu akan jadi sebesar-besar cabaran. Lagipun, cuba bayangkan apa yang akan diperolehi jika berjaya ke sana.

Dapat melawat masjid suci tu!

Bahkan tempat Nabi memulakan Mikraj pun bisa dilawati. Siapa yang mahu terlepas. Nampaknya kena serius berazamlah selepas ini.

Tapi, takkan nak pergi seorang saja? Tak ada orang nak ikut ke?

Sedikit kredit untuk minipavilion.

Labels: , , , , ,

Dimasukkan Oleh : Abqori Bro
Tarikh : Wednesday, December 31, 2008
Jam 7:12 PM
Komen :




    >>Sertai saya di Twitter<<
     
     

    Israel Membantai Hamas. Salah Siapa?

    Entri ini tidak hanya tamat di sini dan ia berkesinambungan. Jika anda mahu membacanya, maka anda diwajibkan juga membaca entri ini selepasnya agar tidak kontroversi.
    Sejak saya berlegar-legar di sekitar tanah Arab ini, saya sudah melihat beberapa kali pergolakan yang bersifat peperangan. Yang paling menggerunkan adalah ketika perang antara Israel dan Lubnan sepanjang bulan Julai 2006. Ketika itu saya di Jordan dan akan pulang ke Mesir. Setelah tiket kapal laut untuk masuk ke Mesir ditetapkan tarikh pembeliannya, sebuah kapal laut di perlabuhan tempat saya bakal berlepas meletup kerana dibom. Ketar-ketir saya memikirkan. Risau saya dibuatnya. Namun mujur, perjalanan saya tetap dilindungi Tuhan kerana tidak ada apa-apa berlaku di hari keberangkatan. Alhamdulillah.

    Kali kedua pula adalah ketika peperangan yang saya sifatkan sebagai peperangan paling bodoh merugikankan dalam sejarah Palestin. Ketika itu, Hamas dan Fatah saling bertembak-tembakan dan kesatuan mereka berada pada klimaks keretakan. Dan perang ini membuatkan saya berhabisan banyak duit dan keletihan kerana terpaksa berulang kali ke kedai untuk mendapatkan surat khabar semata-mata mahu mengikuti berita perang yang sia-sia demikian.

    Dan kini, ianya adalah kali ketiga apabila Israel mula menyerang semenanjung Gaza beberapa hari lepas. Ketika hari pertama serangan, saya sedang sibuk membeli-belah melihat dunia sambil menaiki feri melintasi Terusan Suez di Bort Said dan Bort Fuad. Boleh jadi ketika itu saya dan kawan-kawan yang turut bersama adalah rakyat Malaysia di Mesir yang paling hampir dari segi kedudukan dengan tempat peperangan. Ini kerana Bort Said adalah antara provinsi terdekat dengan sempadan antara Mesir dan Israel.

    Sepanjang hari itu, saya merasa amat pelik melihat setiap televisyen di setiap kedai yang saya lalui, semuanya dipasang dengan saluran Al-Jazeera. Hampir semua kedai berbuat demikian melainkan sebuah yang memasang saluran sukan di samping pemilik kedai berkenaan sedang tekun menonton perlawanan bola yang ditayangkan. Situasi demikian memang mengganggu proses-beli-belah-sambil-melihat-dunia-saya ketika itu. Ini kerana masa itu saya masih belum tahu bahawa Palestin telah diserang. Sebab itulah, apabila telinga saya menangkap kata-kata seseorang di saluran Al-Jazeera yang memohon maaf tentang kematian rakyat-rakyat Palestin dan kerana melibatkan rakyat-rakyat negara itu secara langsung, saya ternganga tak tahu apa-apa. Akhirnya atas rasa enkuiri yang meluap-luap, saya bertanya kepada pemilik sebuah kedai dan beliaulah yang membuatkan saya faham situasi yang tak disangka-sangka itu. Dari perbualan saya dengannya -namanya Tamir-, saya memahami banyak perkara yang lainnya.

    Beberapa hari sebelum peperangan saya sudah merasakan akan berlaku kegemparan. Ketika itu, di Al-jazeera ada meliputkan mengenai rungutan Israel terhadap serangan peluru berpandu yang dilepaskan oleh pejuang-pejuang Palestin dari belah Hamas yang telah berlanjutan hampir seminggu. Israel yang marah telah menghantar Livni ke Mesir agar Mesir memujuk Hamas menghentikan serangan demikian. Livni nampak sangat berang dalam ucapannya. Tetapi hal yang lebih menambahkan kecutan dalam hati saya adalah ancaman dari Ehud Olmert, Perdana Menteri mereka. Kata Ehud,

    "I can tell you, we have the power, we have enourmous power. We can do things which will be devastating. Stop it, we are stronger! There will be more blood there. Who wants it? We don't want it!"
    Sebab itulah apabila Tamir mengatakan Israel baru menyerang Palestin serta ramai yang telah terbunuh dan itulah penyebab kepada terpasangnya saluran Al-Jazeera di semua kedai, saya dengan tidak teragak-agak terus bertanya,

    “Serasa tuan, salah siapakah ini semua?”
    Beliau juga dengan tidak teragak-agak mengatakan bahawa ini semua salah orang-orang Hamas dan Fatah belaka. Jawapan yang sama dengan apa yang ada di dalam hati saya. Sungguh saya tidak sangka jawapan Tamir sama dengan firasat saya.

    Saya faham apa yang dirasakan oleh rakyat Palestin dan perlepasan peluru berpandu yang dituju kepada rakyat Israel adalah kerana rasa tidak puas hati mereka atas segala kekejaman Israel. Namun bagi saya, setelah mendengar dan menonton amaran dari Ehud Olmert yang menyeramkan itu, eloklah untuk Hamas berhenti sementara. Menghentikan tembakan peluru berpandu mereka. Semuanya tahu jika Israel memulakan serangan, maka serangan itu pasti akan jadi trauma untuk sebahagian besar rakyatnya, juga kematian pasti akan berganda-ganda. Namun Hamas tetap degil dan lihatlah akibat kedegilan mereka.

    Saya bukan Pro-Israel, namun kerana tidak ada kesatuan dalam saf muslimin seluruh dunia, maka saya rasa menghentikan perlepasan peluru berpandu itu adalah tindakan paling bijak. Ini kerana kita di dalam keadaan yang sangat lemah sedangkan Israel pula tidak ternafi lengkap persenjataannya. Dan kini, apabila Israel telah memulakan serangannya, barulah kita menyesal menghantuk kepala dan tak tahu lagi apa untuk dikata.

    Sejak dahulu lagi, jika ada berlaku peperangan di Palestin, maka Mesir pasti akan diminta bantuannya. Ingat lagi tidak ketika Palestin tenggelam dalam kegelapan awal tahun ini, siapakah yang dipujuk rayu diminta pertolongannya? Mesir juga!

    Ayuhai, dahulu bolehlah!

    Ingatlah! Mesir bukan lagi sebuah negara yang semudah itu untuk menghulurkan bantuannya.

    Pemikiran ini bukan sahaja ada pada pemimpin-pemimpin Mesir bahkan rakyatnya juga sudah berfikir sebegini juga. Tak percaya? Mari ikuti temubual saya dengan Tamir, si pemilik kedai tadi.

    “Rakyat Palestin ini memang sengaja memulakan krisis, kemudian meminta kami menolongnya. Sudahlah! Kami sudah jemu dengan perangai mereka. Sikit-sikit, mahu melibatkan kami. Mentang-mentanglah tentera kami paling hebat di seluruh dunia.[1] Huh, kami sudah bosan! Mereka yang memulakannya dan kami yang turut jadi mangsa. Sejak zaman Gamal Abdul Naseer, kami dilibatkan oleh mereka untuk berperang dengan Israel. Begitu juga ketika era Anwar Saddat. Tapi yang matinya siapa? Datuk-datuk kami juga. Cukuplah! Kali ini kami tidak akan tertipu lagi.”
    Kata-kata Tamir itu terhenti seketika dan mata kami tertumpu pada televisyen. Salah seorang pemimpin pembangkang bagi sebuah negara Arab sedang ditemuramah. Kemudian dia menyambung.

    “Tengok! Tengok! Cepat! Mereka sedang panas-panaskan kami. Mereka katakan kami juga bertanggungjawab. Mereka mahukan kami terlibat. Sudahlah! Kami sudah belajar dari kisah silam. Jika kami menolong mereka, yang ruginya kami juga. Sedangkan nanti andai kami diserang, bukan ada sesiapa pun yang akan menghulurkan bantuan. Kau mesti tahukan yang ketika Israel, Perancis dan Britain bersatu menyerang kami, tak ada langsung bantuan dari negara yang lainnya. Padahal, perang itu bermula disebabkan oleh orang Palestin. Mereka ini tak habis-habis membuat masalah.

    “Kau juga mesti tahu kan bahawa Bort Said juga pernah dibantai penjajah? Ketika itu mereka menyerang habis-habisan Gameel. Langsung tidak ada sebarang bantuan dari negara Arab atau Islam lainnya. Hanya kami yang orang-orang Bort Said yang mempertahankannya. Lihatlah kemusnahan yang teruk di sana -Gameel-. Namun, syukur kerana berkat dari Tuhan, kami berjaya dalam perang itu. Sebab itulah Bort Said ada hari kebangsaannya sendiri. Semalam. Kau tahu tak? Semuanya kerana mengingati peristiwa kemenangan ini. Kenapa kau tak datang?" -gelak-
    Mendengar kata-katanya itu, saya pun sengaja menimbulkan provokasi.

    “Oh, begitu! Tapi setahu saya, semasa perang Iraq, Mesir membenarkan kapal-kapal laut Amerika yang digunakan untuk perang melalui Terusan Suez. Betul ke ini semua? Tuan lihat tidak kapal-kapal Amerika itu? Kenapa Mesir tidak larang kapal-kapal tersebut dari melalui? Bukankah kalian mampu?”
    Jawab Tamir,

    “Memang ada kapal-kapal demikian yang melalui. Tapi kau perlu faham bahawa Terusan Suez ini adalah harta antarabangsa, bukan sepenuhnya milik kami. Ianya Al-Marru Al-3alami. Mesir tidak ada hak untuk melarang. Dahulu telah termeterai satu perjanjian tentang kebebasan alami untuk menggunakan terusan ini. Dan perjanjian itu dipersetujui oleh banyak negara seantero dunia. Jika Mesir melarang, maka kami telah cari fasal dengan negara-negara yang sama-sama membuat penjanjian. Silap-silap kami bisa diserang. Kau kena faham dahulu hal demikian. Tak silap saya, nama perjanjian itu Perjanjian Konstantinople, kalau tak salah lah.”
    Tamir telah memberikan maklumat yang berguna buat saya. Namun apa yang saya hairankan adalah dia lebih memilih untuk tidak menekan Mesir agar Mesir menghulurkan bantuan. Saya seolah-olah setuju dengan Tamir dalam beberapa perkara meskipun tidaklah sekufu penuh dengannya. Apa yang saya seakan-akan setuju adalah sebab bermulanya perang ini adalah kerana Hamas degil dan terus-terusan melepaskan tembakan. Namun pendapat Tamir ini bukanlah mewakili suara seluruh rakyat Mesir. Ini kerana semalam Mesir telah menyaksikan rakyat-rakyatnya keluar di jalan-jalan berarak membantah serangan Israel ini. Bahkan sekarang di seluruh dunia, tunjuk perasaan, muzoharah, protes, ihtijajat dan yang sama waktu dengannya telah berlangsung. Semuanya terbit atas rasa persaudaraan dan kasihan melihat saudara seagama mati dibunuh.

    Jika di Mesir dan negara-negara Arab yang lainnya, kebanyakannya mendesak agar Mesir membantu Palestin dalam hal ini. Yang utamanya adalah, agar Mesir membuka Ma3bar Rafah[2] bagi memudahkan penduduk Semenanjung Gaza masuk. Pintu masuk Rafah itu memang patut dibuka sekarang kerana penduduk Semenanjung Gaza selama ini bagaikan duduk di dalam penjara kerana penutupannya. Ditambah lagi sekarang ini, Israel sibuk membantai beberapa kawasan di Gaza, maka penjara itu bagaikan telah berubah menjadi neraka buat mereka.

    Di Lubnan, Hassan Nasrullah mengajak seluruh rakyat Mesir agar keluar membuat protes agar Mesir mengambil sebarang tindakan. Bahkan beliau turut memberi ancaman beserta semangat dengan mengatakan,

    “Wahai seluruh rakyat Mesir, jika kamu tidak keluar menunjuk membantah maka kamu semua bersekutu dengan Israel, juga bersekutu dengan Amerika di atas segala jenayah, pembunuhan dan segala kekejaman. Keluarlah kalian dengan jumlah kalian yang berjuta-juta itu di sepanjang jalan. Adakah mampu polis Mesir membunuh kalian yang membuat tunjuk perasaan itu sedangkan jumlah kalian berjuta-juta? Mereka tidak akan selamanya mampu.”
    Dalam ucapan beliau, beliau juga turut meminta agar dibuka semula Ma3bar Rafah agar rakyat Palestin yang terkurung dapat melarikan diri ke Mesir.

    Di Turki, di Mauritania, di Britain juga ada tunjuk perasaan tersendiri oleh rakyat-rakyatnya. Bahkan di kuliah saya sendiri turut ada.

    Ketika saya ke kuliah semalam, saya lihat ramai sekali mahasiswa-mahasiswa Mesir yang berdemonstrasi berdiri sambil memegang sepanduk serta menjerit ramai-ramai menunjukkan protes mereka. Mereka juga turut berjalan beramai-ramai mengelilingi kuliah. Lama sungguh saya memerhati perhimpunan ini sambil cuba memahami apa yang diucapkan. Berdasarkan statistik, saya rasa mahasiswa-mahasiwa Mesir kuliah saya yang membantah ini turut tergolong dalam sejumlah empat ratus ribu ramai Mesir yang menunjuk perasaan semalam.

    Namun wahai rakyat Mesir, maafkanlah saya kerana tidak menyertai anda semua dalam berdemonstrasi. Bukan kerana saya takut. Bahkan jika pelajar asing dibenarkan untuk berbuat demikian tanpa sebarang ancaman pun, saya tidak akan menyertainya.

    Maaflah. Bukan apa. Sebenarnya otak saya sudah dicuci sampai suci oleh Habib Umar[3] apabila beliau membuat komen tentang muzoharah depan Al-Azhar bulan lepas. Kata Habib Umar,

    “Apa guna kita berdemonstrasi menunjuk perasaan, sedangkan ketika waktu solat, masjid kita kosong tak ada orang memakmurkan?”
    Kalam beliau itu amat membuka minda saya.

    Bahkan jika dilihat pada realiti, hal ini memang berlaku di sekeliling kita. Orang ramai penuh sekali ketika demonstrasi tetapi ketika waktu solat di masjid-masjid safnya hanya sebaris dua. Hal ini pula apa cerita. Nampaknya orang Islam lebih minat menunjuk-nunjuk perasaan bencinya daripada menunjuk-nunjuk perasaan sayangnya kepada Yang Maha Pencipta. Eh, betulkah teori saya ini?

    Namun, walaupun terdetik di hati saya bahawa serangan ini berfaktor oleh kedegilan Hamas, saya tetap mengutuk serangan ini kerana ianya melibatkan orang yang tidak bersalah dari pelbagai golongan. Kanak-kanak juga turut terlibat. Paling menggeramkan, ada juga masjid yang jadi sasaran bidikan.

    Untuk kita yang tidak mampu untuk melakukan apa-apa dengan keadaan ini. Janganlah hanya berdiam diri. Ada sesuatu yang mampu kita lakukan iaitu berdoa untuk keselamatan rakyat-rakyat Palestin ini dan semoga Israel dengan segera menghentikan serangan. Buat mereka yang minat berdemonstrasi janganlah meninggalkan blog saya ini pula kerana kita tidak sama pendapat. Saya memuji semangat kalian yang berkobar-kobar itu. Cuma kalau boleh pindahkanlah semangat kalian itu ke arah tempat azan dilaungkan. Letakkan semangat itu pada sesuatu yang lebih aulawiyah. Namun jika anda pula jenis yang tidak suka berdemo, janganlah pula jadi seperti sebahagian rakyat Mesir di Terusan Suez yang saya jumpa pada malam hari pertama serangan. Tahu tidak apa yang orang-orang Mesir ini lakukan? Mereka sibuk bermain Tawlah dan Domino[4] sambil duduk mengeteh membuang masa. Ingin saja saya katakan kepada mereka, “Anak siapalah ini?” Namun memandangkan kebanyakan dari mereka adalah orang tua maka saya rasa yang paling elok saya katakan adalah, “Ayah siapalah ini?”

    Aduhai, ingatkan ketika cuti Tahun Baru Hijrah tahun ini dapatlah saya berehat dengan penuh ketenangan. Tapi pelbagai macam dugaan pula datang bertimpa-timpaan. Dari fitnah ke atas Adibah Ahmad di Malaysia hinggalah ke serangan ini. Minta-minta tahun depan tidak ada lagi berlaku hal-hal yang sedemikian.

    Al-fatihah buat semua yang terkorban.

    NOTA KAKI:
    ---------------------------------------------

    [1]^Orang Mesir memang minat mengaku bahawa tentera mereka adalah yang terhebat di dalam dunia. Ini kerana ada hadith Nabi meriwayatkannya.
    [2]^Ma3bar : Pintu Masuk. Rafah : Nama tempat. Sebahagian di dalam Mesir, sebahagian di dalam Semenanjung Gaza.
    [3]^Habib Umar ini bukanlah pengetua Darul Mustafa. Cuma beliau adalah antara orang alim yang rapat dengan segolongan rakyat Malaysia di Mesir. Juga keluaran Darul Mustafa dan merupakan anak kepada Habib Zin.
    [4]^Tawlah dan Domino umpama permainan Dam atau Daun Teruk yang dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia untuk membuang masa di kedai kopi.

    Labels: , , , ,

     
     

    Musalsal Imtihan #4 : Orang Parsi

    Dahulu Abqori pernah kata Abqori ini jahat orangnya. Dan Abqori telah sedar atas kesilapan itu dan berazam untuk tidak lagi melakukannya. Bahkan Abqori pernah kata bahawa tidak akan lagi melakukan kesilapan yang sama, tak kira pada siapa-siapa. Samada pada orang Malaysia, orang Mesir atau juga pada orang-orang Parsi.

    Namun Abqori amat risau jika azam Abqori itu hanya tingal azam yang tidak dapat dikecapi. Sehinggalah pada suatu hari, Abqori diketemukan dengan orang Parsi. Orang Parsi yang tiba-tiba saja datang dan duduk bersebelahan Abqori.

    Ceritanya begini.

    Abqori pulang ke Malaysia baru-baru ini. Antara tempat yang paling banyak Abqori berulang-alik dan pergi adalah ke Sri Petaling. Kerana itu, Abqori banyak kali menaiki LRT. Dan terminal LRT dalam kisah ini adalah di Jalil Hill.

    Abqori membeli tiket dan terus tekun duduk menunggu tren LRT sambil mengunyah Corntos yang harganya hanya 30sen.[1] Sedang Abqori menguyah, seketul Corntos jatuh ke lantai. Abqori mengutipnya lalu membersihkannya kerana setahu Abqori hal yang demikian pernah dipesan oleh Nabi. Tanpa disedari, Abqori diperhatikan oleh sepasang suami isteri. Sepasang suami isteri yang kemudiannya tanpa segan silu datang dan duduk bersebelahan dengan Abqori.

    Disapanya si suami akan Abqori dengan salam. Abqori menjawab dengan sebaik-baik salam. Abqori tahu ini akan jadi permulaan untuk sebuah kalam yang amat panjang. Ditanyanya akan Abqori kemana mahu pergi selepas memperkenalkan dirinya dan juga diri si isteri. Amat mengejutkan Abqori kerana mereka berdua adalah orang-orang Parsi.

    Katanya dia menetap di Kanada dan tujuannya ke Malaysia kerana si isteri akan melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di dalam negeri. Abqori amat teruja mendengar hal ini dan dengan tak semena-mena, kami akhirnya jadi berborak ke sana ke mari. Sehinggakan tak muat untuk Abqori kisahkan kesemuanya di sini.

    Ditanyanya di mana Abqori belajar. Jawab Abqori, Abqori belajar di Mesir. Katanya lagi, sudah pasti Abqori pandai berbahasa Arab. Abqori pun dengan pipi yang merah malu-malu menjawab, ya, memang Abqori reti. Bahkan Abqori siap beritahu kepada si orang Parsi lagi bahawa antara tujuan Abqori ke Jalil Hill adalah kerana menjadi penterjemah yang sebenarnya masih mubtada-i. Walhal sebenarnya, jika mengikut method yang dipelajari oleh Abqori daripada orang-orang yang pernah melalui lorong-lorong sufi, seelok-eloknya Abqori merahsiakan saja hal yang boleh mengundang perasaan bangga diri begini, contohnya seperti memberitahu dia tentang kemampuan Abqori ini. Namun mulut Abqori cabul dan Abqori kembali kecundang untuk entah ke berapa kali.

    Lantas, Abqori bertanya, adakah si orang Parsi juga turut pandai berbahasa Arab. Oh, jawabnya dia hanya sekadar pandai yang asas-asas sahaja. Itupun kerana dia ada menelaah Al-Quran. Dilampirkan di akhir kalamnya bahawa dia pandai lima bahasa yang lain darinya. Abqori diam saja mendengarnya sehinggalah dia berkata yang Abqori telah membuat pilihan yang tepat kerana memilih belajar di Mesir. Kerana Abqori belajar ilmu agama.

    Didoanya agar Abqori dapat menjadi orang yang alim. Hati Abqori terlintas untuk mengaminkannya. Namun, baru saja mahu keluar dari mulut Abqori perkataan Amin, tiba-tiba dia berkata, “Kalau boleh, jadilah alim seperti Khomeini”.

    Terkejut Abqori dan jadi terkebil-kebillah mata ini, hinggakan dengan tidak semena-mena bertukarlah perkataan “Amin” kepada ayat “I don’t want to be like him…. I don’t want to be like him”. Mulalah tergagap-gagap Abqori.

    Bukan apa! Tak mahu Abqori menjadi seperti Khomeini! Bukankah Khomeini itu Syiah? Kalau mahu jadi alim, biarlah jadi alim empat mazhab yang sufi. Tak mahulah jadi alim yang haraki serta tak mahu juga jadi alim yang wahabi. Terus tersekat Abqori untuk mengaminkan doanya tadi.

    Bila disebut tentang Parsi, Abqori jadi teringat bahawa Nabi punya sahabat yang juga merupakan orang Parsi. Salman Al-Farisi. Dan beliau R.A. adalah antara sahabat-sahabat Nabi yang paling Abqori gemari. Sebut saja nama beliau, hati Abqori sering mengelegak dan terasa ada angin sejuk turun dari atas ubun-ubun mengalir memenuhi dada Abqori. Rasa yang tenang sekali. Ianya bermula semenjak Abqori berada di Jordan lagi. Abqori tak tahu kenapa hal ini terjadi. Yang pasti, rasa itu amat Abqori sukai.

    Abqori ceritakan padanya tentang Salman Al-Farisi dan si orang Parsi itu mengaku dia tahu sangat tentang lelaki agung ini. Abqori pun apa lagi. Mulalah mahu menguji. Abqori berikan fakta bahawa Saidina Salman Al-Farisi adalah antara sahabat yang panjang umurnya. Abqori beritahu bahawa umur Salman Al-Farisi itu lebih daripada 310 tahun. Katanya dia juga tahu hal ini dan dia sedikit pun tidak terkejut. Kebanyakan orang-orang Malaysia sering saja terbeliak mata apabila Abqori ceritakan pada mereka hal ini. Cuma malangnya, si orang Parsi berkata dia kurang yakin akan fakta ini. Bahkan dia siap cakap lagi bahawa kata Nabi, umur umatnya adalah diantara lima puluh dan enam puluh tahun. Oh, kasihan sekali kerana dia kurang meyakini! Walhal bagi Abqori, inilah satu tanda kehebatan dan kekuasaan Ilahi.

    Tren LRT pun sampai. Kami menaikinya dan mereka berdua duduk di hadapan Abqori. Semua tempat duduk penuh dan ada dua tiga orang sahaja yang berdiri. Ingatkan perbualan kami akan terhenti, namun dia tetap belum mahu memutuskan koneksi. Dari kerusi hadapan, dia terus berbicara dengan Abqori dan jadilah kami bertiga sebagai tumpuan kepada orang-orang di dalam LRT kerana perbualan kami itu di dalam bahasa kaum yang pernah menjajah kita punya bumi. Namun Abqori endahkan sahaja mata-mata yang memerhati. Lagipun Abqori sudah biasa. Bukankah setiap hari ketika di Mesir, kulit cerah asiawi Abqori sering saja dijakuni orang-orang yang berkacukan Qibti?

    Katanya dia akan menunaikan haji tidak lama lagi. Juga dia akan ke Madinah untuk melawat Nabi. Abqori pun apa lagi. Mulalah mahu berlebih-lebih. Bukan apa, kerana Abqori rasa bahawa ini adalah kesempatan Abqori. Abqori pun pesankan kepadanya agar jangan lupa mengirim salam Abqori kepada Nabi. Jawabnya bisa saja dan Insya Allah dia akan menyampaikannya di sana nanti.

    Wah, mujur si orang Parsi bukan wahabi. Kalau tidak tak fasal-fasal jadi satu sejarah dalam hidup Abqori kerana dituduh sebagai ahli bidaah di dalam LRT.

    Cerita punya cerita, akhirnya sampailah sepasang orang Parsi ini ke tempat destinasi dan tangannya dihulurkan untuk menyalami Abqori. Abqori menyambutnya penuh akrab sekali. Dan dengan ucapan salam, sepasang orang Parsi ini berlalu pergi.

    Fuh, nampaknya azam Abqori telah berjaya untuk kali ini. Untuk berbuat baik sesama manusia termasuk orang-orang dari Parsi. Dan Alhamdulillah, Abqori tidak sedikit pun emosi, sepertimana yang berlaku semasa imtihan dan ketika pulang dari Zaqziq. Namun, berjaya untuk kali ini, tak menjamin keterusan keberjayaan untuk sesi-sesi kehidupan selepas ini. Abqori perlu terus pandai mengawal emosi kerana Abqori mahu terus hidup makmur di atas muka bumi.

    Lagipun kalau Abqori emosi, itu mengundang Abqori untuk melakukan hal-hal yang mencemari nama baik agama, bangsa dan diri. Cukuplah Abqori pernah emosi dengan pelajar Mesir dan pakcik di dalam Tremco. Tak mahu lagi Abqori terbawa-bawa dek perasaan dan buatkan orang lain bersedih hati.

    Cuma yang menyeronokkan, sebelum Abqori pulang ke Malaysia dahulu, Abqori telah kebetulan bertembung dengan pelajar Mesir yang di dalam dewan peperiksaan tempoh hari. Abqori telah memohon agar dimaafi dan kemudian kami telah berbual panjang sehinggakan apa yang berlaku di sekeliling pun tidak kami sedari. Yang menyedihkan pula, sehingga kini Abqori masih terbayang-bayang lambaian tangan yang kurang bermaya dari si pakcik. Harap-harap si pakcik itu ikhlaslah dalam memaafkan Abqori.

    Yang pasti, musim haji tahun ini telah tamat berakhir. Dan mungkin salam Abqori kepada Nabi yang Abqori titipkan melalui orang Parsi tadi juga telah selamat dilunasi.

    Namun sebenarnya, apa gunanya Abqori mengirim salam kepada Baginda Nabi sedangkan ketika Abqori duduk sendiri-sendiri, Abqori seringkali berat lidah untuk berselawat kepada penghulu segala nabi ini. Mungkin Abqori lupa yang terdapat kumpulan-kumpulan malaikat yang ditugaskan Tuhan untuk mencari orang-orang yang membaca selawat. Bahkan malaikat-malaikat ini setelah menemui orang yang berselawat, mereka akan terbang pula ke Raudhah untuk memberitahu Nabi bahawa si fulan bin si fulan ada membaca selawat mengharapkan syafaat.

    Atau mungkin Abqori juga lupa yang kalau Abqori berselawat kepada Nabi sekali, Allah akan berselawat kepada Abqori sepuluh kali. Kalau Abqori selawat dua kali, Allah akan selawat kepada Abqori dua puluh kali. Dan begitulah seterusnya sehingga ke infiniti. Nampaknya banyak sekali pahala yang diberi. Cuma Abqori saja yang suka melupai. Mungkin agaknya dunia dah banyak masuk ke dalam hati Abqori.

    Tapi ianya tetap tidak salahkan jika orang Parsi tadi menyampaikan salam Abqori? Bukankah para Nabi hidup di dalam kubur-kubur mereka?[2]

    Cuma, alamak, terlupalah pula untuk memesan kepada orang Parsi agar bertawassul sebanyak-banyaknya di Raudhah sana! Dan kalau boleh sebutlah sekali nama Abqori dalam tawasul-tawasul yang confirm sampai itu nanti hendaknya.

    Ah, memang terlupa! Sumpah tak sengaja!

    Allahumma solli ala sayyidina Muhammadin, wa ala alihi wa sohbihi wa barik wassallim.

    p/s : Untuk rekod, tidak ada sebarang Hikmat Mata Kucing Shrek atau Hikmat Mata Kucing Parsi digunakan sepanjang cerita ini.

    -------

    NOTA KAKI:

    [1]^Abqori pernah jumpa keropok Corntos ini dihanya sebuah kedai sahaja di Mesir. Dan pek yang berharga 30sen di Malaysia itu berharga 3 Pound Egyptian di sini. Mahal sungguh. Sebab itulah, kali pertama memakannya, Abqori memakannya di dalam sebuah bilik yang berkunci rapat dengan mangga konkrit sebesar buah epal dan menikmati dengan sepenuh hati-hati setiap ketulannya. Itupun selepas dua tahun tidak memakannya. Siapa sanggup untuk berkongsi. Kalau yang pek besar lagilah super mahal. 8 Pound Egytian. Nasib baik Abqori sudah pulang ke Malaysia baru-baru ini dan telah melantak keropok Corntos sepuas-puasnya. Tak lupa juga Abqori telah mentekedarah keropok Twisties, Super Ring, Vanilla Coke, Seven Up, Tempoyak dan juga Ikan Patin dengan sebanyak-banyaknya di sana. Sebab Abqori tahu, Abqori akan kembali merindui itu semua selepas kembali ke Mesir. Bahkan sekarang pun Abqori telah mula merinduinya.

    [2]^Hadith nabi “Innal anbiya-a ahya-un fi quburihim yusollun”. Mafhumnya, “Sesungguhnya para Nabi hidup di dalam kubur-kubur mereka sedang mereka bersolat”.

    Labels: , ,

    Dimasukkan Oleh : Abqori Bro
    Tarikh : Saturday, December 20, 2008
    Jam 7:50 PM
    Komen :




      >>Sertai saya di Twitter<<
       
       

      I Am A Winter Bug

      (Recording -using an mp3-)
      Journal entry no 1.
      I woke up this morning and I felt more powerful than ever. Full or energy. So marvelous. It’s like that I can fly. It’s like that I can move things just by looking at it.
      Where from is this feeling comes? Why it comes in this middle of the winter? Why not before?
      And why should I care about it? I’m different right now. Special. Isn’t that absolutely fantastic? Ah, what is this feeling! I can’t really describe it. It is so amazing.
      Saya sukakan musim sejuk. Winter. Musim untuk saya duduk bersuka-suka. Kerana cuacanya yang mendamaikan. Berpakaian tebal-tebal. Dengan mafla-mafla membalut leher yang menawan. Terasa seperti di Eropah. Walaupun sebenarnya saya hanya duduk bersempadan.

      Namun sukanya saya pada winter tidak sama seperti cintanya Saidina Umar terhadap winter. Beliau R.A sukakan winter kerana malamnya yang panjang dan itu bagaikan satu semangat untuknya terus berdiri sepanjang malam. Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah lebam ketiduran disebabkan hari masih belum-belum siang. Lemahnya iman.

      Orang Inggeris suka sebut tentang cuaca. Tak percaya. Tengok karya Sonnet 18 milik Shakespeare.

      “When two Englishmen meet, their first talk is of the weather.”
      Dan kerana Shakespeare orang Inggeris, sajak terkenalnya pun ada kaitan dengan cuaca. Tapi saya pula, yang bukan orang Inggeris, kenapa suka juga sebut tentang cuaca? Makanya, itu bermakna, cuaca juga banyak mempengaruhi hidup saya.

      Bukankah dulu saya selalu sebut tentang summer, kali ini biarkan saya sibuk pula tentang winter.

      Tapi bukan semua orang sukakan winter. Kerana winter mengubah mereka, mentransformasi mereka, menukarkan mereka kepada pepijat, bahkan membunuh mereka. Sejuk. Beku. Kejang. Itu kalimah-kalimah yang biasa saya dengar ketika winter.
      (Recording-using an mp3-)
      Journal entry no 2.
      Something has just happened to me.
      (coughs)
      The feeling that I felt yesterday has gone away. And now an headache is torturing my head. It’s not just a simple headache.
      (coughings)
      Full of pain.
      It’s like that it tries to stop me from thinking, about anything.
      Argh, it’s coming again! And the freezing cold wheather outside is adding more insult to this injuries.
      (groans)
      I best should just lay and rest.
      Saya dapat berita bahawa sahabat baik saya di UK seminggu tidak bangun kerana winter menderanya. Loya-loya. Muntah-muntah di tengah malam, tidak keluar bilik dan pelbagai lagi yang sewaktu dengannya. Kasihan dia. Namun kini, dia telah sihat semula dan telah kembali aktif untuk online di sini sana. Hinggalah pada suatu hari, selepas sesi sakitnya, kami kembali bertegur sapa.

      Cuma yang jadi pelik, katanya dia telah bertranformasi menjadi manusia semula. Kerana sebelum ini dia telah menjadi pepijat winter. Winter bug. Namun, saya pedulikan saja katanya. Hinggalah kini saya pula yang mengalaminya. Proses transformasi itu sedang melanda saya.

      Saya dapat rasakan kadar imunisasi badan saya mula menurun. Saya cepat jadi lemah. Terutama di waktu malam. Bila bangun pagi, saya sering sakit kepala. Tiap-tiap hari. Juga loya-loya di kebanyakan waktu (hey, saya lelakilah. Lelaki mana mengandung. Janganlah tanya dah berapa bulan pula!). Cuma setakat ini saya belum lagi muntah yang serius.

      Cuma yang pelik, hal ini belum pernah terjadi pada winters sebelum ini. Adakah saya telah dijangkiti? Oleh virus yang pernah menjangkiti sahabat baik saya di UK tadi. Tapi, bolehkah ia berjangkit melalui YM yang saya gunakan setiap hari?
      (Recording -using an mp3-)
      Journal entry no 3.
      What’s happening to me? I am transforming into something.
      (breathing hard)

      For a week I have been lying on this bed. I feel so weak. Even to move my tounge to record this, I barely can do it.
      (breathing hard)

      Are the rumors true? About someone is turning into a winter bug. Am I what they meant?
      (vomiting)
      Weks! Uweks!

      I’ve been vomiting countless for today.
      But, this vomit, this time, it’s different.
      (cough)
      I am transforming into something. And I fear… I fear what I’m becoming.
      Sebenarnya kesejukan winter kali ini masih sangat biasa bagi saya. Kerana ini kali ke empat saya merasainya. Bahkan saya pernah merasakan yang lebih sejuk daripadanya.

      Ketika ke Sinai.

      Waktu itu saya dibaluti tiga helai baju sejuk yang tebal dan sleeping bed yang amat-amat mahal.[1] Namun kesejukan dahsyat itu tidak mengubah saya menjadi winter bug. Bahkan saya tetap terus dipilih oleh Tuhan untuk dapat sampai ke puncak.[2]


      Saya juga pernah merasa berjalan di tengah-tengah malam, di tengah-tengah musim sejuk, dan di tengah-tengah kabut tebal yang menutupi seluruh pandangan sehingga tangan sendiri pun kabur-kabur untuk dilihat.[3] Tapi waktu itu saya tetap boleh juga bertahan. Tapi kenapa untuk winter yang baru perlahan-lahan menyejukkan ini, telah membuatkan saya kekalahan. Bahkan mahu menukarkan saya kepada winter bug. Oh, mungkin saya tidak ambil berat tentang kesihatan. Saya masih bersiram lama-lama walaupun ada orang Malaysia di sini yang tak mandi berminggu-minggu kerana fobia dengan kesejukan. Adakah benar saya masih sedemikian? Dan dapatkah tranformasi ini dihentikan?
      (Recording -using an mp3-)
      Journal entry no 4.
      I’m fully transformed right know. Into a winter bug. Into a monster.
      (knocks on the door)
      My friends keep knocking on my door. For more than a week they didn’t see me. And now they wanted to see me. But how can I face them? Can they still accept me after knowing that I have turned into this.

      I wanted to scream in order for them to just go away. But my voice, it’s no longer the same voice. I’ve changed.
      (breathing hard)

      Can I still be helped? Am I going to be like this forever? Questions that left unanswered.
      Kerana itu langkah segera perlu diambil agar saya tidak terus menjadi ulat. Ubat-ubat perlu saya telan. Komputer dan laptop bahkan handphone perlu saya jauhkan (bahan-bahan elektronik ini boleh melemahkan daya tahan badan). Agar saya dapat pulih untuk beraya pada hari keesokan. Saya tak mahu ketika takbir raya dilaungkan, saya di rumah masih kegeringan. Tidak! Itu adalah perkara paling terakhir saya mahukan selagi masih di perantauan.

      Udahlah beraya berseorangan. Tanpa keluarga. Jangan!

      Namun, andai saya sembuh, saya tahu ada orang lain yang akan menjadi mangsa korban. Kerana ia berjangkit. Bertukar orang. Mencari hos yang berlainan. Mencari perumah untuk ia meneruskan kehidupan. Kerana ia hidup berpindah randah.

      Mungkin anda yang seterusnya.

      Percayalah. Sebagaimana ia boleh dibawa masuk ke Mesir dari UK, ia juga boleh dibawa masuk ke Malaysia dari Mesir. Sebagaimana ia boleh berjangkit melalui YM, maka ia juga boleh berjangkit melalui blog yang dibaca di hadapan. Saya tidak tahu siapa pula yang akan jadi pilihan. Namun jika ia hilang dari saya, maka pagi esok dapatlah saya beraya sakan. Dan minta maaflah jika anda yang terkena jangkitan. Tapi doakanlah saya terlebih dahulu, agar saya boleh bangun berjalan. Dan ketahuilah, winter bugs memang melebamkan!
      (Recording -using an mp3-)
      Journal entry no 5.
      It’s a miracle. Complete remission. All effects of the winter have dissappeared. I’m no longer a winter bug. I’m back to normal. The virus, the infection, have gone away. Without any adverse reaction.
      It’s unbelievable.
      This virus that once had haunted me, has gone away. It’s has left me, and now, after me, maybe, you are the one who it afters?
      So be careful of the winter!
      Selamat Hari Raya Semua. Maaf Zahir Dan Batin.

      ---------

      NOTA KAKI:
      [1]^Untuk dapatkan kualiti ketebalan yang tinggi, kenalah beli yang mahal.
      [2]^Meskipun dipimpin oleh housemate untuk sampai ke atas.
      [3]^Fenomena ini pernah berlaku sekali saja selama 4 kali saya merasakan winter di Egypt.

      Labels: , , ,